"Kau kenapa macam cacing kepanasan? Dari tadi sana sini. Pening kepala aku ni. Cuba duduk Lea."
"Aku panik. Nervous. Semualah. Eish!" Lea mengomel. Langkahnya semakin laju.
"Wait! Sebelum ni pembentangan meeting, kau takde pun panik macam ni?"
"Itu meeting biasalah. Ini meeting projek besar. Aku takut aku gagal, Reena."
"Hmm. Kau duduklah dulu. Sini. Tarik nafas slow-slow, then hembus perlahan-perlahan. Just do it."
"Huh! Aku tak boleh. Aku kecutlah. Kau tak ingat masa SPM apa jadi kat aku?" Lea cuba membuat Reena kembali teringat masa lalu.
Flashback Start
"Adik kenapa ni gelabah semacam?"
"Adik nervous lah Kak Nuha. Adik tak boleh fikir apa ni. Adik takut. Esok SPM kak!" Mel menjerit.
"Hey adik, relax lah. Haih, itupun nak nervous. Sini akak nak cakap." Nuha memanggil adiknya duduk disisi.
"Adik anggap esok hari biasa. Hari exam biasa cumanya adik anggap esok adik kena buat lebih bersungguh-sungguh. Buang perkataan SPM tu. Study smart adik. Jangan gelabah macam ni. Adik tak takut esok adik gelabah, semua yang adik baca hilang macam tu jee?"
"Hmm okay. Adik cuba. Adik boleh tenang asalkan ada... aiskrim! Akak jom makan aiskrim kat tepi pantai tu." Mel merayu sambil mengedipkan matanya tanda manja.
"Alright. Akak call abang Safwan dulu." Nuha mengeluarkan Iphone 5s miliknya. Dia mendail nombor telefon suaminya.
"Alaa takpayah call lah. Bukannya lama pun."
"Hish. Mana boleh. Isteri kena inform kat suami dulu nak keluar pergi mana-mana. Dosa tau." Nuha mengomel.
"Nak pergi mana ni?" Abah menegur.
"Nak pergi makan aiskrim abah. Sekejap je." Nuha membalas ringkas.
Mel tidak mampu memandang muka abahnya sejak kejadian dia diarah tidur di luar dalam hujan.
Dia merasakan sikap abahnya begitu kejam. Abahnya tahu dia salah membiarkan Mel diluar kehujanan walaupun pada asalnya niat dia hanya untuk mengajar Mel supaya dengar cakap."Abah tak sayang Mel kan?"
"Kenapa Mel cakap macam tu?"
"Yelah, dia memang nak Mel mati kesejukkan haritu." Mel menerangkan tanpa rasa bersalah.
"Mel, you should not saying like that. Abah sayang Mel lebih dari segalanya. Mel tahu ke kenapa abah buat macam tu?" Nuha tidak mahu Mel membenci abahnya.
"Alah. Mel tahu. Abah buat macam tu sebab abah tak sayang Mel lah. Apa lagi."
"Tak, Mel salah. Abah buat macam tu sebab dia nak jaga anak dia. Dia risau Mel berduaan dengan budak lelaki haritu, apa-apa jadi? Abah taknak menyesal. Mel bukannya kenal betul pun budak tu kan?"
"Risau sepatutnya bertempatlah. Masalahnya dia hantar Mel depan rumah, depan mata abah untuk pastikan Mel selamat. Kalau dia lelaki jahat, dia takkan berani hantar Mel sampai depan rumah. One more, dia bukan 'budak lelaki'. Nama dia Naufal." Mel menjeling ke arah Kak Nuha.
"Akak tahu Mel mesti sekarang jatuh cinta dengan Naufal kan? Mel kena buang dulu perasaan tu. Akak taknak Mel jawab exam sambil lewa and then gagal sebab terlampau mabuk cinta. Fikirlah ye apa yang akak cakap ni? Jangan salahkan abah lagi." Jelas Kak Nuha panjang. Dia rasa dia lebih tahu perangai adiknya. Dia pernah lalui apa itu cinta monyet. Akhirnya cinta Universiti yang kekal abadi sehingga sekarang.
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...