Chapter 26 : War

12.5K 653 3
                                    

Kepala Lea masih terngiang-ngiang apa yang baru dilihatnya hari itu dan apa yang ibu nasihatkan. Jika benar Naufal tidak cintakan dia lagi, dia terpaksa redha. Perkahwinan ini atas dasar cinta bukan diatur keluarga. Kenapa harus berakhir begini?

Lea kembali menekup tangan kemukanya. Airmatanya tak mampu dibendung lagi. Hatinya terlalu sebak dan sakit. Naufal menganggap dia seakan tidak pernah wujud. Jangankan menyentuhnya, bercakap pun tidak. Apa lagi inisiatif yang perlu Lea lakukan? Mengalah dan melepaskan Naufal? Tak mungkin. Rasa sayangnya masih utuh.

Handphone diatas meja dicapai oleh Lea dengan pantas. Dia mencari nombor Reena.

Lea :
Reena, teman aku makan kat luar?

Reena :
Boleh. Tapi aku bawak Fayyadh boleh tak? Kitaorang baru habis beli barang hantaran.

Lea :
Sure. Kopitiam biasa.

Lea kembali menghantar mesej kepada Naufal meminta izin keluar dengan Reena. Naufal hanya membalas 'OK'.

×××××

"Bestnya tengok korang dah nak kahwin. Ceh Fayyadh! Dulu bukan main jual mahal. Jodoh depan mata pun tak nampak." Lea mengusik mereka.

"Cinta itukan buta. Aku tak nampak jodoh depan mata aku. Lepas aku buat solat Istikharah, aku lebih tenang bab jodoh ni." Fayyadh membalas.

"Nak duduk kat mana ni? Dalam nak?" Reena memilih tempat duduk yang terpencil dan selesa.

"Situ okay kot." Lea menunjukkan tempat duduk meja berpetak ada dinding di depan dan dibelakang tujuan untuk privasi.

"Orderlah Lea. Tadi nak sangat makan. Mengidam eh,eh,eh?" Usik Reena.

"Mana ada. Aku lapar. Nak masak kat rumah malas nak masak. Memandai je." Lea menyangkal tuduhan Reena.

Kuah mee rebus itu dihirup oleh Lea dengan berhati-hati kerana masih panas. Menu Reena tak lain tak bukan tetap spagetti. Selera mat salleh betul. Ice blended apple Lea sedut berulangkali.

"Oh come on Naufal. Spent with me only one night? I miss your touch." Alexea melentokkan kepalanya didada Naufal.

"Alexea, behave sikit. Inikan tempat umum. What if my wife nampak? Saya nak jaga hati dia."

Lea terus menolak kerusi dan bangun pergi ke meja sebelah. Reena yang terkejut turut bangun diikuti dengan Fayyadh.

"Awak takpayah jaga hati saya. Its been a month. Hati saya dah terluka. Saya tahu kegiatan awak diluar tapi saya senyapkan je. Saya tak sangka pulak sampai ke tahap nak tidur sekatil? Alhamdulillah Allah tunjukkan kebenaran harini. You know what Naufal? Thanks a lot! Dah jom Reena balik." Sebelum Lea menarik tangan Reena untuk beredar, air sejuk terhidang atas meja tadi Lea simbah ke muka Alexea.

"You bullshit!" Alexea mencarut disitu.

"Sayang, please dengar penjelasan saya. Please..." Naufal mengejar Lea.

"Semua dah cukup jelas Naufal." Lea melepaskan pegangan tangan Naufal.

"Lea, aku rasa kau patut dengar penjelasan Naufal. Jangan tuduh melulu." Fayyadh memberi pandangan.

"Korang nak dengar penjelasan dia, then korang stay! Aku nak balik." Bentak Lea menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi begitu saja.

Naufal jatuh melutut. Sungguh dia tak sangka perkara ini akan terjadi. Hatinya hancur dituduh sebegitu oleh Lea. Memang benar semua ini salahnya tapi dia tidak mempunyai pilihan lagi.

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now