BAB 18

11.7K 410 2
                                    

Sebenarnya Tengku Fazril tidak ada apa apa rancangan jahat pun untuk Syazlina. Entah lah kenapa, sejak kebelakangan ini Tengku Fazril rasa macam ingin bermesra mesraan dengan Syazlina. Dah mula jatuh cinta lah tu....

Semasa di kampus, Syazlina terlihat kelibat Harris. Dia memanggil manggil nama 'Harris' dari jauh tetapi Harris langsung tidak menoleh kebelakang. Mungkin dia tidak seberapa dengar atau pura-pura tidak dengar.

"Harris!!!!!" Syazlina berlari anak mengejar Harris yang jauh dia hadapan.

"Harris...awak ni penat saya panggil panggil nama awak..." kata Syazlina sambil tercungap cungap kepenatan.

Harris hanya tersenyum. Senyumannya kelihatan seperti terpaksa.

"Awak ni kenapa?" Tanya Syazlina perlahan.

"Syazlina...lepas habis kelas awak free tak? Saya nak cakap sesuatu kat awak.." Harris mula mengeluarkan suara.

"Haduh macam mana ni?? Lepas habis kelas, Fazril kan ajak aku tengok wayang? Takkan lahh nak cakap tak jadi pulakk?? Nanti mesti Fazril marah...tapiiii aku tengok Harris ni macam nak cakap benda penting je...hmmm" kata Syazlina dalam hati. Dia sendiri tidak tahu sama ada mahu menerima ajakan Fazril atau keluar bersama Harris.

"Syazlina?" lamunan Syazlina mula terhenti apabila Harris memanggil namanya.

"erk okeylah...saya free je..." jawab Syazlina. Betul ke keputusan yang dia ambil ni?

From:Syazlina
Time: 3:00 pm
Awak...saya minta maaf sangat sangat...petang ni saya tak dapat keluar dengan awak...saya ada hal penting sikit yang nak dibincangkan dengan Zarina...apa kata kita keluar malam? Barulah nampak sweet sikit...hehehehee

Syazlina terpaksa berbohong. Kalau dia kata nak keluar dengan Harris kemungkinan Tengku Fazril tidak akan bercakap dengannya selama lamanya. Macam lah dia tidak tahu yang Tengku Fazril ni merajuk mengalahkan perempuan. Kalau nak pujuk semula tu memang susah gilaaa!

To: Syazlina
Time: 3:01 pm
betul ni kau nak bincang hal penting dengan Zarina? Kalau aku dapat tahu kau merayap dengam Harris, siap kau!

Perasaan takut mula menyelubungi diri Syazlina. Tapi dia tetap cuba untuk menenangkan dirinya. "Sabar Syazlina.....ala tipu sunat je ni..." katanya di dalam hati.

From:Syazlina
Time:3:02 pm
ye...saya janji takkan balik lewat ok??

~~~~
Harris membawa Syazlina ke suatu tempat yang sunyi seperti taman.

"Syazlina...saya rasa dah tiba masanya saya pulang semula ke Amerika..." jawab Harris. Terpancar riak kesedihan di muka Harris walaupun dia cuba sedaya upaya untuk menutupi perasaan sedih di depan Syazlina.

"KENAPAA!!!! kenapa Harris?? " mata Syazlina mula berkaca. Air matanya hampir jatuh.

"Saya...saya sebenarnya datang Malaysia sebab nak jadikan awak isteri saya yang sah. Tapi bila saya sampai sahaja di Malaysia, saya nampak awak dah jadi isteri orang...saya cuba untuk buang perasaan cinta saya terhadap awak tapi tak boleh Syazlina...saya rasa saya perlu mulakan hidup baru di Amerika dan sekaligus cuba untuk melupakan awak..." ujar Harris. Air mata Harris mula jatuh tetapi dia segera menyekanya dan mengawal perasaan sedih yang teramat itu.

Air mata Syazlina tidak mampu ditahan lagi.Perasaan sedih menguasai dirinya.

"Saya faham perasaan awak...kalau awak rasa itu keputusan yang terbaik buat diri awak, saya terima dengan hati yang terbuka" Syazlina mengelap air matanya lalu memberikan senyuman buat Harris.

"Syazlina...saya minta maaf...saya harap dengan pemergian saya nanti, kehidupan awak akan jauh lebih baik bersama Fazril...saya akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan awak.." Harris mengucapkan kata kata itu bersama air matanya yang tidak berhenti henti tumpah.

" terima kasih Harris...saya pun akan doakan kebahagiaan buat awak...semoga awak bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik berbanding saya di Amerika nanti ye:')...assalamualaikum.." Itulah kata kata terakhir Syazlina buat Harris. Dia kemudian berlalu pergi dengan tangisan yang tiada henti.

~~~~~~
Sesampainya di rumah...

"Assalamualaikum.." Syazlina memberi salam dan menyeka air mata yang masih tersisa di pipinya.

"Waalaikumsalam...ehh kau ni kenapa?? Balik balik muka dah merahh..siapa yang buat kau ni? Bagitahu aku!" Tengku Fazril mula berjalan kearah Syazlina. Jelas di mukanya kelihatan risau.

"Tak de apa apa lah..." terang Syazlina pendek lalu melemparkan senyuman kepada Tengku Fazril.

"Tipu! Bagitahuu!!" Tengku Fazril kali ini kelihatan serius.

" awak ni...saya okeylah..." Syazlina segera naik ketingkat atas untuk menuju ke biliknya sebelum Tengku Fazril mula memaksanya untuk memberitahu hal sebenar.

Tengku Fazril hanya memandang Syazlina pelik. Jadi ke malam ni Syazlina dan Tengku Fazril keluar tengok wayang?

BERSAMBUNG.....

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now