Petang itu Syazlina dan Tengku Fazril pergi ke rumah Datin Marina untuk membincangkan sesuatu perkara.
"Kenapa mummy suruh Fazril dengan Syazlina datang nii?" Tanya Tengku Fazril.Syazlina masih setia duduk disisi suaminya.
"Aihh Fazril...sejak pindah rumah baru kamu tu, dah tak pernah jejakkan kaki kat rumah mummy ni? Kenapa? Dah bahagia keee?" Perli Datin Marina.
"Ala mummy nii Fazril dengan Syazlina busy lahhh..kan sayang?" Kata Tengku Fazril seraya memegang pinggang ramping milik Syazlina.
Syazlina sudah mula gelabah dan terkejut dengan tindakan Fazril. Dia hanya tersenyum sinis kepada Datin Marina dan mula mencubit lengan Tengku Fazril yang mula meliar ke pinggangnya.
"Bahagia dah ni:) hahahaa" gurau mummynya lagi. Datin Marina mula tersenyum puas apabila melihat anaknya mula menerima Syazlina.
"Oh ye apa yang mummy dan daddy nak bincang sangat ni?" Tanya Tengku Fazril lagi.
" sebenarnya mummy dan daddy dah bercadang nak bawa kamu pergi honeymoon!!!" Datin Marina terus memberitahu niatnya.
Tengku Fazril mula terbatuk mendengarkan kata kata mummynya itu.
"Whattt????" Kata Syazlina perlahan.
"Mummy, kan masih awal lagi? Kami belum bersedia lah.." ujar Tengku Fazril.
"Dah dua bulan lebih kamu kahwin??mummy tak kira! Mummy nak juga kamu pergi honeymoon! Pasal duit semua jangan risau..biar mummy and daddy yang support!! " kata mummynya bersungguh sungguh.
"Huh....yelahhh...nak pergi honeymoon dekat mana?" Tanya Tengku Fazril redha dengan keputusan mummynya itu. Bukan dia tidak tahu yang mummynya itu walaupun dah tua tetapi kuat merajuk.
"Ermmmm Paris? Korea? Canada? Australia?" Cadang Datin Marina.
"Eii nak buat apa jauh jauh..dekat Malaysia sudahlahhhh.." kata Tengku Fazril.
Syazlina masih setia mendengar.
" nooo!! Mummy nak percutian kamu akan jadi kenangan terindah buat kamu berdua" jawab mummynya.
"Suka hati mummy lah..Fazril ikut je" kata Tengku Fazril acuh tak acuh.
" daddy rasa kamu berdua patut pergi bercuti di Australia,perth..." kata daddynya mencelah.
"NO!! I think Paris more better!!well lagipun Paris kan kota cinta...sesuai untuk pengantin baru... " terang mummynya.
Selepas beberapa minit mummy dan daddy Tengku Fazril bergaduh, akhirnya mereka telah membuat keputusan.
"Langkawi je lah...lagipun kitorang tak boleh nak ponteng lama sangat...nanti kalau dah habis belajar, barulah Fazril bawak Syazlina pergi luar negara" ujar Tengku Fazril kemudian memandang Syazlina dengan senyumannya yang mencairkan setiap mata yang memandang.
Syazlina menjeling Tengku Fazril. Padahal dalam hati dah cair gila tengok senyuman Tengku Fazril yang menggoda tu.
Mummy dan daddynya hanya mampu bersetuju dengam cadangan anaknya itu.Lagipun kata kata Tengku Fazril tu ada betulnya juga.
~~~~
Sesampainya di rumah, Syazlina mula membangkang cadangan untuk pergi berbulan madu bersama Tengku Fazril itu."Eii awakk!!! Kenapa awak setuju dengan cadangan mummy? Saya masih tak bersedia lah...lagipun dah lah pergi honeymoon tu lama --" Syazlina mula berhujah.
Tengku Fazril kemudian menarik pinggang Syazlina hingga mendekati tubuhnya. "diam boleh tak?" Kata Tengku Fazril.
Syazlina meronta-ronta mahu dilepaskan."eii lepaslah!!saya tak selesa lahhhh!" Kata Syazlina marah.
" diam dulu baru aku lepaskan..." jawab Tengku Fazril sambil memandang tepat pada anak mata milik Syazlina.
"Yelahhh!!!"
Tengku Fazril pun melepaskan Syazlina. Sebenarnya kalau boleh Tengku Fazril nak je peluk Syazlina lama lama tapi dia perlu kawal perasaannya itu.
Syazlina membuat muka marah kemudian menyilangkan tangannya. Syazlina nampak comel sangat bila marah.
"Eiii" Tengku Fazril mencubit pipi Syazlina yang gebu dan comel itu.
"Sakitlah.." jawab Syazlina lalu memegang pipinya yang dicubit oleh Tengku Fazril itu.
Tengku Fazril melangkahkan kaki ke biliknya. Sesampainya di bilik tidur, dia terus merebahkan badannya ke katil. Mungkin kepenatan.
~~~~
keesokan paginya, seperti biasa Syazlina akan bangun awal dan menyiapkan sarapan buat dirinya dan suaminya, Tengku Fazril."Syazlina, lepas habis class nanti jom tengok wayang?" Pelawa Tengku Fazril.
Selama ni tidak pernah pula Tengku Fazril mengajak Syazlina keluar pergi shopping apatah lagi mengajaknya menonton wayang. Kenapa tiba tiba pula Tengku Fazril mengajak Syazlina ni? Mesti ada muslihat ni.
"Tak pernah pernah awak ajak saya keluar? Asal tiba tiba pulak nii?" Tanya Syazlina curiga.
" kalau tak nak aku ajak Elina je lah..."kata Tengku Fazril.
"Ehhhh!!!!! Saya nak ikut!!!" Jawab Syazlina bersemangat. Daripada dia melihat suaminya berdua duaan dengan wanita lain, lebih baik dia ikut.
"Bagus" kata Tengku Fazril sambil tersenyum sinis.
Apa lagi rancangan Si Fazril nii???
BERSAMBUNG....
hehehe haii korangg!!!! Thank you so muchh kepada sesiapa yang selama ni sudi vote cerita saya yang agak merapu ni ye:') rasa terharu sangat bila dapat comment and vote daripada korang...dari situ saya dapat merasa seperti dihargai:')...cehh over pulak aku ni...hahahah btw serius memang gembira gilaa bila korang vote and comment...and bagi sesiapa yang sudi baca walaupun tak vote and comment tu saya tetap berterima kasih kat korang sebab sudi baca:')byeee❤
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...