Chapter 9 : Temu Janji

14.2K 720 24
                                    

Lea memulakan kerjanya seperti biasa. Komputernya sentiasa digunakan. Bunyi getaran tanda mesej masuk diatas meja. Lea mencapai telefon bimbitnya.

Fayyadh :
Lea, malam ni please saya nak jumpa dengan awak. Saya dah arrange kan makan malam untuk kita berdua. Just me and you.

Lea berfikir sejenak. Dis serba salah jika tidak mengajak Reena. Bermacam alasan yang bermain difikirannya. Satu pun tidak masuk akal.

"Nak pergi mana Lea?"

"Err, aku... aku err."

"Its okay Lea. Aku tahu kalau kau pakai cantik-cantik macam ni, kau ada date kan? Dengan Fayyadh?" Reena meneka.

"Err, aku bukan taknak bagitahu kau. Aku taknak kau kecil hati. Kalau kau marah, takpe aku tak jadi pergi. Aku boleh mesej Fayyadh cakap cancel je." Lea menerangkan supaya Reena jelas. Dia tak mahu Reena salah faham lagi.

"No, its okay. Just go, Lea. Aku okay. Pergi cepat. Nanti dia tunggu lama pulak. Kau jaga diri tau." Reena berpura-pura dia tidak kisah. Hakikatnya hatinya sakit. Dia cemburu.

××××××

"Sorry, Fayyadh i'm late. Dah lama tunggu?"

"Eh taklah. Baru je sampai. Duduklah Lea." Fayyadh mempelawa Lea duduk.

"Seriously, saya tak selesa tinggalkan Reena. Dia tahu kita keluar berdua. Dia masih sukakan awak Fayyadh." Terang Lea panjang.

"Awak asyik fikirkan perasaan orang lain, pernah tak awak fikir perasaan awak sendiri. Saya pernah minta awak jadi girlfriend saya dulu masa majlis prom night kat universiti tapi awak tolak sebab awak sukakan 'dia' tu. Sekarang 'dia' tu dah tak ada, saya nak tanya lagi sekali. Sudi tak awak terima saya jadi bakal suami awak?" Jelas Fayyadh panjang.

Hati Lea keliru. Antara sahabat dan cinta seorang lelaki yang begitu setia menunggunya. Dia tak mampu memikirkan keputusannya sekarang. Cincin yang dihulurkan oleh Fayyadh ditenungnya lama.

Flashback Start

"Yay! Prom night! Nak pakai dress apa eh?" Reena kembali memikirkan pakaian yang sesuai dengan tema black fantastic.

"Pakai je dress hitam." Mel memberi cadangan.

"Dress hitam kosong? Hish. Tak vogue lah. Nak juga menang tittle Princess malam tu." Reena mengomel lagi.

"Tambahlah manik ke apa-apa. Rantai ke yang terang. Baru matching." Idea Mel membuatkan Reena gembira. Mel paling cepat memberi idea kepadanya.

"Inilah perempuan. Dress, makeover, accessories and so on. Cuba tengok kitaorang yang lelaki ni? Rilek sudahlah." Fayyadh mengusik Reena.

"Ah kau! Sebok je." Reena membalas dengan kasar.

×××××

Mel memeriksa peti suratnya semasa keluar membuang sampah. Dia rajin memeriksa peti surat hari-hari.

For Naira Amelia? Dari siapa? Dah lah takde nama pengirim, alamat pun takde. Hish. Mel membelek surat misteri itu.

Dear Naira Amelia,

Saya dah lama sukakan awak. Selama ni saya pendamkan saja tapi kali ini saya akan bersemuka dengan awak. Saya pun tak tahu sejak bila perasaan ini hadir. You're so special Naira Amelia. Till meet you tomorrow. Lepas majlis tarian, saya tunggu awak di pondok sebelah taman bunga. Hope awak berani tampil.

Ish siapa pulak ni? Dah lah tahu nama penuh aku. Naufal? Dia tak tahu nama penuh aku. Hmm tapi perkataan special tu... Naufal selalu sebut dia tak sanggup nak tinggalkan orang istimewa disini. Haih, biarlah!

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now