Chapter 6 : Ayam Goreng

14.7K 823 20
                                    

"Umyumyum! Sedapnya ayam goreng ni." Reena menghidu bau ayam goreng di depannya.

"Ayam goreng?! Berminyaklah Reena. See?" Lea menunjukkan minyak ayam goreng bahagian peha berkerak rangup dan berminyak.

"Minyak tak minyak, aku dah tak sabar nak makan ni." Reena terus meratah ayam goreng dengan rakus.

"Jagalah kesihatan kau sikit Reena. Nanti berat naik, kau stress pulak. Healthy food okay apa? Sedap pun sedap." Lea mempelawa sayur saladnya kepada Reena. Naik loya tekak tengok Lea makan sayur saja.

"Yee aku tahu, Lea. But sometimes i need fried chicken. Dah aku nak makan ni. Nanti habis waktu lunch melepas pulak. Kau nak sikit?" Reena menghulurkan ayam goreng kepada Lea. Terbeliak mata Lea.

Flashback Start

"Ya Allah ayam goreng makcik kantin memang tak pernah fail!" Mel teruja semasa membeli tiga ketul ayam goreng. Makcik kantin tergelak melihat gelagat Mel.

"Mintak sikit Amelia. Macam sedap je?" Naufal menegur. Mel teragak-agak untuk berkongsi ayam goreng kepunyaannya. Dia menghulurkan seketul ayam goreng kepada Naufal.

"Aku nak sikit boleh Mel?" Fayyadh saja menguji Mel.

"Kau? Tak boleh!" Mel menjeling tajam. Ayam gorengnya dihabiskan segera.

"Banyaknya ayam. Dah obes pun makan ayam lagi. Hahaha." Hana mencelah sengaja mencari pasal dengan Amelia.

"Biarlah dia Hana, dia nak ternak lemak lagi. Biar tebal badan dia. Hahahaha." Fisya dah Hana berlalu dengan gelak tawa. Persis pontianak!

"Kau jangan layan sangat dorang Mel, dah cepat makan. Nanti bunyi loceng pulak." Reena mulai meninggikan suaranya.

"Bulan depan dah SPM. Korang dah ready ke?" Sengaja Fayyadh mendebarkan mereka.

"Hmm entahlah. Aku sekarang cuba seimbangkan waktu jogging and study."

"Kau still jogging Mel?! Aku ingat kau tak serius bila kau cakap kau nak konsisten jogging."

"Hello, aku pun nak sihat okay. Ingat kau sorang je nak sihat." Mel membalas sambil membuat muka menyampah serta bangga.

"Eh korang ni? Ada je nak perang mulut. Dah bagi tumpuan cikgu ajar. Ingat guys! SPM. SPM. SPM!" Reena menegur mereka yang rancak berbual.

×××××

"Mana Mel ni?! Suruh teman jogging, batang hidung pun tak nampak. Entah-entah dia ponteng jogging? Entah-entah dia sedap tidur kat rumah? Siap kau Mel!" Reena mula mencebik. Geram.

"Hoi, takkanlah aku nak ponteng jogging. Kau pun tahu kan, dah dua bulan aku tak pernah ponteng. Dah jom!" Mel berlari meninggalkan Reena. Tubuhnya semakin aktif sekarang berbanding dulu.

"Aaaa penatnya. 5 round non-stop! Jomlah rehat Reena."

Mel dan Reena berjalan ke pondok tempat mereka meletakkan air botol. Mel meneguk air gelojoh. Haus bagaikan bulan puasa.

"Hey Amelia. Dah berapa round ni?" Naufal muncul entah dari mana. Dia memang selalu memberi Mel kejutan dengan kehadirannya dimana-mana saja.

"Hish! Awak ni selalu buat saya terkejut. Nasib baik saya takde sakit jantung. Kalau tak dah innalillah..." Mel ketawa mengekek-ngekek.

"Amelia, saya nak ajak awak makan kat McD depan sana. Jomlah. Reena join sekali nak?" Naufal mempelawa Mel. Mel memang pantang dengar perkataan 'makan'.

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now