Chapter 25 : Berubah Hati

12.8K 632 8
                                    

Naufal meninggalkan Lea pagi itu. Dia tidak lansung mengejutkan Lea untuk solat Subuh dan bersarapan. Lea terdengar bunyi enjin kereta suaminya keluar dari perkarangan rumah.

Handphone Lea bergetar tanda mesej masuk. Lea bergegas duduk di sisi katil dan membaca mesej daripada seseorang.

Fayyadh :
Sorry babe. Ganggu pagi-pagi. Just nak tanya opinion sikit je. Aku nak melamar Reena harini. Okay? Kau dengan Naufal boleh suggest tempat mana yang okay?

Lea tersenyum tatkala membaca mesej itu. Akhirnya Fayyadh mahu juga akhiri zaman bujangnya. Impian Reena untuk bersama dengan lelaki idamannya juga tercapai.

Lea :
Wow. I'm happy to hear that. Reena mesti suka. Okay aku cadangkan kau lamar dia kat tempat public ke? Ajak dia pergi makan ke. Naufal cadangkan kau lamar dia kat taman, kau kan suka buat suprise.

Lea bergegas mandi dan bersiap. Dia membutangkan kemejanya. Minyak wangi kegemaran Naufal disemburnya dua kali. Gincu merah menyerikan lagi wajahnya. Sebelum keluar dia sempat membuka mesej Fayyadh.

Fayyadh :
Thank you Lea! Ingat. Rahsia tau. Jangan bagitahu Reena. Bye. Kirim salam kat Naufal.

Enjin kereta dipanaskan dulu sementara Lea bersarapan. Air kopi diteguk buat kali terakhir sebelum dia menaiki kereta menuju ke pejabat. Keretanya berhenti sebaik saja lampu isyarat hijau bertukar merah. Matanya tertancap pada pasangan di sebelah keretanya. Ketawa sambil bertepuk tampar.

Persis dia dan Naufal.

"Apa dah jadi ni? Naufal datang dulu." Reena mencelah dimeja Lea.

"Naufal banyak kerja. Itu yang di datang awal sikit. Eh Reena... takde apelah. Nanti petang kau tahulah."

"Haa? Nanti petang? Ada apa? Cakaplah Lea, tak sukalah kau rahsia macam ni." Reena mencebik.

"Lea, masuk bilik saya. Sekarang."

"Okay bye. Naufal dah panggil tu."

Pintu bilik Naufal ditolak oleh Lea sekali saja.

"Ada apa awak?"

"Mana fail yang saya suruh awak sediakan semalam? Cuai betul lah! Kalau macam ni awak buat kerja, baik awak berhenti. Duduk rumah!" Naufal mengherdik Lea sekali lagi.

"Saya minta maaf. Saya pergi ambil sekarang." Lea berlari anaj keluar dari bilik Naufal untuk mengambil fail yang Naufal mahu.

Selesai saja menyerahkan fail itu, tangan Naufal memberi isyarat menghalau Lea keluar dari biliknya. Lea hanya menurut dan kembali menyiapkan kerjanya.

Jam menunjukkan sudah pukul 1 tengahari. Naufal keluar daripada biliknya dan menyapa Lea.

"Cancel semua meeting. Saya ada hal penting." Arah Naufal.

"Saya nak ikut boleh tak?" Rengek Lea.

"Takpayah. Keluar lunch dengan Reena je." Naufal menjawab selamba.

Lea masih berfikiran positif. Mungkin betul. Ada hal lain yang lagi penting.

"Reena! Kejap. Aku nak ikut kau lunch boleh tak?" Lea mengejar Reena yang berjalan keluar dari pejabat.

"Mana Naufal? Selalunya korang lunch sama-sama kan?"

"Dia busy. Dah keluar tadi." Jawab Lea ringkas.

×××××

"So macam mana? Yes or no?" Alexea bertanya menginginkan kepastian.

"Like i have another choice?" Naufal memerli Alexea.

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now