Chapter 22 : Hari Bahagia

15K 786 6
                                    

Reena dan Lea menunggu kedatangan Fayyadh. Katanya mesyuarat tergempar antara bestfriend.

"Sorry girls. Aku lambat. Okay firstly, aku dengar Naufal dah tahu siapa Lea sebenarnya. Betul ke?"

Lea hanya mengangguk diikuti dengan Reena. Fayyadh kelihatan agak kecewa.

"The best part is dorang dah nak kahwin." Reena terlepas cakap seperti biasa.

"Kenapa awak tak cakap dengan saya hal ni Lea, i'm your bestfriend." Nada Fayyadh terus berubah.

"I'm sorry. Lately ni saya busy. This is what i want. Awak marahkan saya?" Suara Lea terketar-ketar serba salah.

"Takpe Lea. Terlalu banyak derita yang awak lalui. Inilah masanya untuk awak mengecapi bahagia. Saya jujur saya sakit, hati saya hancur tapi ini dinamakan jodoh. Saya kena terima. Saya percaya Allah akan berikan saya jodoh sebaik awak, maybe one day." Suara Fayyadh berubah baik kembali.

Dada Reena lapang. Dia berharap Fayyadh perasan dia masih menyimpan perasaan cinta terhadap Fayyadh.

"Done with sad story! Preparation wedding awak macam mana? Dah buat?" Tanya Fayyadh kembali.

"So far, 50 percent dah siap."

"Semangat nak kahwin." Reena memerli.

"Nak kitaorang tolong tak?"

"Boleh juga. Tolong aku cari hantaran untuk Naufal. Awak lelaki kan mesti awak tahu apa yang lelaki suka."

"Small matter." Jawab Fayyadh bangga.

×××××

"Morning boss!" Lea tersenyum melihat susuk tubuh Naufal melepasi mejanya.

"Morning. Saya nak jumpa awak dalam bilik saya okay." Naufal menguak pintu kaca biliknya.

Reena mendekati Lea sambil tangannya memegang fail kerja. Lea bersiap sedia membetulkan kasut tumit tingginya dan rambutnya dirapikan sedikit.

"Amboi. En Tunang dah panggil ye?"

"Reena, balik meja sana. Buat kerja." Lea menghalau Reena.

"Mentang-mentang bakal isteri boss. Nak halau aku. Hmm aku merajuk dua minit dengan kau." Reena mencebik. Bibirnya dimuncungkan seperti itik.

"Ye boss? Ada apa?"

"From now on, jangan panggil saya boss. Minggu depan kita nak jadi suami isteri kan, so panggil saya 'Sayang'. Boleh kan?" Usik Naufal sambil gelak nakal.

"Sayang? Saya tak biasalah awak." Lea serba salah.

"Biasakan. So harini kita ada appoinment dengan Cik Vanessa wakil Mega Holdings kan? Awak ikut saya."

"Taknaklah saya. Cik Vanessa tu sombonglah! Menyampah saya."

"Ahaa, tak boleh. Sombong dia pun ada cara nak lembutkan. Nanti saya tunjukkan." Ujar Naufal.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Lea masih leka menyiapkan kertas kerja. Naufal mula mengemaskan mejanya.

"Lea, jom. Cepat."

"Kena ikut ke? Saya rasa macam nak demamlah." Bohong Lea. Naufal meletakkan belakang tangannya didahi Lea.

"Tak panas pun? Oh dah pandai menipu ye. Jom cepat. Kesian client tunggu." Naufal menarik tangan Lea.

"You're late Mr. Naufal." Cik Vanessa menunjukkan jamnya yang berjenama.

"Eleh lambat 5 minit pun nak kecoh." Lea mengata di sambil menjeling Cik Vanessa.

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now