BAB 37

13.8K 373 10
                                    

7 bulan telah berlalu...

Tanpa disedari masa begitu pantas berlalu. Bermacam macam perkara pahit dan manis telah berlaku.

Kebahagiaan yang dicari cari oleh Syazlina selama ini sedikit demi sedikit mula terlakar dalam gerbang rumah tangga mereka. Kandungan Syazlina semakin hari semakin membesar. Lagi beberapa bulan anak yang dinanti nantikan bakal keluar melihat bumi yang nyata.

Elina yang berhati kotor itu telah dimasukkan ke dalam penjara tempat di mana sepatutnya dia berada.

Zarina tidak lama lagi akan menjadi tunang orang. Tidak disangka sangka tunang Zarina adalah rakan karib Tengku Fazril iaitu Farhan. Ala, kalau dah jodoh tak kemana.

Harris Adrian pula sudah mula membuka hatinya untuk menerima wanita lain. Dengar cerita, dia sedang bercinta dengan salah seorang perempuan di Amerika yang bernama Rania Khalisa. Rania asalnya adalah seorang perempuan yang menganut agama Christian. Tetapi alhamdulillah kini dia telah memeluk islam selepas menerima hidayah daripada Allah.

"Abang, tak lama lagi anak kita akan lahir... tak sabarnyaaa!!! Doktor kata kemungkinan besar anak kita perempuann..." kata Syazlina teruja.

"kan...mesti anak kita lawa macam mama dia..." Fazril mengusap perut Syazlina perlahan sambil menguntumkan sebuah senyuman.

"Abang...minggu depan pertunangan Zarina dan Farhan akan berlangsung... tak sangkakan...cepat je masa berlalu"

"Tulahh, paling tak sangka tunang Farhan adalah Zarina..."

Sebenarnya ingatan Fazril telah pulih sepenuhnya.Tiap tiap detik dan saat saat manis dalam hidupnya kembali tersimpan dalam kotak ingatannya.

~~~~~~~~~
"Mummyy!!! Tolong Elina....lepaskan Elina dari tempat ni..Elina tak bersalah!!!" Elina merayu rayu memohon simpati. Diikuti juga dengan tangisan yang tiada henti.

"Abang...tolonglah carikan peguam untuk lepaskan Elima daripada situ...saya ni sebagai ibu tak sanggup tengok anak sendiri menderita macam tu" kata Datin Azura.

"Awak tu terlalu manjakan anak sampai dia jadi macam ni...buat masa ni biarlah dia sedar akan kesilapan yang dia telah lakukan tu..cubaan membunuh orang sebanyak dua kali? Dan pelakunya adalah anak kita sendiri? Awak rasaa? saya rasa biarlah Elina duduk dalam tu dulu...ini je cara terbaik untuk sedarkan dia daripada kesilapan"

"Tapi dia anak kita bangg...sampai hati abang kan tengok Elina macam tu?" Datin Azura masih lagi membela Elina yang bersalah itu. Maklumlah, anak tunggal.

"Awak ni jangan nk membela sangat dia boleh tak? Bukan dia duduk penjara tu selamanya..."

"Suka hati abg lah.." akhirnya Datin Azrura akur dengan arahan suaminya.

~~~~~~~~~
"Assalamualaikum Zarina...lama tak dengar khabar kau...kau macam mana? Sihat? " tanya Syazlina dalam talian.

"Aku sihat je...butik kau macam mana? Okey?"

"Okey...butik aku semakin maju...hahaha nanti kalau free singgah lahh-,-"

"Haa baguslahh kalau dah maju...nanti kau boleh bagi aku diskaunnn kan? Hahaha" Zarina mula ketawa.

"Elehhh, nanti aku sponsor baju tunang kau...amacam? Okey tak?"

"Jangan buat lawak-,-"

"Lawak apanya? Betullah!! Kau kan bestfriend aku...apa salahnya aku sponsor baju untuk pertunangan kau nanti...alaa, benda kecik je tu"

"Seriuously?!!! Omggg!!!! Thankk youuu!!!! Ha macam ni lah namanya bestfriend...kena lah sponsor macam macam..." suara Zarina mula kedengaran gembira.

"Amboii!! Aku sponsor tudung dengan baju je...yang lain lain beli sendiri-,-"

"Elehhh...yelahh yelahhh...okey lah weyh...aku kejap lagi nak beli barang persiapan untuk pertunangan.... byee... muah muahh"

"Hahahahha bye...assalamualaikum.." talian dimatikan. Perasaan gembira serba sedikit hadir didalam jiwa Syazlina.

~~~~~~~~
"Sayang" Tengku Fazril melangkahkan kakinya ke dalan butik Syazlina.

"Ehh abang! Kenapa datang tak bagitahu ni?"

"Tak suprise lah namanya kalau bagitahu... sayang dah makan?"

Oh ye, lupa nak bagitahu. Sebenarnya Fazril dah habis belajar. Sekarang dia bekerja di salah sebuah syarikat daddynya.

"belummm:(" jawab Syazlina.

"Kenapa tak makan? Nanti baby kita lapar macam mana?" Ujar Tengku Fazril.

"Hmm risau tentang baby kita je? Saya ni? Tak risau? " Syazlina mengilangkan tangan di dadanya. Mulalah tu nak merajuk. Sejak dia mengandung , Syazlina mudah tersinggung dan cepat merajuk. Bawaan bayi mungkin?

"Mana ada...dua dua abang risau..." Fazril mula memujuk Syazlina.

"Tipuu!!"

"Betullah...jomm kita lunch sama sama? " Fazril mula memegang tangan isterinya.

"Tak nak" Syazlina melepaskan pegangan Fazril perlahan.

"Janganlah macam tu...jomlahhh.. tak kesian ke kat abang ni?" Fazril memegang kembali tangan Syazlina.

Syazlina masih lagi pura pura merajuk pada Fazril. Dia mengikut langkah Fazril yang memegang tangannya itu.

BERSAMBUNG....





Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now