BAB 13

13.1K 480 1
                                    

Malam itu, Tengku Fazril,Syazlina dan keluarganya berkumpul untuk membincangkan sesuatu perkara.

"Mummy, daddy...Fazril rasa, sekarang dah tiba masanya untuk Fazril dan Syazlina berpindah ke rumah sendiri..." kata Tengku Fazril.

Syazlina terkejut bukan main setelah mendengar keputusan Tengku Fazril.Bukan apa, dia tidak tahulah apa nasibnya jika berdua duaan di satu rumah yang sama dengan Tengku Fazril.

"Tapi Fazril, mummy rasa lagi elok kalau tunggu abang kamu,Amran datang semula ke Malaysia" jawab Datin Marina

Amran? tak penah dengar pulak nama Amran ni? Guys, Amran ni abang Tengku Fazril. Siapa tak ingat boleh rujuk bab 3...watak Amran ni tak diperlukan sangat...heheh.

"Tak nak..Fazril nak pindah esok jugak..." kata Tengku Fazril.

"Kalau macam tu keputusan kamu, tak pelah..." jawab mummynya.

~~
Di bilik..

"kenapa awak nak pindah?" Tanya Syazlina.

"Sebab aku tak nak sesiapa ganggu aku dating dengan awek awek aku" jawab Tengku Fazril.

"Ouh..malam ni awak tidur kat sofa tau? Saya tidur kat katil?" Tanya Syazlina.Hatinya agak sakit mendengar kata kata Tengku Fazril.

"Tak nak..aku nak tidur kat katil!" Bantah Tengku Fazril

"Mana boleh macam tu!! Asyik awak je tidur kat katil!! " kata Syazlina.

"Tak kira aku nak tidur jugak kat katil! Kalau kau tak nak tidur kat sofa, tidurlah kat katil sebelah aku~" jawab Tengku Fazril lalu mula menghampiri Syazlina.

"Eh! Jangan macam macam ek!! Saya bagitau mummy!! " Syazlina sudah mula ketakutan apabila Tengku Fazril menghampiri Syazlina dengan senyuman yang jahat.

"Bagilah tahu~~ tak takut pun..." kata Tengku Fazril.

Syazlina segera keluar dari bilik itu.Jelas di mukanya ada perasaan takut. "ish mamat tu dah gila ke! " katanya seorang diri.

"ehh Syazlina tak masuk bilik ke? Kenapa muka macam baru lepas tengok hantu ni?" tanya Datin Marina

"Tak lah mummy...nak hirup udara segar kejap kat luar ni...cantik kan malam ni? "Kata Syazlina cuba menukar topik.

"Hmm yelah...jangan lama lama sangat kat luar tu, banyak nyamuk..." jawab Datin Marina.

~~~
selepas beberapa minit diluar, Syazlina pun mula masuk kedalam biliknya.

Dia melihat Tengku Fazril sedang tidur di sofa."eh tidur kat sofa? Awak..awak.." panggil Syazlina.

"Ye?" Jawab Tengku Fazril lalu memegang tangan Syazlina yang berada di bahunya itu.

"Eh lepaslah...awak tak nak tidur kat katil ke? "Tanya Syazlina.

"kenapa? Nak tidur dengan aku ke?"jawab Tengku Fazril.

"Ehhh!!!!! Takk takk!! saya tanya je..rasa kesian pulak tengok awak tidur kat sofa...hehehe..ok bye, gudnite...Esok giliran awak pulak ye tidur kat katil? Ehh lupa plak esok kan kita pindah.." kata Syazlina.

"Dahlah pegi tidur! Membebel plak.." jawab Tengku Fazril.

Rasa comel pulak bila tengok Tengku Fazril tidur.

~~~~
Hari ini Tengku Fazril dan Syazlina tidak ke kampus kerana sibuk dengan barang barang yang hendak mereka kemas sebelum berpindah.

"Rasa sedih pulak nak tinggalkan mummy dengan daddy kan awak?" Tanya Syazlina.

"Cepat kemas barang...nanti aku tinggal kang baru tau" jawab Tengku Fazril.

~~~
Sesampainya di rumah Banglo Semi D mereka.

"Awak...ni ke rumah baru kita?" Tanya Syazlina

"Yelahhh. Kenapa? Buruk?" Jawab Fazril.

"Takk lah! Rasa seram sikit-,- sebab besar sangat" kata Syazlina.

"Lepas ni tak payah share bilik dah..and aku bebas nak pergi mana mana.." jawab Tengku Fazril.

From:Elina
Time:11:44 am
You? Kenapa tak datang kampus? Erm i miss you:(

To:Elina
Time:12:00
I busy..sorry...bye

To: Farhan
Time:12:05
Weyh, malam ni lepak umah aku nak tak? Aku dah pindah rumah..

From:Farhan
Time:12:05
Fuyoo dah pindah rumah...asal tetiba? Ouhh biar aku teka! Nak privasi lebih dengan isteri ek? Hahahahah!!

To:Farhan
Time:12:06
Pale hotak kau! Tak nak datang sudah ar! Aku ajak orang lain!

From:Farhan
Time:12:06
Aku gurau jee.. nanti aku datang rumah kau, nanti bagi alamat..

~~~
"assalamualaikum"

"Waalaikumsalam..ouh farhan...masuk lah...nanti saya panggil Fazril:)" jawab Syazlina.

~~
"Ha datang pun kau! Syazlina kau masak lah apa apa je untuk kitorang berdua boleh tak?" tanya Tengku Fazril.

Syazlina hanya mengangguk dan patuh arahan suaminya.Maklumlah, syurga Syazlina kini dah berpindah kepada suaminya.

"Eh aku tengok Syazlina tu baik je...kalau kau tak suka dia, bagi jelah aku" gurau Farhan.

"Kau nampak penumbuk ni? Agak agak kalau kena dekat muka kau en, cacat tak muka kau? " kata Tengku Fazril sambil menunjukkan penumbuk ke Farhan

"Fuyoo...sapa tak sayang bini oi? Hahahahaa" jawab Farhan.

~~~
beberapa minit kemudian, nasi goreng pun tersedia.

"Nahh" Syazlina menghulurkan dua pinggan nasi goreng buat suaminya dan Farhan. "Saya naik dulu" kata Syazlina lalu segera naik ke atas.

"Sedap gilaa siot!!!! Cuba kau rasa Fazril!! Rasalah!!" Desak Farhan agar Fazril merasa nasi goreng buatan Syazlina.

"Nasi goreng je pun..." kata Tengku Fazril.

"Kau ni kan, cubalah puji sikit air tangan isteri kau tu...apa jenis suami lahh?" Jawab Farhan

Tengku Fazril agak sentap mendengar kata kata Farhan itu.Sebenarnya, nasi goreng Syazlina memang sedap, cuma dia malu hendak memuji.

~~~
"Okey ar, aku balik dulu...bye Syazlina bye Fazril.. ehh apepun thank you sebab sudi ajak aku masuk rumah baru kau ni" jawab Farhan.

Kereta yang dipandu Farhan pun mula hilang dari pandangan.

"Pandai jugak ek kau masak" puji Tengku Fazril lalu beredar.

"Haaa? Dia puji masakan aku ke?terharunyaaaaa!" Kata Syazlina seorang diri.

Hahhaha hati Tengku Fazril dh mula terbukak sikit untuk Syazlina tu. Semua berkat Farhan sebab tegur dia tadi...

BERSAMBUNG....

Okey tak bab kali ni? Kalau korang rasa okey vote lahh...byee❤❤❤



Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now