BAB 29

12.1K 399 24
                                    

Pagi itu Tengku Fazril tidak bersarapan di rumah.Maklumlah, selama ni Syazlina yang selalu sediakan sarapan.Sekarang ni Syazlina tiada,jadi tidak bersarapanlah Fazril jawabnya.

"Zarina kau ada apa apa maklumat tak dari Syazlina?" Tanya Tengku Fazril yang kebetulan terjumpa Zarina.

"Erk...sebenarnya semalam aku ada call dia...tapi...tapi.." Zarina cakap agak sangkut sangkut. Syazlina ada pesan supaya jangan beritahu keberadaan dia tetapi dia rasa serba salah pula dekat Tengku Fazril.

"Tapi apa!" Tengku Fazril mula meninggikan suara.

"Err...tapii tapii dia tak angkat phone! Haa dia tak angkat phone!" Zarina mula mendapat idea untuk menipu Tengku Fazril.

Tapi jangan ingat Tengku Fazril seorang yang mudah ditipu." Aku tahu kau sebenarnya tahu Syazlina kat mana kan? Baik bagitahu aku cepat..."

"Err Syazlina dia sihat sejahtera je kat sana...tak payah risau sangat oke!" Zarina mula tersenyum paksa.

"Dia tu isteri aku tau...aku ni suami dia, jadi aku berhak tahu dia kat mana..kau tahu kan berapa banyak dosa yang seseorang tu boleh dapat kalau cuba meruntuhkan masjid yang telah terbina?" Tengku Fazril tersenyum puas di dalam hati. Kali ni dia yakin Zarina pasti akan bagitahu dimana keberadaan Syazlina.

"Tapi..saya mana boleh pecah amanah! Syazlina dah pesan jangan bagitau keberadaan dia...sekarang ni dia tengah cari ketenangan..bagilah dia ruang sikit.." kata Zarina agat tenang.

"Erghh!! Bak sini phone kau! " Tengku Fazril mula menghulurkan tangan.

"Nak buat apa?" Tanya Zarina agak musykil.

"Bak je lahh! Banyak cakap pulak.." Tengku Fazril menjeling Zarina tajam.

"Ishh dahlah minta barang orang, pastu marah marah pulak tu! Macam mana lah Syazlina boleh tahan jadi isteri dia! kesian Syazlina.." kata Zarina di dalam hati. Dia menghulurkan telefon jenama Samsung miliknya.

Dengan segera Tengku Fazril mendail nombor Syazlina.Kerana dia tahu, kalau dia yang telefon Syazlina mesti Syazlina tidak akan angkat punya, jadi dia menggunakan taktik ini untuk pancing Syazlina.

~~~~
"nak apa lagi Zarina? Kau ni asyik call aku je..."

"AKU NAK KAU...baliklah Syazlina..im nothing without you by my side...aku minta maaf buat kau macam ni...semua ni salah faham..."

Zarina yang berdiri didepan Fazril hanya mendengar perbualan suami isteri itu. "Wuishh sweet talker dia ni! Patutlah ramai perempuan mudah tertarik dengan dia! " ujar Zarina didalam hati.

Syazlina tidak berkata sepatah ayat pun. Terdapat seribu satu persoalan di dalam mindanya. "Macam mana dia boleh dapat phone Zarina? Kenapa Zarina bagi? Dia dah tahu ke keberadaan aku? Haihhh peningnyaaa!!!" Kata Syazlina di dalam hati.

"Hello? Syazlina? Are you there? Cakaplah sesuatu...jangan buat aku macam ni.." Tengku Fazril kecewa kerana tiada jawapan dari Syazlina.

"ceraikan je lah saya...lepasni awak boleh bebas buat apa yang awak nak.." Syazlina mula bersuara dalam talian. Setelah berkata demikian dia terus mematikan panggilan.

Tengku Fazril terkejut mendengar kata kata Syazlina. Rasa macam jantungnya nak tercabut. "Hell no! Sampai bila bila aku tak akan pernah ceraikan kau Syazlina" kata Tengku Fazril di dalam hati.

"Woi? " Zarina menghayun hayunkan tangannya di muka Tengku Fazril."Fazrill!!!" Kali ini dia menjerit.

"Kau kenapa?" Tengku Fazril mula tersedar dari lamunannya.

"dah habis cakap dengan Syazlina kan? Bak balik phone aku"

Tengku Fazril memberikan semula telefon bimbit milik Zarina itu.Dia segera melangkahkan kakinya untuk menuju ke kereta.

Pedal minyak ditekan kuat. Dunianya menjadi kosong. Ayat Syazlina terngiang ngiang di fikirannya "ceraikan je lah saya..lepas ni awak boleh bebas buat apa yang awak nak.."

Tiba tiba...

BUKK!!!

Pandangannya menjadi kabur. Terdapat sebuah lori melanggarnya dari tepi.

Haiiii...okey tak bab kali ni? Hehehe...kalau saya buat Fazril kena amnesia akibat kemalangan, okey tak?? HAHAHAHAH

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now