BAB 33

12.3K 380 30
                                    

Tengku Fazril berdiri di luar balkoni rumah. Cuaca pada petang itu agak mendung. Perkara semalam masih lagi berlegar-legar di dalam fikirannya.

"Apa aku patut buat? Perlu ke aku menikahi Elina setelah apa yang terjadi? Tapi...kalau aku kahwin dengan dia, macam mana dengan Syazlina? " otaknya runsing memikirkan hal itu.

Fazril cuba memikirkan jalan penyelesaian buat masalahnya itu." Kalaulah aku tak pernah kemalangan dan tak pernah kena amnesia kan bagus..." keluhnya di dalam hati.

Tiba tiba ayat Syazlina bermain di fikirannya. "Farhan tu kawan baik awak...awak dengan dia rapat sangat...semua masalah , awak cerita kat dia"

"Farhan! Aku boleh minta pendapat dia tentang hal ni! Mana tau dia boleh tolong aku ke..." satu senyuman terukir di bibir Tengku Fazril.

~~~~~~~~
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Tanya Farhan.

"Sebelum aku kena amnesia, pernah ke aku tidur sekatil dengan Elina?" Hasrat Tengku Fazril ingin menanyakan hal tersebut akhirnya tercapai jua.

"Er...okey, biar aku cerita...malam tu_____________" Farhan mula menceritakan insiden yang berlaku pada malam di mana dia dan Tengku Fazril keluar pergi ke club.

"Jadi memang Elina yang sengaja perangkap aku?" Tanya Fazril.

Farhan hanya mengangguk kan kepalanya." Syazlina tak cerita ke tentang hal ni kat kau?"

"Tak...lagipun aku tak nak tanya dia..takut nanti dia fikir bukan bukan.".

Sebenarnya, Tengku Fazril serba sedikit sudah mula mengingati peristiwa- peristiwa yang pernah berlaku dalam hidupnya. Cumanya, dia merahsiakan tentang hal ini.

~~~~~
From: Elina
Time: 8:00 pm.
So honey, macam mana? You dah fikirkan tentang perkahwinan kita?

To: Elina
Time: 8:05 pm.
Sorry. I think we should not married. I dah ada Syazlina. I tak nak sakitkan hati dia...jadi tolong hormati rumah tangga kami.

From: Elina
Time: 8:06 pm
No! You dah rosakkan I, lepas tu you nak lari dari tanggungjawab! Apa semua ni? I tak kisah kalau terpaksa jadi isteri kedua sekalipun! Yang penting kita kahwin.

To: Elina
Time: 8:07 pm
I bukan nak lari daripada tanggungjawab. Cumanya, you kena faham status I. Nanti apa pula kata ibu dan ayah Syazlina? Mulakanlah hidup baru Elina...

From: Elina
Time: 8:10 pm
Ouh, you fikir perasaan Syazlina and keluarga dia je? Perasaan I ni? Siapa yang nak jaga? And senang senang je you suruh I mulakan hidup baru? You dah rosakkan i, lepas tu you suruh i mulakan hidup baru?

To: Elina
Time: 8:15 pm
Sorry tapi keputusan I muktamad. I takkan kahwin dengan you sampai bila bila.

"Arghhhhh!!!!" Elina menjerit sekuat hati. Hatinya sakit. Rancangannya hampir berjaya tetapi semuanya hancur begitu sahaja. "Mesti ada orang yang pandai pandai cerita tentang perkara yang sebenar!" Katanya di dalam hati.

"Tak pe....kalau aku tak boleh dapat kau. Jangan harap ada sesiapa pun perempuan yang boleh dapat kau! You are mine! Forever! " Rancangan kotor mula terlintas di fikiran Elina.

~~~~~
Keesokan harinya.

"Aku nak kau tengok keadaan rumah diorang. Kalau Fazril keluar pergi mana mana, bagitahu aku. Pastikan Syazlina sendirian di rumah" kata Elina dalam panggilan.

"Baik boss"

Seperti yang dijangka, malam itu Fazril tiada di rumah. Dia keluar sebentar untuk ke rumah Farhan.

"Saya nak pergi rumah Farhan sekejap... nanti dalam pukul 11 malam macam tu saya balik. Kalau ada apa apa terjadi, call saya tau..." kata Fazril lalu mencium pipi kanan isterinya.

Syazlina membalas dengan senyuman.Sejak Fazril terkena amnesia, perasaan sayangnya terhadap Syazlina semakin bertambah.

~~~~~~
"Kenapa lah aku rasa berat nak tinggalkan dia seorang kat rumah..." Kata Tengku Fazril sendirian di dalam kereta.

"Perasaan aku je kot"

~~~~~~~
Syazlina menuju ke dapur untuk mengambil minuman. Tiba tiba lampu terpadam.

"Syazlina~~~ hahahaha!" Kedengaran suara perempuan sedang memanggil namanya diselangi dengan tawa yang menakutkan.

"Siapa kau! " Syazlina mula ketakutan. Dia mula mencari cari telefon miliknya. Tapi sayang, telefonnya tertinggal di bilik atas.

"Shhh.... cuba teka siapa aku?" Elina mengambil sebatang mancis lalu memetiknya. "Aku E.L.I.N.A".

"Elina...apa kau buat ni...janganlah macam ni...aku merayu" Air mata Syazlina mula menitis dek ketakutan.

"Syazlina sayang, janganlah menangis..." Elina mengusap pipi milik Syazlina. Lalu ditamparnya.

Syazlina masih lagi dalam tangisan. Kali ini, air matanya mula turun dengan laju." Elina...janganlah buat aku macam ni.."

"hari ini riwayat kau akan tamat...dan Fazril selamanya akan jadi milik aku...HAHAHAHA..." Elina menusuk perut Syazlina menggunakan pisau. "Bye bye Syazlina....Hahahahahah"

Syazlina rebah. Matanya perlahan- lahan tertutup. "Kalau aku tak boleh memiliki Fazril, kau pun tak boleh memiliki dia..ingat ayat aku tu!" Bisik Elina di telinga Syazlina.

Elina tersenyum puas. Hatinya gembira. Gembira yang tidak terkata.

BERSAMBUNG...

Hiii^_^ maaflah kalau bab ni kurang menarik-,- hehehehe... erm kalau saya buat Syazlina mati, okey tak? hahahahahaa. Jangan lupa comment dan vote...bye bye❤



Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now