BAB 32

11.9K 364 24
                                    

Syazlina begitu teruja apabila doktor mula mengesahkan Tengku Fazril dapat pulang ke rumah hari ini.

"Awak excited tak, nak balik?" Tanya Syazlina.

"Hmm...bolehlah..." jawab Fazril acuh tak acuh.

"Ish dia ni, sifat dia walaupun dah kena amnesia tetap tak berubah.." Kata Syazlina di dalam hati.

~~~~~~~
Malam itu, seperti biasa Syazlina dan Tengku Fazril tidur sebilik.

"Oh ye, awak kata kalau saya dah boleh balik, awak nak cerita tentang diri saya yang dulu..." Tengku Fazril mengingatkan kembali kata kata Syazlina sewaktu dia di hospital.

"Okey...nak tahu tak, dulu kan awak ni playboy, sombong, bajet gilaa, lepas tu ego tinggi melangit."

" ye ke? Tipulah...." Tengku Fazril menafikan kata kata Syazlina.

" betul!! Lepas tu kan dulu awak ni selalu panggil saya dengan panggilan 'kau-aku'." Terang Syazlina lagi.

"Ouhh....macam mana saya boleh kahwin dengan awak?"

"Perkahwinan kita atas dasar paksaan dari keluarga...tapi, lama kelamaan cinta mula berputik dalam diri...dulu kan masa pertama kali awak jumpa saya, awak kata saya ni 'kampung' 'tak elegant' macam macam lagi lah!" Syazlina bersungguh-sungguh menceritakan tentang diri Fazril.

"Ouh..saya pernah jatuh cinta kat awak tak?" Tanya Fazril.

" yang tu saya tak tahu..awak kena tanya diri awak sendiri..okeylah awak, saya dah ngantuk ni..good night^_^" Syazlina menarik selimut hingga ke paras pinggang lalu tidur.

~~~~~~
Pagi itu, Syazlina dan Tengku Fazril ingin bertolak ke kampus.

"Awak masih ingat ke cara bawak kereta?" Tanya Syazlina ragu ragu apabila Tengku Fazril mula mencapai kunci kereta.

"Ingatlah...saya ni bukan hilang ingatan sepenuhnya. Sikit je hilang." Jawab Tengku Fazril sambil menjeling ke arah Syazlina.

"Hehehe" Syazlina tersengih.

Sesampainya di kampus, ramai orang memandang Tengku Fazril dengan reaksi yang aneh.

"Kenapa diorang pandang saya macam tu? Muka saya dah bertukar ke?" Tanya Tengku Fazril kepada Syazlina.

"Normal lah tu, mungkin sebab awak baru keluar hospital.. " Jawab Syazlina tenang.

"Ouh..."

~~~~~~~
From:Elina
Time:11:50 am.
Lepas habis class boleh kita jumpa? I ada sesuatu nak bincang dengan you..

To: Elina
Time:11:53 a.m.
Boleh.

Selepas tamat kelas, Tengku Fazril segera pergi ke tempat yang Elina minta.

"Fazril...i ada sesuatu nak bagitau you ni..." kata Elina.

"Apa?"

"Okey, sebelum you hilang ingatan, perkara ni pernah terjadi dekat kita berdua..i tak tahulah you masih ingat ke tak..."

"Perkara apa?" Tengku Fazril mula pelik.

Elina segera mengeluarkan kepingan gambar dia dan Fazril sewaktu tidur sekatil di club dahulu.

Fazril melihat gambar itu satu per satu. Terkejut bukan main setelah melihat gambar gambar itu. " ini aku ke? Teruknya...." kata Fazril di dalam hati.

"I nak you bertanggungjawab atas apa yang you dah buat dekat i..." Elina mula berlakon. Dia sengaja membuat memek muka sedih untuk memohon simpati.

"I tak faham...macam mana semua ni boleh berlaku?" Fazril sendiri tidak percaya yang dia pernah buat perkara sedemikian terhadap Elina. Tiba tiba kepalanya terasa sakit.

"Fazril...are you okay? I tak nak you masuk hospital semula disebabkan i... ok, you fikir balik apa yang i cakap ni...nanti kalau you dah boleh terima hakikat, bagitau i okey?" Elina tersenyum puas di dalam hati.

~~~~~~
"Awak pergi mana tadi? " tanya Syazlina.

"Jumpa kawan sekejap..."

"Ouh..lain kali bagilah tahu saya...tak adalah saya risau..."

"Sorry" Tengku Fazril jawab sepatah lalu segera naik ke bilik. Dia cuba mengingati semula apa yang telah terjadi diantara dia dan Elina.

"Nak tanya Syazlina ke pasal hal ni? Biarlah benda ni jadi rahsia dulu" kata Tengku Fazril sendirian.

BERSAMBUNG....

Hai...lama tak jumpa...sorry sangat dah 2 hari tak update kan? Hmmm sorryyyyy!!!T_TT_T ...sejak kebelakangan ni asyik stress je, sebab tu lah tak boleh fokus untuk cerita niT_Tbyee.

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now