"Kau nak pergi mana ni Reena? Bersiap bagai. Holiday lah harini. Duduk rumah jelah." Lea mengomel. Air capuccino dihirupnya rakus.
"Alaa, aku nak ambil barang. Tertinggal semalam. Sekejap jelah. Tak lama pun." Jawab Reena ringkas.
"Nak buat apa harini ye? Call ibu!" Idea yang terlintas difikirannya saat ini.
"Assalamualaikum ibu, ibu sihat? Lea rindu ibu sangat-sangat."
"Ibu pun rindu Lea, bila Lea nak balik? Ayyan asyik tanya makcu dia je. Baliklah jenguk ibu."
Luluh hatinya mendengar permintaan seorang ibu. Sejak dia bekerja memang dia jarang jenguk ibu dan abah. Matanya berkaca. Airmata ditahan supaya tidak jatuh.
"InShaaAllah ibu, ada masa Lea balik jumpa ibu. Ibu dengan abah jaga diri ye? Lea sayang ibu." Lea meletakkan telefon bimbitnya. Airmatanya mengalir deras.
Lea rindu ibu.
Sangat rindu.Eh? Siapa call, takkan ibu kot. Tangannya laju mencapai kembali telefon bimbitnya. Reena?
"Hello! Lea tolong aku. Aku takut! Tolong!"
"Eh kau kat mana ni?! Cakap. Aku pergi sana."
"Aku kat office! Cepat Lea. Tolong. Arghhhhhh!"
Satu jeritan kuat Reena membuatkan Lea betul-betul panik. Kunci keretanya digenggam kasar. Langkah dipercepatkan lagi. Kereta Lea menusuri jalan laju ke office.
"Reena? Reena? Kau kat mana?!"
Suasana pejabat memang menyeramkan. Sunyi dan gelap saja. Lea berpeluk tubuh berjalan mencari Reena di setiap ruangan.
"Lea datang! Cepat standby!" Reena menjerit sebaik saja melihat tubuh sahabatnya di menuju ke dalam bilik mesyuarat.
"Reena? Mana kau. Keluarkan. Jangan main-main. Its not funny! Pleaselah!" Nada suara Lea mulai meninggi.
"Suprise!!!"
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Lea. Happy birthday to you!"
Suara kawan sepejabat bagaikan kumpulan koir di sekolah. Lea terkejut dipermainkan oleh Reena. Lengan Reena dicubitnya tanda geram. Fayyadh yang berjalan ke arahnya dengan kek yang masih berlilin. Lea seakan-akan blur. Dia meniup cakes yang dipegang Fayyadh.
Semua kawannya menikmati jamuan dan cakes yang sudah semestinya di sponsor oleh Fayyadh. Reena, kau memang pandai berlakon. You should win the actress!
"Lea, nah hadiah saya. Jangan bukak sekarang. Bukak kat rumah okay." Tegas Fayyadh.
"And this is for you my beautiful bae!" Reena menghulurkan teddybear hampir sebesar tubuh Lea. Gebu!
Flashback Start
"Omg! Esok harijadi Naufal. Nak bagi apa? Nak beli apa? Naufal suka apa yee?" Mel menjerit dan tertanya-tanya sendiri.
"Makan dulu Mel, jangan gelojoh!" Pesan Encik Nizam.
"Okay dah. Sikit je. Mel dah lambat. Jom kak Nuha!" Mel menarik tangan Kak Nuha yang masih mengunyah roti.
"Hish, Mel ni tak sabar tau!"
"Kak... lelaki suka hadiah apa?"
"Hmm, soalan apa ni? Mel ada boyfriend eh?!"
"Ish! Mana ada. Boyfriend kawan Mel lah. Birthday dia esok. Kawan Mel tak tahu nak bagi apa. Siapalah nak dekat Mel ni. Tengoklah tubuh Mel ni?" Mel menundukkan mukanya. Dagunya berlapis serta merta.
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...