Chapter 18 : Encik Boss

14.2K 709 5
                                    

Semua pekerja berdiri untuk menyambut kedatangan boss baru mereka termasuk Reena dan Lea. Baru hari pertama masuk dah lambat! Lea mendengus.

"Perkenalkan ini anak saya Naufal Adani. Dia akan menggantikan saya sebagai pengurus syarikat. Apa-apa boleh rujuk boss baru awak." Dato Nasir mengumumkan kedatangan anaknya.

Gaya Naufal masih sama. Tubuhnya agak tegap sedikit berbanding dulu. Cermin mata menyembunyikan wajahnya. Berpakaian kemas membuatkan pekerja wanita semua berbisik-bisik.

"Eh! Boss kita Naufal ke?" Bisik Reena.

"Shh! Diamlah. Aku tahu. Aku nak kau jangan buka mulut pasal aku. Kau cakaplah kau dah lost contact dengan aku." Bisik Lea kembali.

"Awak Reena kan? Lepas ni jumpa saya kat office." Pesan Naufal sebelum masuk ke pejabatnya.

Lea semakin cuak. Reena memulakan menolak pintu bilik Naufal. Meja Lea yang berdekatan dengan pejabat Naufal membolehkan dia mencuri-curi dengar.

"Okay. Saya taknak putar belit. Saya cuma nak tahu Mel kat mana sekarang? Please jangan berahsia." Tanya Naufal.

"Err... saya dah lost contact dengan Mel. Sumpah." Bohong Reena.

"Reena please... jangan tipu saya. Saya rindukan Mel. Saya nak jumpa dia. Saya nak minta maaf." Rayu Naufal.

Reena keluar dari pejabat Naufal. Mukanya agak cuak.

"Lea, masuk bilik saya. Now!" Tegas Naufal.

Ish dia ni tak boleh cakap elok-elok!

Lea tawakal saja. Dia menguak pintu bilik Naufal perlahan. Kerusi Naufal dipusing ke belakang. Dia memerhatikan gambar keluarganya.

"Encik Boss? Ni fail yang Encik minta."

"Oh! Jadi awaklah Lea yang papa saya banggakan? Saya tak tahu apa istimewanya awak. Saya rasa biasa je."

Naufal mengambil fail kerja yang dihulurkan oleh Lea. Matanya memandang menyampah ke arah Lea. Lea masih berdiam diri. Suaranya belum kedengaran sejak dari tadi.

"So, dah lama awak kerja dengan papa saya?"

Lea masih diam.

"Awak bisu ke? Saya tanya tu jawablah."

"Err saya kerja dah dua tahun Encik Naufal."

"Awak? Err takde apelah. Awak boleh keluar."

Fuh! Sangkaan Lea meleset. Hampir saja Naufal tahu siapa dia sebenarnya.

"Ikut saya lunch." Tangan Lea ditarik kasar.

Reena ketawa melihat gelagat dua sahabatnya.

"Kita nak lunch kat mana ni boss?" Tanya Lea.

"Ikut ajelah. Banyak tanya. Seatbelt tu pakai! Benda senang pun nak diajar."

Lea menjeling tajam kepada Naufal. Dia ingat aku kuli? Geram.

"Ini restoren mewah boss. Betul ke kita nak makan kat sini?"

"Awak ingat saya boleh masuk ke makanan biasa-biasa ni? Saya duduk London lama. So tekak saya belum biasa lagi dengan makanan melayu."

Demand gila.

Pandangan Naufal terhenti melihat wanita yang duduk didepan meja mereka. Tubuhnya lebih kurang Mel. Naufal menundukkan mukanya. Dia terasa sebak tiba-tiba.

"Boss okay? Boss kenal ke perempuan tu?" Tanya Lea.

"Saya... teringat seseorang. Seseorang yang masih kekal dalam hati saya sehingga kini." Luah Naufal.

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now