Malam itu, Fazril pulang awal sedikit ke rumah. Kerana dia merasakan seperti ada yang tidak kena. Pintu rumah di buka. Tak berkunci?
"Syazlina..." Suasana di dalam rumah gelap gelita. Fazril memanggil manggil nama Syazlina tetapi tiada yang menyahut.
Dia membuka lampu. Dengan segera dia melangkahkan kakinya mencari kelibat Syazlina. Di tandas tiada. Di bilik tiada. Tiba masanya dia mencari di bahagian dapur.
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Syazlina terlentang di lantai dengan darah yang berlumuran.
"Syazlina!!!" Tengku Fazril segera mendukung Syazlina lalu dibawa masuk ke dalam kereta untuk menuju ke hospital." Ya allah apa dah jadi niii"
~~~~~
Sesampainya di hospital, Syazlina segera dibawa masuk ke ruangan ICU. Otak Tengku Fazril pening memikirkan apa yang terjadi. Dia takut jika Syazlina tidak dapat diselamatkan.Sementara menunggu doktor keluar, Fazril segera menelefon ibu bapa Syazlina dan ibu bapanya.
~~~~
Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar untuk memberitahu keadaan Syazlina."Macam mana keadaan isteri saya?"tanya Fazril agak gelabah.
"Cedera dia agak parah. Tapi nasib baik kamu segera bawa dia ke hospital kalau tidak, kemungkinan dia tidak dapat diselamatkan." Terang Doktor.
"Alhamdulillah... " hati Tengku Fazril mula beransur tenang.
~~~~~~~
"Fazril, macam mana keadaan Syazlina?? Kenapa dia boleh masuk hospital niii?" Tanya puan Masyitah selaku ibu kepada Syazlina."Dia okey...erm...Fazril pun tak tahu..tapi yang Fazril tahu, bila Fazril balik, dah nampak Syazlina terlentang dekat lantai dengan berlumuran darah." Terang Fazril.
"Ya allah...."
~~~~~~
Tengku Fazril masuk ke dalam wad tersebut untuk melihat keadaan isterinya.Syazlina masih lagi tidak sedarkan diri. Kemungkinan esok baru dia sedar. "Awak cepat sembuh tau...demi saya:)" cehhh!!! Menyampah!
~~~~~~
Esoknya, Tengku Fazril tidak ke kampus. Dia bercadang untuk menjenguk Syazlina di hospital. Rindu.Tengku Fazril masih lagi memikirkan punca Syazlina cedera semalam. Dia syak semua ini kerja Elina. Kemungkinan Elina tidak dapat terima kenyataan yang Fazril bukan ditakdirkan buatnya.
~~~~~~~
Tengku Fazril masuk ke dalam wad. Dia lihat Syazlina telah sedar. Hatinya melonjak gembira. Tetapi riak wajah Syazlina nampak seperti ketakutan. Mungkin masih trauma dengan apa yang telah terjadi."Sayang dah sedar?" Kata Tengku Fazril sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat Syazlina.
Syazlina hanya memandang Tengku Fazril lalu membalas semula dengan senyuman tetapi senyuman itu seperti dipaksa paksakan.
"Kenapa ni? Macam mana awak boleh jadi macam tu? Cerita." Kata Fazril agak tegas.
Syazlina tidak tahu ingin mulakan daripada mana. Dia ingin menceritakan apa yang telah terjadi tetapi takut kalau diapa apakan oleh Elina.
"Saya...saya..."kata Syazlina tergagap -gagap.
"Tak pe, sayang rehat dulu...nanti kalau dah rasa nak cerita. Ceritalah...okey?" Ujar Tengku Fazril sambil memegang tangan Syazlina.
Syazlina mengangguk lalu membalas dengan senyuman.
~~~~~~
Elina mendapat berita mengenai Syazlina petang tadi "argh!! Kenapa kau tak mati!!! Kenapa kau mesti hidup!!! " Elina membaling pasu bunga yang terdapat di biliknya itu sehingga pecah.Nasib baik Datin Azura dan Dato' Rashid bercuti di German. Kalau tidak, kemungkinan besar mereka akan risau dan terkejut dengan tindakan anaknya itu.
~~~~~~~
3 hari telah berlalu.Dan doktor telah mengesahkan Syazlina boleh pulang ke rumah pada hari ini." rindu rumah kita tak?" Tanya Fazril.
"Lagi rindu saya pada awak...hahaha" Syazlina ketawa terbahak-bahak.
"Amboii, dah pandai kan sekarang"
"Mestilah...suami saya yang ajar." Kata Syazlina lalu menghadiahkan sebuah pelukan buat Tengku Fazril.
Deringan iphone milik Tengku Fazril membuatkan pelukan mereka terlerai.
"Ye mummy?"
"Syazlina macam mana?" Tanya mummy Fazril risau.
"Dia okey....dah ada kat rumah dah pun.."
"Jaga Syazlina elok elok ye! Jangan bagi dia sakit lagi!" Datin Marina mula meninggikan suaranya sedikit.
"Yee....Fazril taulahh"
~~~~~~~
Petang itu, Zarina bercadang untuk melawat Syazlina. "Assalamualaikum,
Syazlina...""Waalaikumsalam....ehh Zarina.. masuk la... kau tak pergi kampus ke?" Tanya Syazlina.
"Tak...aku rindu kau gila!!! Kau macam mana? dah semakin membaik ke?"
"Aku....dah semakin okey..." jawab Syazlina sambil tersenyum.
"Cuba kau cerita, macam mana kau boleh jadi macam ni? Siapa yang buat?"
"Kalau aku cerita ni, kau janji dengan aku jangan bagitahu sesiapa pun walaupun semut kat rumah kau!! Faham?" Kata Syazlina.
"Ye janji" jawab Zarina pendek. Dia tidak sabar ingin mengetahui apa yang terjadi.
"Semua ni angkara Elina. Malam tu, Fazril keluar pergi rumah Farhan sekejap...lepastu aku sorang2 kat rumah...aku tak tau macam mana dia boleh masuk rumah aku...then ,dia tikam perut aku pakai pisau...adalah jugak dia ugut aku "terang Syazlina agak sayu.
" ya allah...teruknyaaa Elina tu!! Fazril tahu takkk?"
"Tak...aku tak cerita kat dia pun...aku tak nak apa apa jadi kat Fazril..."
"Kau tak boleh macam ni weyh...Fazril patut tahu....dia tu suami kau tau" Zarina cuba menasihati Syazlina.
"tengok lah nanti...kalau aku dah bersedia,aku cerita lah kat dia" Kata Syazlina. Timbul perasaan serba salah dalam dirinya.
BERSAMBUNG...
Haa! Okey lah okey lah saya tak buat Syazlina mati-,- demi uolls. Hahaha. Nasib lah author ni jenis yang baik orangnya... HAHAHA! #pujidirisendiri
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...