Chapter 16 : Plastic Surgery

15K 664 9
                                    

Mata Lea masih belum mahu tidur. Kepalanya masih memikirkan kejadian di kawasan rumahnya tadi.

Kalau keadaan budak tadi teruk pasti dia perlukan plastic surgery.

Flashback Start

"Tiada cara lain. Amelia kena lalui plastic surgery. Jika tidak, dia pasti akan mengalami kecacatan kulit seumur hidup."

"Boleh dokter arrange kan pembedahan dengan dokter paling terbaik? Saya nakkan yang terbaik untuk saya." Tanya Encik Nizam.

"Baiklah. Saya ada kenalan di Perancis, Dokter William. Memang terbaik. Kosnya agak mahal tapi hasilnya bagus dan lagi satu dijamin selamat." Terang Dokter Jamal.

Puan Naimah melangkah lemah keluar dari bilik dokter bersama suaminya. Nuha dan Nazrin mendapatkan ibunya yang begitu sedih.

"Macam mana abah? Dokter cakap apa?"

"Adik terpaksa melakukan plastic surgery."

Nuha dan Nazrin masuk ke dalam wad Mel. Nuha mengusap perlahan kepala adiknya. Adik kesayanganya terlantar sakit.

"Adik, bangunlah. Akak datang ni. Abang Nazrin pun ada. Adik kena kuat tau, kitaorang semua sayangkan adik." Nuha sebak tatkala menuturkan kata-kata.

"Adik, abang janji lepas ni abang tak ejek adik gemuk lagi. Abang gurau je selama ni. Abang sayang adik sangat-sangat. Adik bangun ye? Kesian ibu dengan abah menangis. Adik tak sukakan tengok ibu menangis?" Airmata Nazrin membasahi pipinya kini.

×××××

"Naufal, mama minta maaf paksa Naufal kahwin dengan perempuan penipu tu."

"Its okay ma... mama Naufal dah buat salah dengan Amelia." Tubuh mamanya didakap erat. Airmatanya bergenang.

"Doakan Amelia. InShaaAllah semuanya selamat." Datin Liza menenangkan Naufal.

Pintu rumah mereka diketuk kasar. Naufal dan mamanya turun melihat siapa yang datang.

"Naufal! You dah janji nak kahwin dengan i! You tak boleh tinggalkan i macam ni. Please... i sayang you."

"Baliklah Fisya. Lupakan saya. Antara kita dah tiada apa-apa lagi."

Pintu rumah ditutup dengan kasar.

"Oh takpe kau Naufal! Tunggu satu hari nanti. Kau akan menyesal tinggalkan aku!" Dendam Fisya sambil mendengus marah.

Bunga ros merah dibeli oleh Naufal. Kata-kata semangat ditulis oleh Naufal.

"Eh buat apa lagi kau datang sini?! Aku dah cakap jangan datang kan? Kau memang sengaja nak cari gaduh kan!" Nazrin menggengam penumbuknya tetapi dihalang oleh Abang Safwan.

Naufal agak kesal. Dia rindukan Mel. Kakinya melangkah perlahan meninggalkan mereka.

"Sekejap!"

"Eh? Kak Nuha? Ada apa?" Naufal hairan Kak Nuha memanggilnya.

"Bunga tu... untuk Mel? Sini akak bagikan ye? Siapa tahu Mel akan sedar lepas bau bunga harum ni. Naufal kena tabah. Kami sekeluarga pun sedang cuba yang terbaik untuk sembuhkan Mel." Senyuman manis Kak Nuha dilemparkan buat Naufal supaya dia lebih kuat dan tabah.

Kad yang terselit dibunga itu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Takut Nazrin tahu dan mengamuk pula nanti.

"Adik, tengok ni. Akak bawa apa? Bunga ros. Wangi sangat. Adik nak tahu siapa yang bagi ni? Naufal yang bagi tau. Khas untuk adik." Nuha berbisik ditelinga Mel.

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now