BAB 6

13.6K 482 5
                                    

Siang tadi Syazlina tidak ke kampus.Mungkin masih sakit hati dengan kata kata yang Tengku Fazril berikan kepadanya semalam.Tengku Fazril dari tadi asyik termenung seperti memikirkan sesuatu. Tiba tiba lamunannya terhenti apabila Professor Azlinda memanggil namanya.

"Tengku Fazril!!"

"Ha ye?" Dengan nada yang terkejut.

"Apa yang kamu termenungkan dari tadi ha??!!"kata Professor Azlinda dengan nada yang serius.

Tengku Fazril kekal membisu. "Sekali lagi kamu termenung macam ni di kelas saya, saya tak kan teragak agak untuk mengambil tindakan"kata Profesor Azlinda.

"Hmm" satu patah perkataan saja yang keluar dari bibir Tengku Fazril.

Selepas tamat kelas bersama Professor Azlinda, Farhan rakan karib kepada Tengku Fazril pun menegurnya.

"Woi Fazril!"

"Kau nak apa?!!" Jawab Tengku Fazril acuh tak acuh.

"Kau ni fikir apa ar? Dari tadi diam je..."kata Farhan.

"Kau boleh tolong aku sesuatu tak?"jawab Tengku Fazril dengan penuh harapan agar Farhan menolongnya.

Tengku Fazril pun menceritakan kepada Farhan tentang apa yang berlaku semalam dan tentang perkahwinan dia dan Syazlina.

"Bro kau serius ke dohhh!!!!????" Kata Farhan."yelah nak buat apa aku tipu kau...". "Hmm memang patutlah dia tampar kau, kalau aku jadi dia pun aku buat bende yang sama tapi mungkin lagi teruk kot hahahah" ."kau ni bukan nak bagi aku semangat ke apa, tapi buat aku stress lagi adalah!" Kata Tengku Fazril sambil mengerutkan dahinya.

"Btw, boleh tak kau tolong aku ?" Tanya Tengku Fazril lagi.

"Kau ni, aku bukan tak nak tolong tapi kan lagi elok kalau kau minta maaf kat dia depan depan pastu nanti semua jadi okey?" Jawab Farhan.

"Tak nak ar! Jatuhlah ego aku nanti.Fikir aku ni jenis lelaki apa senang senang nak mintak maaf kat perempuan?" Kata Tengku Fazril.

"susah betul ada kawan jenis ego tinggi ni..ha yelahhh nanti aku tolong kau!"kata Farhan.

Farhan pun memulakan misinya seperti yang dirancang. Dia mengikut apa yang disuruh oleh rakan karibnya itu.

"Hai Zarina..." tegur farhan dengan senyuman yang manis bak madu.

"Hai...kenapa tetiba tegur ni? Mesti nak mintak sesuatu kan!" Jawab Zarina dengan muka yang pelik.

"Hehe kau ni macam tau tau je..aku ada kerja kursus dengan Syazlina...nak mintak no.phone dia boleh x?"kau kan baik:)" kata farhan

"Yeke niiii? Nah no.dia".Zarina pun memberikan nombor telefon Syazlina kepada Farhan."nasib baiklah Zarina ni jenis lurus bendul, kalau tak mesti susah nak dapat nombor Syazlina" getus Farham didalam hati.

"Thank you Zarina..." kata Farhan.

~~~

"Ha cam mana dah dapat??" Kata Tengku Fazril

"Dapatt...nahh...nasib kau kawan aku tau,kalau tak memang satu haram pun aku tak nak tolong". "Ek eleh, yelah yelah thank you tau!:) btw macam mana kau boleh dapat no. Syazlina dengan mudah?kata Tengku Fazril agak musykil."ala Zarina tu percaya sangat cakap orang. Aku cakap yang aku ada kerja kursus dengan Syazlina pastu dia terus bagi hahah" jawab Farhan dengan tawa kecilnya.

"Ha baguslahh..okey ar aku chaww dulu !! Byeee...." kata Tengku dengan riak wajah yang gembira.

"Ek eleh mamat ni, dah dapat no.Syazlina terus bla macam tu! Apa jenis kawanlah...."jawab Farhan

~~~

To:Syazlina
Time: 9:00 pm
woii, kau buat apa hah!

Syazlina yang mendapat mesej itu agak tertanya tanya siapa orang yang menghantar mesej itu.

From:Syazlina
Time: 9:05pm
Kau ni sape hah?!

To:Syazlina
Time:9:06pm
Aku ni pembunuh bersiri

Tengku Fazril sengaja ingin menakut nakutkan Syazlina.

From:Syazlina
Time:9:07pm
Kau ni jangan main main! Cakaplah betul betul!!

To:Syazlina
Time:9:08pm
Kau masih marah kat aku ke pasal semalam?

From:Syazlina
Time: 9.09
Oh kau ni Fazril rupanya! Mana dapat nombor saya?!kalau saya masih marah dengan awak sekalipun bukan awak kisah pun!

To:Syazlina
Time:9:09
sorry.

Syazlina bukan main terkejut bila Tengku Fazril membalas "sorry" walaupun ayatnya hanya sepatah namun ia cukup untuk kembalikan senyuman di wajah Syazlina.

To:Syazlina
Time:9:15
woi baca ke tak mesej aku?

Syazlina sengaja tidak mahu membalas mesej Tengku Fazril.Dia mahu pura pura merajuk agar Tengku Fazril memujuknya.

To:Syazlina
Time:9:17
Esok mummy aku suruh aku beli cincin dan tempah kad perkahwinan dengan kau. Nak tak nak aku kena pergi sebab mummy aku dah ugut aku. Pukul 10 pagi aku jemput kau. Kau jangan nak membantah pulak.

Syazlina terus terlopong seketika setelah membaca mesej yang dihantar oleh Tengku Fazril. Patutkah dia pergi bersama Tengku Fazril berduaan esok? Otaknya beku seketika.Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Bersambung....

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now