Malam itu ada satu perkara yang ibu dan ayah ingin bincangkan kepadaku.
"ibu dengan abah nak bincang tentang apa?"
" ibu, abah dan kedua dua orang tua Tengku Fazril dah bersepakat untuk berjumpa esok malam." Mata Syazlina mula terbeliak kerana terkejut.
" nak buat apa jumpa dia!?" ujarnya.
" nak membincangkan tentang perkahwinan kamu yang akan berlangsung tak lama lagi."
"Ishh tak nak lahh! " Syazlina mula memprotes.
"Kenapa pula? " ujar abah dengan nada yang agak tenang..
Syazlina yang tidak berpuas hati dengan cadangan ibu bapanya itu pun mula berterus terang tentang satu perkara " sebenarnya, Syazlina kenal dengan Tengku Fazril tu..dia belajar dekat satu universiti yang sama dengan Syazlina.." katanya dengan nada yang agak perlahan.
"Ha?! Yeke ni? Kenapa tak cakap kat ibu dengan abah awal awal??"
" bukan tak nak cerita, tapi tunggu waktu yang sesuai.." Syazlina berkata dengan harapan agar ibu dan ayahnya membatalkan niatnya untuk membawa dia berjumpa dengan Tengkh Fazril dan keluarganya. Syazlina sungguh tidak sanggup untuk berjumpa dengan Tengku Fazril yang menjengkelkan itu.
"Alah apa salahnya kamu berjumpa saja dengan dia, kamu tu tidak lama lagi akan dikahwinkan dengan Tengku Fazril, jadi kan lebih elok kalau kamu rapat dengan dia dan mengenali dia dengan lebih mendalam" ujar abah dengan harapan agar anak tunggalnya itu bersetuju untuk berjumpa dengan Tengku Fazril.
Syazlina tidak berpuas hati dengan ibu dan ayahnya yang tidak henti henti memujuk dia agar berjumpa dengan Tengku Fazril.Syazlina dengan muka yang kecewa membuka langkah untuk meninggalkan ruang tamu tempat dia membincangkan hal itu.
"Nampaknya anak kita tu tidak seberapa minat lah dengan Tengku Fazril" ujar Pn.Masyitah atau lebih dikenali sebagai ibu kepada Syazlina.
" saya pun merasakan hal yang sama tapi apa yang menyebabkan Syazlina begitu benci terhadap Tengku Fazril?" Kata En.Rahman dengan dahi yang berkerut memikirkan tentang sikap anaknya yang tidak suka terhadap Tengku Fazril itu. Nak dikatakan Tengku Fazril itu hodoh, tidak pula. Rupa Tengku Fazril yang cukup sempurna itu sangat menarik minat gadis -gadis di luar sana kecuali Syazlina.
Pada malam itu, ibu bapa Tengku Fazril juga sedang membincangkan tentang Syazlina .
"mummy serius ke nak Fazril kahwin dengan Syazlina yang kampung tu?!! Tolonglah mummy, tak de perempuan lain lagi ke yang lebih elegant? Fazril tak minat lah dengan dia!" Ujar Fazril dengan nada yang agak tinggi.
"Apa kamu panggil Syazlina? Kampung?" Kata ibunya
"Yelah, pakai baju kurung..Fazril tengok pun macam perempuan kolot!" Fazril menghina Syazlina tanpa mempunyai sedikit pun rasa serba salah.
"Tengku Fazril! Jaga sikit ya kata kata kamu...Mummy lebih suka perempuan macam Syazlina yang berbaju kurung dan bertudung berbanding perempuan yang free hair dan memakai pakaian separuh bogel! Sampai bila kamu nak hidup dalam dunia playboy kamu?! Mummy dan daddy harap sangat kamu berubah selepas berkahwin dengan Syazlina nanti!" Kata Datin Marina kepada anaknya Tengku Fazril.
"Kenapa mesti Fazril yang jadi mangsa!! Kenapa mummy tak suruh abang Amran je yang kahwin dengan Syazlina?! Kenapa?!" Fazril mula memasukkan Amran iaitu abangnya yang beza dua tahun dengannya dalam perbincangan itu.
"Fazril jaga mulut kamu tu, daddy dan mummy buat semua ini demi kebaikan kamu juga..lagipun daddy rasa Syazlina tu baik orangnya" ujar daddynya.
"Mummy tak kira, mummy dan daddy akan tetap melangsungkan perkahwinan diantara kamu dan Syazlina. Esok mummy ,daddy dan keluarga Syazlina akan bertemu di sebuah restoran. Dan sewaktu pertemuan tu berlangsung, mummy nak kamu jaga kelakuan kamu! Jangan buat sesuatu perkara yang boleh memalukan mummy dan daddy didepan keluarga Syazlina faham??!!" Kata ibu Tengku Fazril dengan nada yang agak tinggi dan muka yang serius.
Dengan perasaan yang marah Tengku Fazril mengambil kunci keretanya dan pergi membawa diri bersama keretanya untuk mencari sedikit ketenangan."Fazril kamu nak kemana tu??!!" Tanya mummynya. Tetapi Tengku Fazril membisu dan mempercepatkan langkahnya untuk kereta.
Dalam hatinya menyimpan seribu satu perasaan benci terhadap Syazlina. Tetapi adakah perasaan benci itu berkekalan di dalam hatinya setelah dia mengahwini Syazlina?BERSAMBUNG.....
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...