BAB 16

12.8K 424 2
                                    

Pagi itu, Syazlina tidak seberapa sihat. Badannya agak panas.Tengku Fazril mula mengetuk pintu bilik Syazlina.

"Syazlina...kau tak nak pergi kampus ke? Dah lambat ni....aku tinggal jakgi.." kata Tengku Fazril dari luar bilik Syazlina.

Tiada jawapan dari Syazlina.Tengku Fazril semakin risau."Syazlina, buka lah pintu ni" kata Tengku Fazril lagi.

"Masuklah" jawab Syazlina pendek.

"Kau ni nak pergi kampus tak?" Tengku Fazril mula duduk di birai katil.

"Saya tak sihatlah" kata Syazlina sambil menarik selimutnya hingga ke paras bahu.

Tengku Fazril mula memegang dahi Syazlina untuk merasa suhu badannya.

"Panas ni...jom aku bawak kau pergi klinik?" Ujar Tengku Fazril

Sejak bila Tengku Fazril ni bersikap prihatin?

"Tak payahlah....sikit je ni..esok sembuhlah..."balas Syazlina.

" janganlah degil...cepat mandi lepastu aku hantar kau pergi klinik" ujar Tengku Fazril.

Syazlina akur dengan perintah suaminya itu.Dia mula bangun dan mencapai tuala.

~~~~
Di klinik...

"Nanti sampai rumah makan ubat pastu terus tidur...faham?" Kata Tengku Fazril.

"okey..." jawab Syazlina pendek.

"Lepas aku hantar kau balik, aku nak keluar kejap" ujar Tengku Fazril

"Alaa nak pergi mana?? " jawab Syazlina.

"Adalah...kau rehat je lah kat rumah..kalau takut, kunci pintu" kata Tengku Fazril.

(FLASHBACK)

From:Elina
Time:11:00 am
You kenapa tak datang kampus? Hmm ..

To:Elina
Time:11:01 am
Sorry...

From: Elina
Time: 11:02 am.
Nanti teman i shopping???pleaseeee baby?

Sebenarnya Tengku Fazril sudah muak dengan perangai gedik Elina. Sikit sikit shopping. Siapa je yang tak bosan? Tapi Elina itulah satu satu senjatanya jika dia ingin membuat Syazlina cemburu.

To: Elina
Time: 11:05 am
Ha yelahhh...

From:Elina
Time:11:06 am
Yeay!! Love you honey!!!

Sebenarnya Tengku Fazril ingin menemani Syazlina di rumah tetapi Elina terlebih awal sudah menempah Fazril.

~~~~
"Baby...bila kita nak kahwin? Hmmm you sayang i kan?" Elina memberikan soalan KBAT untuk Tengku Fazril.

"Haihh apa aku nak jawab? Takkan aku nak cakap yang aku dah kahwin dengan Syazlina?memang tak lah!!!" Getusnya di dalam hati.

Tengku Fazril hanya senyum dan sedaya upaya menukar topik perbualan diantara mereka."ehh Elina you kenal tak Harris Adrian?"tanya Tengku Fazril.

"Ouh bf Syazlina bohsia tu kan?" Balas Elina selamba.

"Bf?"

"Yelah, haritu i sound Syazlina, lepastu dia bukan main bersungguh sungguh backup Syazlina. Dia kata Syazlina tu lawa lah apa lah...eii menyampah betul i!!" Luah Elina.

Riak muka Tengku Fazril berubah serta merta. Mungkin perasaan marah dan cemburu menguasai dirinya.

~~~~~
" awak dah balik? " Syazlina yang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen terus menegur suaminya yang baru sampai.

Tengku Fazril memberikan jelingan tajam buat Syazlina lalu segera naik ke atas untuk pergi ke biliknya.

"Pehal dia tu? Aku ada buat salah ke?" Katanya seorang diri.

~~~~
Malam itu, kemarahan Tengku Fazril semakin reda. Dia tahu, Elina itu bukan boleh dipercayai. Tengku Fazril membuka tombol pintu bilik Syazlina perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan Syazlina yang sedang lena tidur.

Tengku Fazril duduk di birai katil lalu mengusap lembut rambut ikal mayang milik Syazlina.Terdetik di hatinya rasa kasihan terhadap Syazlina.

"Rasa kesian pulak dengan dia ni...selama ni aku kejam sangat ke dengan dia?" kata Tengku Fazril didalam hati. Tangannya masih lagi membelai rambut Syazlina.

Tiba tiba Syazlina terjaga dari tidurnya. Tengku Fazril mula gelabah.

"Apa awak buat kat sini?" Tanya Syazlina dalam keadaan mamai.

"Ehh ermmm tengok keadaan awak je?" Tengku Fazril segera bangun dari birai katil.

"Apa awak panggil saya? "Awak" ??? Hahahahaaaha...awak ni buat lawak ke tengah tengah malam niii? Rindu saya ekkkk?? biasanya awak panggil saya "kau" sekarang ni "awak" pulak...hahahaah" kata Syazlina sambil ketawa.

"Eh kau salah dengar ni!! Mana ada aku panggil kau "awak"!! Dahlahhh pegi tidur! Aku nak masuk bilik aku" balas Tengku Fazril cuba menyembunyikan kebenaran.

Syazlina hanya ketawa kecil.

~~~~
"Haishh malunya!! Kenapa aku boleh terlepas cakap!!"kata Tengku Fazril sendirian.

Apabila Tengku Fazril hampir terlelap, satu mesej datang.

From: mummy
Time:12:30
Esok datang rumah mummy and daddy..mummy nak bincang sesuatu dengan kamu dan Syazlina....

Bincang apa pulak nii?

BERSAMBUNG...

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now