"Oh kau mengandung senyap je. Tak tunggu aku pun. Baru ingat nak saing. Reena memerli sambil mencebik.
"Alaa ini semua rezeki Allah. Aku terimalah. Anak kan Anugerah Terindah." Lea mengusap perutnya yang semakin membesar. Rupanya dalam diam dia sudah mengandung 4 bulan. Anehnya dia tidak merasa alahan sedikit pun. Selama ini dia ingat hormonnya yang menyebabkan datang bulan tidak teratur. Dia juga bukan jenis yang suka menanda tarikh datang bulan di kalendar.
"Betul lah tu. Nanti dah kahwin aku nak cepat-cepat ada anak. Biar orang panggil aku young mummy." Reena tergelak kecil.
"Young mummy? Takde maknanya. Umur dah 25, ada hati nak gelaran young mummy lagi." Lea menyindir Reena kembali.
"Aku cuaklah. Lusa dah majlis akad nikah. Kalau Fayyadh gagap macam mana? Ish." Reena kembali memikirkan majlisnya akan berlansung lusa.
"Hello, awak over cuak sangat kenapa? Yang lafaz ijab qabul si Fayyadh bukan kau. Kau sepatutnya doakan Fayyadh tu dapat sekali lafaz je. Buang jauh-jauh 'kalau' kau tu." Lea mencuit hidung Reena.
"Mak buyung, bila nak beli barang baby? Nak ikut jugak. Boleh?" Rengek Reena manja.
"Aku baru 4 bulanlah. Eh kau, exited lelebih pulak ni."
"Kau ada mengidam nak makan apa-apa tak? Aku boleh bawakkan. Sekali teman aku lepas gian makan kat luar, al maklumlah lepas ni kena masak kat rumah untuk suami." Reena ketawa mengekek.
"Mengidam? Adalah jugak. Teringin nak makan mee rebus kat kopitiam favourite kau tu. Aku dah terbayang-bayang kuah mee rebus tu. Ya Allah sedapnya!"
"Eh dah, dah! Jom. Kang meleleh air liur anak kau."
Sepanjang perjalanan, Lea hanya duduk diam disisi Reena. Matanya tertancap pada taman dimana berdekatan dengan rumah lamanya. Taman ini menjadi saksi Lea begitu berusaha bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat bada sekaligus nak sihat. Dia tidak juga lupa disinilah seseorang begitu banyak memberinya semangat.
"Okay dah. Jom. Aku pimpin tangan kau eh?" Reena menarik tangan Lea.
"Ish kau ni. Layan macam aku ni orang tua nazak je. Lepaslah. Aku boleh jalan sendiri. Jap! Ke kau yang takut jatuh? Itulah degil orang kata perempuan dalam tempoh darah manis duduk rumah. Kau sibuk nak keluar jugak." Lea mengangkat keningnya sebelah.
"Hee alah. Sama je. Aku nak jaga kau, kau jagalah aku. Adil kan?" Reena tersengih.
Sementara menunggu makanan yang dipesan siap, Lea menoleh ke sekeliling. Matanya tertumpu ke salah satu meja dimana dia berani menyimbah air kepada seseorang.
"Berseleranya mak buyung ni makan." Reena menyindir lagi.
"Biarlah. Untuk baby jugak. Kau makan banyak? Nanti baju pengantin tak muat." Lea membalas selamba.
"Tak baik tau. Janganlah doakan. Aku baru final fitting minggu lepas. Takkan tak muat pulak?" Reena terbayang semasa dia mencuba baju nikah dan sanding. Agak fit ditubuhnya.
"Aku gurau jelah Reena. Jangan risau. Mesti muat. Sejak-sejak nak bergelar isteri orang, asyik nak muncung je bibir tu. Haih, jenuhlah Fayyadh nak memujuk nanti."
"Sweet kan Zarif dengan isteri dia haritu? Raihana memanglah lawa, asalnya orang putih kan tapi aku kagum. Cepat je dia belajar adat orang kita kan."
Zarif? Raihana? Orang putih? Visual dimana Zarif meminta maaf diatas pengkhianatannya bermain di fikiran Lea. Raihana gadis muallaf penyelamat keadaan. Orang putih? Orang putih yang gila. Gila bayang.
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...