Chapter 15 : Tragedi

13.3K 706 11
                                    

"Eh kenapa ada bomba?!"

"Rumah depan tu terbakar. Nasib baik semua selamat. Puncanya anak-anak main lighter."

"Kesiannya. Alhamdulillah semua selamat."

Api semakin marak. Pihak bomba arahkan semua ditempat kejadian berundur. Gas meletup serta merta. Kuat!

"Kau nak pergi mana Reena?! Bahayalah."

"Nak pergi tengoklah."

"Aku ikut."

Lea cepat-cepat memakai selipar dan berjalan bersama Reena ke kawasan perumahan depan.

Ya Allah!

Ramai yang melecur akibat letupan gas tadi. Awalnya kebakaran ini tidak begitu serius, tapi lama kelamaan api semakin marak. Satu lagi kereta bomba tiba. Tiga Ambulans turut sampai.

Mata Lea terpaku melihat seorang remaja perempuan meraung sakit kerana kulitnya habis melecur teruk.

Flashback Start

Sudah lama Naufal tidak datang kelas. Mel senang hati tak perlu memandang muka lelaki penipu seperti Naufal. Walaupun hati Mel sakit menahan perit yang dilaluinya, dia tetap merindui saat-saat indah ketawa bersama Naufal.

"Mel, aku tak faham. Kenapa kau mesti tipu Naufal? Kita tak pernah bincang pun pasal kahwin. Aku tahu, kau saja kan nak buat dia benci and lupakan kau?"

"Aku terpaksa. Lagipun dah terang kan dia sebenarnya pandang rupa paras, kau tak tengok macam mana dia hina aku semalam?" Visual semalam bermain di fikiran Mel kembali.

"Sabar yee Mel, aku pun tak tahu kenapa si Naufal boleh terfikir nak hina kau macam tu sekali. The worst part is how come dia boleh nak kahwin dengan Fisya. Geramnya." Reena mendengus marah. Bahu Mel digosok perlahan.

Fayyadh tahu Naufal bukan mudah menerima Fisya. Pasti ada muslihat disebalik semua yang sedang berlaku sekarang.

"Naufal, aku nak cakap dengan kau sikit?"

"Hmm kejap." Naufal meninggalkan Fisya dan Hana di cafe.

"Okay, sekarang kau boleh berterus terang dengan aku. Kenapa kau nak kahwin dengan Fisya? Aku tahu kau tak sukakan dia. Hati kau pada Mel."

"Aku tak boleh kahwin dengan Fisya lah? Itu hak aku. I'm done with my decission." Naufal menegaskan.

"Let me tell you, Fayyadh. I mengandungkan anak Naufal. So that why Naufal kena bertanggungjawab. That it." Fisya mencelah.

"Hah? Betul ke Naufal? Aku tahu. Kau mesti terpaksa kan? Fisya perangkap kau? Cakaplah Naufal!"

"Memang anak tu anak aku. Kau jangan tuduh bakal isteri aku macam-macam. Kau tu kawan jenis apa?! Kawan makan kawan." Naufal mengherdik Fayyadh kembali.

Fisya tersenyum sinis. Kening kanannya diangkat sedikit. Fayyadh tahu Naufal pasti membencinya dengan kenyataan Mel semalam. Dia sendiri terkejut dengan lakonan hebat Mel semalam.

"Oh baby, i tak sangka you akan bela i macam ni. So sweet." Fisya mendakap Naufal dari belakang tapi ditolak kasar.

"Sekarang awak ikut saya." Naufal menarik kasar tangan Fisya masuk ke keretanya.

"Kita nak pergi mana ni you?!"

"Duduk diam-diam. Dah sampai nanti saya bagitahu." Naufal memandu laju.

Klinik? Naufal fikir ini saja caranya untuk mengesahkan Fisya penipu atau bukan.

"Turun sekarang!"

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now