BAB 31

12.1K 390 21
                                    

Pagi itu, Syazlina segera bersiap untuk menjenguk Tengku Fazril di hospital. "Harap harap dia suka masakan aku ni" kata Syazlina sambil tersenyum sendirian.

~~~~~~~~
Sesampainya di hospital, Syazlina mula masuk ke ruangan Tengku Fazril. " assalamualaikum awak:)" kata Syazlina lalu memberikan senyuman yang paling manis buat suaminya itu.

Tengku Fazril memandang Syazlina." Sebenarnya siapa dia ni?" Katanya di dalam hati.Syazlina mengambil kerusi lalu duduk menghadap Tengku Fazril.

"Err...kalau awak tak kisah boleh saya tanya satu soalan?" Tanya Tengku Fazril.

"Tanyalah...anything for you:)" cehh! Sejak bila Syazlina jadi sweet talker ni? Hahahaha.

"Erm...awak ni siapa? Saya rasa macam kenal awak sangat sangat tapi saya tak dapat ingat siapa awak..."

Syazlina menarik nafas panjang" saya ni isteri awak...dan awak suami saya" jawab Syazlina tenang.

Mata Tengku Fazril terbuntang luas."sejak bila aku kahwin?aku kan baru habis SPM" getusnya di dalam hati.

Semalam tak ada siapa siapa cerita kat Fazril ke tentang perkahwinan dia dan Syazlina?

(FLASHBACK)

Kepala Tengku Fazril sakit.Rasa seperti ada benda yang mencucuk cucuk kepalanya.

Doktor Rizman: Fazril, banyak kan berehat...jangan fikirkan sangat ye semua masalah ni...

Tengku Fazril hanya mengangguk.

Doktor Rizman: diharap keluarga tuan puan dapat memberikan Fazril ruang untuk berehat selepas tersedar dari koma. Keadaannya belum sepenuhnya stabil. Esok mungkin dia akan okey...

" sudahlah...mari kita pulang... esok kita sambung melawat Fazril lagi ye" kata suami Datin Marina.

Akhirnya mereka pun bersurai.

"Sekarang tahun berapa?" Tanya Tengku Fazril.Fikirannya kusut dan bercelaru.

"2015"Jawab Syazlina pendek. Dia sebenarnya agak kekok dengan Tengku Fazril yang 'baru' ini.

"Maksudnya sekarang ni saya sedang belajar di universiti lah?"Tanya Fazril lagi.

Syazlina hanya mengangguk.Tengku Fazril cuba memaksa dirinya untuk mengingati apa yang telah terjadi. Tetapi kepalanya mula berasa sakit.

"Awak...janganlah fikir banyak sangat...nanti kalau awak dah sihat dan boleh balik, saya akan cerita kan serba sedikit tentang diri awak..." Syazlina memegang tangan Tengku Fazril.

Tengku Fazril hanya mengangguk lemah.

"Saya nak pergi toilet kejap...awak makanlah makanan yang saya bawa ni..saya masak sendiri tauuu!" Kata Syazlina bangga.

Tengku Fazril hanya mengangguk sambil tertawa kecil." Haihhh cair nya tengok dia ketawa macam tu!! Susah sangat nak tengok dia senyum apatah lagi ketawa macam tu! Comel!!" Kata Syazlina di dalam hati.

~~~~~~~~
Elina bercadang untuk menjenguk Tengku Fazril di hospital.Dia membawa sejambak bunga buat Tengku Fazril.

"Hello honey..how are you?" Tanya Elina mesra.

Tengku Fazril memandang Elina pelik. "Dia ni siapa pula? Takkan isteri kedua aku?" Kata Tengku Fazril di dalam hati.

"Ermm sorry, saya hilang ingatan akibat kecederaan di bahagian otak, if you don't mind, please tell me who you are..." ujar Tengku Fazril.

Elina memandang Tengku Fazril." Dia hilang ingatan? Ni lah kesempatan aku untuk menghasut dia!" Katanya di dalam hati.

"erm actually, i ni tunang you...tapi pertunangan kita putus disebabkan seorang perempuan yang bernama Syazlina...dia rampas you daripada I..Tapi nak buat macam mana kan, i redha dengan takdir yang Allah tentukan." Elina membuat muka pasrah.

" Syazlina? Yang perempuan tadi tu ke?" Tengku Fazril mula bermonolog sendirian. "Ouh...apa yang menyebabkan kita putus bertunang?" Tanya Fazril lagi.

"I don't know..maybe dia hasut you kot..." Elina sekali lagi membuat muka sedih seperti memohon simpati.

Tengku Fazril hanya tekun mendengar penjelasan Elina yang palsu itu. Tengku Fazril yang 'baru' ini lain sikit. Dia mudah percaya dengan orang.

Tiba tiba cerita Elina terhenti apabila Syazlina mula masuk. Elina merenung Syazlina tajam.

"Okeylah Fazril... I pergi dulu...hope you suka bunga pemberian I ni.." Tengku Fazril hanya tersenyum.

Jujur, Syazlina sebenarnya sakit hati melihat Elina datang menjenguk Fazril. Disebabkan Elina ,rumah tangganya hampir hancur.

"Awak nak apa apa ke? Saya boleh tolong belikan.." Syazlina cuba menyembunyikan perasaan sedih dan cemburunya itu.

Tengku Fazril hanya menggeleng. "Awak, sebelum saya berkahwin dengan awak, saya pernah jadi tunang orang ke?" Tanya Tengku Fazril.

"Hmm entahlah...tak kot...kenapa awak tanya?"

"Tak delah...saja..."

"Ni mesti Elina ada cerita sesuatu kat Fazril! Ergh!!! Tak pe Elina, jangan ingat senang senang kau nak hancurkan rumah tangga aku buat kali kedua!" Getusnya di dalam hati

"Awak kenal ke perempuan yang datang tadi tu?" tanya Syazlina.

Tengku Fazril menggelengkan kepala.

"okey biar saya cerita siapa dia,nama dia Elina.Dia tu kaki penipu... dulu dia pernah cuba hancurkan rumah tangga kita tapi jodoh kita kuat jadi tak terhancurlah masjid yang kita dah bina ni...dia tu pernah jadi girlfriend awak...lepastu awak pernah minta putus hubungan dengan dia tapi dia tak dapat terima. Dia cuba untuk balas dendam. Dia tetap nak miliki awak sampailah sekarang...jadi saya nasihat agar awak berhati hatilah dengan dia ye..." terang Syazlina panjang.

Tengku Fazril tekun mendengar. Dia hanya menganggukan kata kata Syazlina.

BERSAMBUNG...

Haaa okey tak?? Fazril sifat dia dah berubah sikit:( tak pe kan? Nanti kalau ingatan dia dah pulih, saya masukkan sifat dia yang lama tuu😂hehehehe. Actually saya lebih suka Fazril 'lama' daripada Fazril 'baru'... okey tu je, bye!^_^

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now