BAB 12

12.7K 427 2
                                    

Tengku Fazril pun pulang ke rumah mummynya.

"Syazlina..bukak pintu ni...aku dah balik..." ujar Tengku Fazril dengan keadaan yang letih dan mengantuk.

Syazlina yang mendengar ketukan pintu itu pun membiarkan sahaja.Dia segera mengusap air matanya dan pura pura tidur.

"Ish! Kenapa dia ni kunci pintu!! Aku nak tidur mana malam ni?!! Terpaksalah tidur kat bilik tetamu..." getus Tengku Fazril didalam hatinya.

Keesokan harinya...

"Fazril semalam kamu pergi mana?!" Tanya daddynya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

"Erm...keluar kejap dengan kawan." Jawab Tengku Fazril tergagap gagap.

"Keluar dengan kawan sampai pukul 2 pagi!!? Fazril! Kamu kena ingat ye, status kamu sekarang ni bukan lagi bujang! Tapi sudah berkahwin! Kalau ibu bapa Syazlina tahu akan hal ni macam mana?!! tolong hentikan perangai kamu yang suka berfoya foya tu!!" Marah daddynya.

"Mcm mana daddy tahu aku balik sampai 2 pagi ni? Haduhh" kata Tengku Fazril didalam hati.

~~~

"Fazril...nanti kamu pergi sekali dengan Syazlina ke kampus ye?" Ujar Datin Marina.

"Ish! Tak nak lahh..nanti satu kampus tahulah yang Fazril ni dah kahwin!" Jawab Tengku Fazril.

"Mummy, tak pelah...Syazlina boleh pergi naik teksi.  " jawab Syazlina dengan senyuman yang direka reka.Mata Syazlina kelihatan bengkak akibat menangis semalaman.

"Syazlina...tak payah tak payah! Biar Fazril hantar..." pujuk Datin Marina.

~~~~
Di dalam kereta.

"Woi kau semalam asal kunci pintu ha?! " tanya Tengku Fazril sambil memberikan jelingan yang tajam kearah Syazlina.

"Ouh...sorrylah...saya ingat semalam awak tak balik" jawab Syazlina sambil menahan air matanya agar tidak terjatuh.

"yang kau ni,mata bengkak semacam apehal?" Tengku Fazril segera menukar topik apabila terlihat mata Syazlina.

"Ouh...entahlah...kena gigit serangga kot..." jawab Syazlina acuh tak acuh.

"sini aku tengok.." kata Tengku Fazril sambil memegang dagu Syazlina untuk melihat matanya.

"Ehh awak ni! Fokuslah memandu...dah nak lampu hijau tu! " jawab Syazlina lalu menepis tangan Tengku Fazril perlahan.

"tipu...aku tahu tu bukan kena gigit serangga...kau nangis kan semalam? Kenapa ? Bagitahu aku!" Ujar Tengku Fazril dengan muka yang agak serius.

Walaupun Tengku Fazril agak kasar dengan Syazlina, tetapi dia tetap mengambil berat akan Syazlina.

"Mana ada apa apa..." jawab Syazlina

"Bagitahu! "kata Tengku Fazril dengan nada yang agak kasar.

Syazlina mula ketakutan.Dia pun segera mengeluarkan telefonnya.Dan tangannya agak ragu ragu untuk menunjukkan gambar Elina mencium Fazril.

"nah..." jawab Syazlina pendek.Air matanya mula menitik  tapi dia dengan segera mengelap.

Alangkah terkejutnya Tengku Fazril apabila melihat gambarnya sendiri dicium oleh Elina.

"Siapa yang bagi gambar ni!!!" tanya Tengku Fazril agak bengang.

"Tak tahu...semalam ada orang yang hantar gamba tu kat saya..."jawab Syazlina dengan air mata yang mula berlinangan di pipinya.

Tengku Fazril memandang Syazlina sebentar kemudian dia segera mengalihkan pandangannya.Dia buntu. Perlu ke dia memujuk Syazlina? Hatinya terasa sebak melihat Syazlina tetapi egonya terlalu tinggi untuk memujuk dan meminta maaf kepada Syazlina.

"Tak ape lah awak...kan kita dah pernah berjanji nak buat hal masing masing selepas kahwin..." kata Syazlina lalu menyeka sisa air matanya.Dia pun segera keluar dari kereta Tengku Fazril."nanti saya balik dengan Zarina..." kata Syazlina lagi.

Tengku Fazril hanya mampu diam membisu.Perasaannya bercelaru. Dia ada juga merasa serba salah terhadap Syazlina tapi hatinya terlalu keras untuk meminta maaf terhadap Syazlina.

~~~
"Syazlinaaa! " satu suara menerpanya dari belakang.

Syazlina segera menoleh kebelakang."Harris!!! kau dah mula belajar kat sini? Gembiranya:)!!!" Jawab Syazlina.

"Ehh Elina! Tengok tu! Ada pelajar baru lah!!! Handsome gila!!! OMG!!!" jawab Qasrina, kawan Putri Elina.

Putri Elina yang perasan kehadiran Syazlina yang sedang rancak berbual dengan pelajar baru iaitu Harris segera memerlinya.

"Ehemm! Dah ada mangsa baru ke?haritu kan rampas boyfriend I and  now mangsa dia pelajar baru pulak...maklumlah bohsia kan?" Kata Elina dengan ayat pedasnya itu

"Hey perempuan! Kau tu yang bohsia!!  For your information, Syazlina ni lebih cantik and lebih bagus 10 kali ganda daripada kau!!" Jawab Harris selamba.

"Harris! Biar jelah dia...jomlah masuk kelas" bisik Syazlina.

Elina pun dengan keadaan marah terus meninggalkan tempat itu.

"Syazlina...awak sepatutnya kena lawan balik apa yang dia kata...takkan awak nak terima dia panggil awak bohsia and perampas?" ujar Harris.

"Tak ade guna saya layan orang macam dia" jawab Syazlina.

~~~
Tengku Fazril ternampak Syazlina berdua dengan Harris bergelak ketawa."depan aku bukan main sedih, tapi belakang aku bergelak ketawa dengan jantan lain...aku kena pasang strategi untuk jauhkan Harris daripada Syazlina." Kata Tengku Fazril seorang diri.

BERSAMBUNG....

Haiii:) sorrylah bab ni bosan sikit...otak dah blank tak tahu nak buat macam mana:(

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now