Malam itu, Syazlina dan Tengku Fazril mengemas baju bajunya yang perlu di bawa sewaktu berbulan madu esok.
"Banyaknya baju yang kau nak bawa? Kita pergi seminggu je...bukan sebulan" kata Tengku Fazril
"Sebok je!" Syazlina masih lagi melipat baju bajunya yang ingin dibawa.
"Satu je aku nak cakap, nanti kau angkat sendiri beg beg kau tu....aku tak nak tolong.." jawab Tengku Fazril selamba dan berlalu pergi.
"Ek elehh, macam lah aku nak sangat pertolongan dia..!" Kata Syazlina didalam sendirian.
~~~~~
Dalam perjalanan, Tengku Fazril berhenti sebentar di petronas untuk mengisi minyak.Syazlina pula sibuk membeli keropok,coklat dan sebagainya untuk dimakan sewaktu didalam kereta.Nanti tak delah dia bosan."banyaknya kau belii!! Kita bukan nak pergi picnic ok? Ingat sikitt!!" bebel Tengku Fazril.
"Ala...biarlah...nanti saya lapar..."
To:Harris
Time: 9:00 am
Assalamualaikum Harris...saya minta maaf sebab tak dapat teman awak sampai airport...apapun take care ok? Ketiadaan awak nanti pasti akan dirindui...Tengku Fazril segera merampas telefon milik Syazlina.
"Eii bagilah balik!!!"
"mesti mesej Harris si perampas isteri orang tu kan?" Kata Tengku Fazril.
" bagilah balikkk!!!" Syazlina cuba untuk mendapatkan telefonnya kembali tapi gagal.Dia mula mencubit peha Tengku Fazril.
"Sakitlah! Kau ni manusia ke ketam?" Tengku Fazril memegang pehanya yang dicubit oleh Syazlina.
"Bagilahhh awakk!!"rayu Syazlina.
"kalau aku tak nak bagi jugak?" Tengku Fazril tersenyum puas.
Syazlina menyilang tangan di dadanya. Hatinya cukup sakit.Dia diam membisu.Tengku Fazril hanya tersenyum penuh kegembiraan.
Sebenarnya Tengku Fazril cemburu melihat isterinya mesej dengan lelaki lain.Lagi lagi musuh ketatnya iaitu Harris!~~~~~
" Syazlina...bangunlah..." Tengku Fazril mengejutkan isterinya yang tertidur di dalam kereta."Menyusahkan betul lah dia ni! " Tengku Fazril mengejutkan isterinya lagi.
"Kita kat mana?" Syazlina terjaga.Dia masih mamai.
"Kita kat hospital sebenarnya.." jawab Tengku Fazril sambil menjeling ke arah Syazlina.
"Eii memain lah dia ni!" Syazlina segera keluar dari kereta dan mula berjalan hendak pergi ke hotel.
"Woii beg ni siapa nak angkat?!! Senang je kau kan, bangun tidur pastu pergi macam tu je..." kata Tengku Fazril.
"Ish dia ni! Alaa awak kan lelaki...tolonglahhh...kesian kat saya ni...awak sayang saya kan??? " Syazlina membuat suara comel sambil memegang lengan Tengku Fazril.
"siapa cakap aku sayang kau? Tak payah mengada! Cepat angkat!!" Tengku Fazril cuba untuk tidak termakan dengan kata kata rayuan Syazlina itu.
"Ei dia niii!! Suami jenis apa lah..." rungut Syazlina. Dia pun segera mengambil begnya. "Awak...berat lah...tolonglah saya..." ujar Syazlina
"Kan aku dah kata, jangan bawak baju banyak banyak, tapi kau degil! Ni lah padahnya tak dengar cakap suami! " kata Tengku Fazril.
"Elehhh! Membebel je kerja! Bukan nak tolong pun.." Syazlina terpaksa menggagahkan dirinya untuk mengangkat beg beg yang berat itu.
~~~~~
"Awak..mummy memang tempah sebilik je ke?" Tanya Syazlina."Kau ni bengap sangat kenapa? Mummy kan anggap kita ni betul betul tidur sekatil kat rumah baru tu." Jawab Tengku Fazril.
Syazlina hanya tersenyum kecil.Apabila pintu bilik dibuka, dia terus merebahkan dirinya dia atas katil.
"Penatnya..."
Tiba tiba iphone milik Tengku Fazril berbunyi.Jelas terpampang di skrin phone nya nama 'Elina'.
"Ni lah kesempatan aku nak buat Syazlina jealous!" Katanya di dalam hati sambil tersenyum.
"Hai sayang..." kata Tengku Fazril dengan suara manja. Sesiapa saja yang mendengar pasti tergoda!
Syazlina yang tadi cuba untuk melelapkan matanya terus memandang Tengku Fazril sambil mengerutkan dahinya.
"ye...i pun rindu you...sekarang I tengah bercuti dengan family....nanti balik dari bercuti kita meet okey? Bye sayang...."Tengku Fazril tersenyum puas.
Syazlina menyilang tangan ke dadanya."siapa tu?" Tanya Syazlina dengan perasaan ingin tahu.
"Girlfriend aku....kenapa? Jealouse?" Jawab Tengku Fazril sambil tersenyum.
Syazlina menjeling tajam kearah Tengku Fazril. Sakit hatinya saat itu hanya tuhan yang tahu. Dia menyarungkan tudungnya kemudian keluar dari bilik itu.
"Woi nak pergi mana tu?" Tanya Tengku Fazril.
Syazlina tidak membalas pertanyaan Tengku Fazril.Dia mempercepatkan langkahnya.
~~~~~
Syazlina berjalan di tepi pantai.
"Aku belajar untuk tak sakitkan hati dia tapi dia pulak yang sengaja nak sakitkan hati aku...apa salah aku?" Air mata Syazlina mula menitis. Angin yang sepoi sepoi seolah-olah memahami perasaan Syazlina.Tiba tiba ada seseorang yang memeluk Syazlina dari belakang." Kau marah aku ke?"
Syazlina cukup mengenali suara itu. Ya! Itu suara Tengku Fazril, suaminya yang tercinta." Tak lah aku tengah gembira ni" perli Syazlina.Dia segera menyeka air matanya takut diketahui Tengku Fazril.
"Sorry..." Tengku Fazril masih memeluk Syazlina erat dari belakang.
Syazlina menoleh kebelakang lalu membalas pelukan Tengku Fazril. Syazlina tersenyum kegembiraan.
Hahaha macam dah bahagia je Syazlina dengan Tengku Fazril ni?
BERSAMBUNG...
Haiii✌ thank you bagi sesiapa yang sudi baca...sorry kalau x best....byee bye...
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...