Sesampainya di dalam kereta BMW milik Tengku Fazril, Syazlina terus membuka kata bicara.
"Kenapa awak cakap macam tu depan Harris? Kesian dia...mesti terguris perasaan dia..."kata Syazlina.
"Ouh, habistu aku ni? Kau tak fikir pulak? "balas Tengku Fazril seraya memberikan jelingan tajam terhadap Syazlina.
"Awak tau tak, bila saya sedih Harris yang selalu ada di sisi saya tau...bila saya sakit hati dia yang selalu bagi moral support untuk saya..bila saya perlukan bantuan dia yang sedia hulurkan tangan untuk membantu saya..." ujar Syazlina memuji muji Harris di depan Tengku Fazril.
"Haa baguslah! Pujilah dia lagi! Lepas ni kau kahwin dengan dia pulak ek!" Kata Tengku Fazril.Hatinya memang terguris apabila Syazlina iaitu isterinya sendiri memuji muji lelaki lain di depan dirinya.
" awak...saya tak ade niat pun nak sakitkan hati awak...saya minta maaf..." kata Syazlina dengan perasaan yang kesal.
Tengku Fazril hanya diam lalu memberikan jelingan yang tajam sekali lagi buat Syazlina."dah sakitkan hati orang baru reti nak minta maaf!" Kata Tengku Fazril di dalam hati.
~~~
To:Harris
Time:6:00 pm
Awak, saya minta maaf kalau kata kata Fazril tadi agak kasar...From:Harris
Time:6:10 pm
I'm okey...To:Harris
Time: 6:11 pm
Saya minta maaf sangat sangat...benda ni tak akan menjejaskan persahabatan kita kan?From: Harris
Time:6:17 pm
Awak cintakan Fazril ke?To: Harris
Time:6:18 pm
kenapa awak tanya macam tu? Fazril kan suami saya, mestilah saya cintakan dia...Harris tidak membalas mesej yang dihantar oleh Syazlina. Entah apa yang bermain di fikirannya malam ini. Dia agak terasa dengan ayat Syazlina "dia kan suami saya, mestilah saya cintakan dia". Mungkin hati Harris mula terpaut pada Syazlina semula.
" ya allah ...apa yang aku fikir ni?? Syazlina tu dah jadi milik Fazril....aku tak boleh menaruh perasaan lagi kat dia..." kata Harris seorang diri sambil meraup wajahnya.
~~~
Syazlina mula melangkahkan kakinya untuk menuju ke bilik Tengku Fazril. Dia dapat merasakan yang Tengku Fazril masih lagi terasa dengan kata katanya sewaktu di dalam kereta.Syazlina mengetuk pintu bilik suaminya perlahan. Syazlina agak gementar saat itu." Awak...boleh saya masuk?" Tanya Syazlina dari luar.
" masuklah" kata Tengku Fazril.
Syazlina masuk lalu melabuhkan punggungnya di birai katil. "Kau nak apa?" Tanya Tengku Fazril.
"Erm....awak masih marahkan saya ke? " ujar Syazlina dengan nada yang lembut.
Tengku Fazril mengalihkan mukanya dari memandang Syazlina. Dia hanya diam tidak berkata apa apa.
"Awak, saya minta maaf sangat sangat...maafkanlah saya ye? Saya janji lepas ni takkan sakitkan hati awak lagi..." kata Syazlina dengan perasaan bersungguh sungguh.
Tengku Fazril masih lagi diam tidak berkata apa apa.
"Haihh susah betul lah nak pujuk dia ni..." kata Syazlina di dalam hati.
"Awak...." Kali ini Syazlina mula memegang lengan Tengku Fazril." Awak dengar tak ni?" Tanya Syazlina.
Tengku Fazril memandang lengannya yang dipegang Syazlina lalu mengalihkan pandangannya semula.
Syazlina sudah berputus asa. Matanya mula berkaca. Dia mula bangun dari birai katil untuk keluar dari bilik Tengku Fazril. Tiba tiba tangan Syazlina ditarik oleh Tengku Fazril.
"Aku maafkan kau...kau maafkanlah aku jugak?" Kata Tengku Fazril.
Syazlina tersenyum lalu tanpa disedari air matanya setitik demi setitik jatuh. Tengku Fazril memeluk Syazlina erat.
" itu pun nak nangis" ujar Tengku Fazril memerli Syazlina.
"Saya cuma takut awak tak maafkan saya je! Awak kan suami saya, syurga saya sekarang ni ade pada awak.." jawab Syazlina.
Tengku Fazril hanya ketawa kecil." Ni berapa lama nak peluk aku ni? Suka kat badan aku ke?" Perli Tengku Fazril lagi.
Syazlina segera meleraikan pelukannya. Perasaannya pada waktu itu sungguh malu. Malu yang teramat. "Eii saya keluar dulu lah!" Kata Syazlina cuba menahan perasaan malu.
Tengku Fazril menarik tangan Syazlina lalu memberikan ciuman di pipi Syazlina. "Good night" kata Tengku Fazril sambil memberikan senyumannya buat Syazlina.
Perasaan malu Syazlina bertambah 10 kali ganda. Dia mempercepatkan langkahnya untuk keluar dari bilik itu.
Malam itu, Tengku Fazril hanya tersenyum sendirian seperti orang hilang akal. Adakah perasaan cinta mula berputik di dalam hati Tengku Fazril?
BERSAMBUNG...
Okey tak bab kali ni? Kalau tak seberapa nak best sorrylah ek? Haha...ermm btw nak promote sikit cerita kawan saya ni, kalau sudi bacalah cerita dia ek?
-paper heart by SmileVdayThank you kepada sesiapa yang sudi baca and vote cerita ni...
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...