BAB 27

11.8K 392 12
                                    

Malam itu, Tengku Fazril tidak dapat melelapkan matanya.Dia pandang kearah Syazlina yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya itu.Tengku Fazril mengusap lembut rambut milik Syazlina.

" aku ni dah mula jatuh cinta dengan kau ke Syazlina?" Getusnya didalam hati.

Tiba tiba satu mesej datang.

From:Elina
Time:11:45 pm
Rahsia you ada kat tangan I....

To: Elina
Time:11;50
Kau ugut aku? Kau yang perangkap aku lepas tu kau suruh aku tanggungjawab? hebat kan permainan kau...

From:Elina
Time:11:51 pm
You tak sedar ke selama ni I cintakan you? Apa kurang I??

To:Elina
Time:11:52
Sampai bila bila aku takkan pernah cintakan kau! Lupakan je lah angan angan kau nak kahwin dengan aku tu..

Hati Elina sakit.Sakit yang teramat."kau berlagak dengan aku kan?tak pe...hari ni hari kau...aku akan pastikan lepas ni kau jadi milik aku selamanya..." katanya seorang diri.

Syazlina yang tadi sedang nyenyak tidur tiba tiba terjaga."awak tak tidur lagi ke?" Tanya Syazlina.

"Kau nampak aku ni macam tengah tidur ke?"

"Ala orang tanya elok elok, jawab lah elok elok..."

"Okeylah sayang...abang belum tidur lagi ni..." Tengku Fazril tersenyum sambil menjeling kearah Syazlina.

"Ish! Tidurlah!" Syazlina membalas jelingan suaminya.Tengku Fazril hanya tersenyum.

~~~~~~~
Jam menunjukkan pukul 11:00 pagi.Tengku Fazril sedang bersiap siap untuk keluar.

"Aku nak pergi jumpa kawan kejap.."kata Tengku Fazril lalu mencapai kunci keretanya.

"Jangan balik lambat lambat tau..."

"Ha tengoklah..."

Selepas beberapa minit Tengku Fazril keluar, posmen pun datang untuk menghantar surat.Syazlina segera mengambil surat itu lantas membukanya.

Beberapa keping gambar Tengku Fazril dan Elina sedang tidur bersama ditatap.Ada juga gambar Elina sedang memeluk Tengku Fazril seperti sepasang suami isteri sedang tidur bersama. Air matanya mula menitis.Jantungnya terasa ingin berhenti berdegup. Hatinya remuk bagai dipijak-pijak. Hanya Allah yang tahu sakit hatinya saat itu.

Gambar-gambar itu diletakkan di atas meja ruang tamu."teruk sangat ke aku sampai kau sanggup buat aku macam ni??!!" Katanya di dalam hati.Air matanya mengalir laju.

Dia segera jalan menuju ke biliknya lalu mengemas baju bajunya dan dimasukkan ke dalam sebuah beg besar.Syazlina nak pergi mana?

Dia mencapai pen lalu menulis sepucuk surat buat Tengku Fazril.

Assalamualaikum,
Sebelum tu, saya nak minta maaf kalau ada pernah tersakitkan hati awak..ketiadaan saya ni mungkin dapat menggembirakan hati awak...terima kasih sebab pernah muncul dalam hidup saya:) halalkan makan minum saya ye? Jujur, saya memang gembira dapat kenal awak...dan saya memang ikhlas cintakan awak...tapi, nak buat macam mana, orang dah tak suka kita? Saya tahu awak tak suka saya...saya harap hidup awak lebih ceria tanpa saya disisi...

Sekian,
Syazlina.

Syazlina mengelap air matanya.Dia cuba menenangkan dirinya.Surat tersebut diletakkan di meja ruang tamu bersama gambar gambar Tengku Fazril dan Elina tidur sekatil itu.Dia mencari kad yang pak cik teksi berikan kepadanya bulan lepas.Dia segera menelefon pak cik teksi itu. Beberapa minit kemudian teksi tersebut pun sampai.

Sebenarnya hatinya sangat berat untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi buat sementara waktu dia perlu pergi untuk menenangkan hatinya yang sudah berkecai itu.

Kepergiannya itu tidak diberitahu kepada sesiapun termasuk Zarina. Syazlina segera masuk ke dalam teksi itu.

~~~~~~~~~
Tengku Fazril tidak sedap hati. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi dengan Syazlina.Nak patah balik ke tak? Tak payahlah...perasaan aku je kot.." katanya sendirian.

Beberapa minit kemudian dia sampai ke destinasi yang dituju.

"Lama ke kau tunggu aku?" Tanya Tengku Fazril kepada Farhan.

"Tak de lah lama sangat. Ni asal nak jumpa aku?"

"Semalam...Elina ada mesej aku...dia ugut aku supaya bertanggungjawab atas apa yang berlaku...aku tak tahu apa yang patut aku buat...kalau kau ada dekat posisi aku, apa kau buat?" Kata Tengku Fazril penuh harapan agar Farhan menolongnya menyelesaikan masalah dia dan Elina.

"Hmmm,aku pun tak tau nak cakap macam mana..aku tak rasa Elina akan lepaskan kau macam tu je...kau macam tak kenal Elina, dia tu sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak" kata Farhan.

"Serabut lah otak aku fikir benda ni...!"

"Lagi teruk kalau dia mengandung anak kau Fazril!" Farhan mula menakutkan Tengku Fazril.

"Kau jangannn!!! Aku pun takut kalau benda tu terjadi...tapi aku tak sanggup kahwin dengan dia!!! Kahwin dengan dia adalah satu mimpi ngeri buat aku tau tak!" Jawab Tengku Fazril.

"Hmm, tulah kau suka sangat jadi playboy...kan sekarang dah dapat banyak masalah..tengok macam aku ni, handsome dan setia~" kata Farhan penuh bangga.

"Diamlah kau.." Tengku Fazril menjeling kearah Farhan.

~~~~~~~~~~~
"HAHAHAH...tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepas perempuan tu tengok gambar aku dan Fazril tidur sekatil..HAHAHAHHA! Agak agak dia minta cerai tak? Harap harap diorang bercerai...lepas tu dengan mudahnya aku dapat Fazril!" Elina sudah mula berangan angan menikahi Tengku Fazril.Perasaannya sangat gembira melihat rumah tangga orang hancur.

BERSAMBUNG...

Haiii!! Okey tak bab kali ni? Huhuhu...kalau tak best, jangan marah saya ekk:( ...okeylah bye...have a good day:)

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now