"Harini saya nak umumkan Lea sebagai pekerja kepercayaan saya dan pengganti yang akan uruskan syarikat bila saya ada urusan di luar negara."
"Eh Dato, saya dapat kerja dengan Dato pun dah bersyukur. Saya tak harapkan jawatan dan kepercayaan yang begitu besar. Saya takut saya gagal Dato."
"Its okay Lea. Saya percayakan awak. Saya anggap awak macam anak saya. Jadi, uruskan syarikat ni dengan sebaik mungkin. Minggu depan saya nak pergi London. Ada urusan penting."
"Baik Dato."
"Wah. Aku kena panggil kau boss lah yee?" Reena mengusik Lea.
"Hish! Kau ni. Takpayah. Aku ni kawan kau. Nak berboss-boss bagai dah kenapa? Bukannya boss betul-betul pun."
"Kau fikir apa tuh?"
"Hmm... fikir aku mampu ke jalankan kerja dengan exellent. Semua ni terlalu baru untuk aku."
"This is the fact. Dunia baru kau. Sama macam bila kita habis SPM then masuk ke alam Universiti." Ujar Reena yang masih membawa fail ditangannya.
Flashback Start
"Amboi lawonya adik akak. Macam nak pergi jalan pulak." Kak Nuha menegur Mel yang sedang merapikan rambutnya.
"Alaa Kak Nuha. Ini bukan zaman sekolah lagi. Zaman dah berubah pun. Adik kenalah bergaya sikit." Mel membalas sambil mencalitkan lipstik di bibirnya.
"Sarapan dulu adik." Puan Naimah mengarah dari dapur. Bau ayam goreng menusuk hidung Mel.
"Abang Nazrin mana? Pagi-pagi dah hilang. Memang tak lekat kat rumah betul." Mel mengomel.
"Kan abang Nazrin harini ada interview kat Syarikat besar. Adik ni pelupalah." Puan Naimah mengusik anak daranya.
"Okaylah ibu, adik gerak dulu."
"Taknak tunggu abah? Abah kat atas." Kak Nuha menyapa.
Mel naik ke atas untuk berjumpa dengan abahnya. Dia menyalami tangan abahnya. Mel memang tiada perasaan. Walaupun abahnya memujuk dengan membeli kereta Viva sebiji untuknya namun rasa marah Mel masih menebal.
"Adik marahkan abah lagi? Abah kan dah minta maaf. Abah taknak anak abah kena tipu dengan lelaki, lagi-lagi orang yang ada rupa macam budak lelaki tu." Jelas Encik Nazim panjang.
"Habis tu kalau dia ada rupa dia tak layak untuk adik yang gemuk ni? Asal ada rupa je penipulah? Macam tu?" Bertubi-tubi soalan Mel setelah mendengar penjelasan abahnya.
"Terpulanglah kat Mel. Sampai bila Mel nak marah dengan abah? Sampai abah mati?"
Mel menelan air liur mendengar tanggapan abahnya. Dia sudah lembut hati cuma fikirannya saja masih negatif. Fikirannya mengatakan bahawa abah tidak pernah sayangkannya. Mel meninggalkan abahnya dibilik. Dia menghidupkan enjin kereta Viva.
"Ya Allah cantiknya kau Mel. Pandai kau dress-up. Aku ni terfikir nak pakai kemeja dengan jeans je." Reena teruja melihat Mel.
"Alaa Mel je cantik? Aku? Tak handsome?" Fayyadh mengusik Reena seolah menginginkan pujian.
"OhMyGod! Handsomenya Fayyadh. I cant breathing!" Hana menarik nafas melihat Fayyadh dari jauh berpakaian agak kemas. Gaya rambutnya diubah, tidak seperti selalu.
"Hana, please jangan jatuhkan air muka depan geng anak badak tu okay? Simpan gedik you tu sikit." Fisya menjeling tajam kepada Mel. Hana hanya menurut saja.
Fisya berjalan di sebelah Mel. Dia melanggar bahu Mel dengan sengaja. Reena mula naik angin. Fayyadh menarik tangan Reena supaya tidak mencetuskan sebarang pergaduhan. Hana semakin geram melihat tangan Reena dipegang oleh Fayyadh. Cemburu meluap-luap.
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...