Pagi yang indah disinari dengan pancaran cahaya matahari yang terik membuatkan Syazlina lebih bersemangat untuk memulakan hari ahadnya dengan sedikit senaman.Syazlina pun bersiap siap memakai tudung untuk pergi bersenam di taman yang berhampiran dengan rumahnya.Tiba tiba niat Syazlina terhalang apabila ibu dan ayahnya memanggil untuk membincangkan sesuatu perkara.
"Syazlina, ibu dengan abah ada sesuatu nak beritahu kamu"ujar ibunya sebaik sahaja melihat Syazlina mula keluar dari biliknya.
Dia hanya akur dengan arahan kedua orang tuanya itu. Kakinya perlahan melangkah ke ruang tamu. Lalu, dia mula mengambil tempat disebelah ibunya. Ibu dan bapanya saling berpandangan. Macam ada yang tidak kena.
Ibunya menarik nafas panjang lalu memandang kearah suaminya sekilas. "ibu nak kamu kahwin dengan lelaki pilihan kami" akhirnya perkara yang tersimpan sejak sekian lama pun terluah juga.
Terbeliak mata Syazlina sebaik sahaja ibunya berkata 'kahwin' . Ini memang gila! dia masih belajar kot. Takkan lah terus terburu buru nak kahwin? Dengan orang yang tidak dikenalinya pula tu. Lantas, Syazlina terus menolak permintaan ibu bapanya itu .
"No! Syazlina tak setuju! Abah, ibu, tolonglah.. Syazlina masih belajar. Lagipun Syazlina tak ada langsung rasa nak kahwin. Kenal lelaki tu pun tidak" Mata Syazlina mula berkaca. Nak nangis dia dibuatnya. Dia berharap sangat ibu bapanya membatalkan niat untuk mengahwinkannya.
Puan Masyitah memandang suaminya dengan pandangan agak risau. Bukan apa, dia memang sudah lama sepakat untuk menikahkan anaknya dengan kawan lamanya itu. Takkank nak bagi alasan 'anak saya tak suka anak awak' pula kan?
"Syazlina, perasaan cinta tu bila bila masa boleh dipupuk. Pernah tak Syazlina dengar yang bercinta selepas nikah itu lagi indah?" ujar En.Rahman. Hambek kau! bila bapa berkata-kata! HAHAHAHA
Syazlina diam seketika. Air mata yang mula menitis dilapnya segera. "nanti Syazlina fikir lah ibu, abah" Pn. Masyitah menepuk bahu anak perempuannya itu lembut. Sebak pula melihat Syazlina dipaksa sebegini.
Syazlina senyum segaris sebelum mula mengeluarkan ayat. "ibu ada gamba dia? Syazlina nak tengok" katanya. Perasaan sedih dibuangnya jauh-jauh. Mestila nak tengok muka bakal suami kan-,- mana tahu gigi dia rongak ke apa ke.
Pn. Masyitah mula bangun dari duduknya. Kakinya laju melangkah ke kamarnya. Satu keping gambar diambilnya dalam laci.
"Inilah gambar Tengku Fazril... handsome kan?"Puan Masyitah menghulurkan gamba tersebut kepada anaknya.
Tiba tiba riak wajah Syazlina bertukar dengan serta merta "DIAA!!?" kata Syazlina kuat.
"kenapa sayang? ada yang tak kena ke?" tanya puan Masyitah. Mana taknya, tiba tiba macam orang kena histeria tengok gamba tu.
Syazlina hanya senyum segaris. Senyuman yang dipura purakan. Dia hanya menggelengkan kepala tanda tiada apa apa.
"ha baguslah kalau macam tu, kalau ada apa apa bagitahu kami" ucap En. Rahman.
Tengku Fazril? siapa tak kenal. Jejaka playboy yang paling terkenal di universitinya. Dengan hanya berbekalkan wajah yang tampan, semua perempuan sanggup melutut di depannya. (okay, ni tipu je. takdelah sampai melutut. tapi nak diiibaratkan macam tu lah-,-)
~~~~~~~
Pada malam itu, Syazlina tidak dapat tidur dengan lena memikirkan tentang nasibnya jika berkahwin dengan Tengku Fazril yang playboy itu. Dalam lubuk hatinya yang dalam, sebenarnyaa Syazlina tidak dapat menerima keputusan ibu dan ayahnya tetapi dia tidak ingin ibu dan bapanya kecewa akam sikapnya.
Sifat Syazlina di sekolah dan di rumah sangat berbeza.Di sekolah, dia lebih dikenali sebagai gadis yang pendiam dan lemah lembut. Tetapi di rumah sebaliknya.Syazlina adalah anak tunggal dalam keluarganya. Disebabkan itu, ibu bapanya ingin melihat anak satu satunya itu bahagia dengan mengahwini Tengku Fazril.
Syazlina tidak sabar untuk menunggu esok hari. Dia ingin menceritakan segala -galanya kepada rakan karibnya Zarina. Zarina merupakan satu satunya kawan yang boleh dipercayai.Syazlina dan Zarina mula menjadi kawan sejak mereka dibangku sekolah menengah lagi.Zarina adalah tempat Syazlina meluahkan perasaan sedih dan gembira.
___________________________________
okay, cerita ni memang merepek. Memandangkan ni first cerita author penah tulis, so maafkan lah author ye kalau ayat mcm tah pape-,-
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...