BAB 10

13.7K 446 0
                                    

Tidak ku sangka, tidak ku duga,hari yang ditunggu tunggu telah tiba.Hari ini lah yang bakal menentukan hidup Syazlina.Perkahwinan atas dasar paksa.Mampukah kebahagiaan wujud dalam rumah tangga mereka?

Setelah beberapa minit upacara akad nikah berlangsung, akhirnya Syazlina sah bergelar isteri kepada Tengku Fazril hanya dengan sekali lafaz.Perasaan gementar dan takut menyelubungi diri Syazlina.

"Dah jadi isteri orang anak ibu ni..tak sangka cepat betul masa berlalu.."kata Pn.Masyitah ibu kepada Syazlina.

Syazlina hanya mampu tersenyum sinis.Dalam otaknya, bermacam macam yang dia fikirkan.Tiba tiba lamunannya tersentak apabila Tengku Fazril iaitu suaminya memanggil Syazlina.

"Syazlina!" Panggil Tengku Fazril.

"Ha apa?" jawab Syazlina.

"Kau jangan pandai pandai nak heboh kat satu kampus yang aku ni suami kau faham??!" Kata Tengku Fazril.

"Elehh macam lah saya ni jenis perempuan yang suka heboh heboh kat orang..." jawab Syazlina kemudiam memberi jelingan yang tajam kepada Tengku Fazril.

~~~~
Malam itu, Syazlina sibuk melayan tetamu.Manakala, Tengku Fazril pula entah pergi ke mana.

"Mummy, nampak tak Fazril?" Tanya Syazlina kepada Datin Marina.

"Ouhh dia ada dalam bilik kot...kamu pergilah berehat...biar mummy je yang layan tetamu tetamu ni..." jawab Datin Marina dengan senyuman yang terlakar di bibirnya.

"Baiklah mummy" balas Syazlina pendek.Kebetulan dia juga kepenatan melayan tetamu dari siang tadi hinggalah ke malam.

Syazlina membuka pintu bilik yang telah disediakan oleh ibunya dan abahnya khas untuk mereka berdua.

Syazlina membuka pintu bilik dengan perlahan.Dia melihat Tengku Fazril sudah terlantar di katil kepenatan.

"Awak..." panggil Syazlina.

"Nak apaa.."jawab Tengku Fazril sambil meletakkan bantal di mukanya.

"Saya nak tidur mana?" Tanya Syazlina.

"Kau tidurlah dekat sofa tu...malam ni, aku nak tidur kat katil...jangan kacau aku.."jawab Tengku Fazril.

Syazlina hanya akur dengan suruhan suaminya itu."ishh tak gentleman langsung! Ada ke patut dia suruh aku yang perempuan ni tidur kat sofa...dahlah aku penat layan tetamu...dia tu cuma tahu duduk terperap dalam bilik je!" Getus hati Syazlina.

Ketika Syazlina hampir terlena dibuai mimpi, satu ketukan datang mengejutkan tidur dia.

"Ish..sape pulak ni...kacau je lah..." kata Syazlina lalu pergi membuka pintu biliknya itu.

"Syazlina, maaflah ibu ganggu kamu.Zarina datang bawa tetamu istimewa katanya" Kata Pn.Masyitah.

"Siapa ibu?" Tanya Syazlina.

"Tak tahulah...pergilah keluar...Zarina dah tunggu kat luar tu." Kata Pn.Masyitah.

Syazlina pun mencapai tudungnya lalu pergi ke luar.

"Ehh Syazlina...sini kejap..." kata Zarina kawab baiknya itu.

"Kenapa nak jumpa aku ni? Aku penatlah..." kata Syazlina dengan muka yang agak marah.

"Ek eleh kau, bajet ek lepas kahwin ni..taulah kahwin dengan Tengku Fazril...hoho...sorry lah ganggu...aku nak bawa kau jumpa tetamu istimewaaaa...." jawab Zarina dengan senyuman di bibirnya.

Jeng jeng jeng...sapa tetamu istimewa yang Zarina maksudkan tuu?Zarina pun membawa Syazlina berjumpa dengan orang itu.Alangkah terkejutnya Syazlina apabila melihat rupa tetamu istimewa yang Zarina maksudkan itu.

"Harris Adrian?" Nama itu keluar dari mulut Syazlina.

Siapa Harris Adrian?

(FLASHBACK)

"Syazlina...maafkan saya ye...saya tak dapat masuk satu universiti yang sama dengan awak...mama and papa saya nak hantar saya belajar dekat Amerika." Ujar Harris Adrian.

"Tapi kenapa? Dulu awak kata nak masuk satu universiti yang sama dengan saya dan Zarina...awak pujuklah mama and papa awak supaya benarkan awak belajar dekat Malaysia" kata Syazlina dengan riak wajah yang sangat sedih.

"Saya bukan tak nak masuk satu universiti dengan awak...tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan agar saya berpindah ke Amerika." Kata Harris Adrian.

"Nanti awak datang semula ke Malaysia ke?"tanya Syazlina.

"Insyaallah saya akan kembali ke Malaysia untuk menjadikan awak isteri saya:) janji dengan saya ye yang awak takkan lupakan saya? Saya sayang awak sangat sangat..selamat tinggal Syazlina" itulah kata kata terakhir yang Harris Adrian berikan kepada Syazlina.

~~~

Air mata Syazlina mula mengalir setelah mengingati kembali memori silam dia dan Harris Adrian.

"Syazlina? Awak masih ingat saya?" Tanya Harris Adrian dengan senyuman yang manis di bibirnya.

"Kenapa awak datang semula setelah saya dah berkahwin dengan orang lain? Kenapa? " tanya Syazlina.Air matanya mula mengalir laju.

"Maafkan saya Syazlina...bila saya datang kembali ke Malaysia, saya dengar yang awak akan berkahwin..mungkin saya dengan awak tak ada jodoh...percayalah, setiap apa yang Allah buat untuk kita, semua ada hikmahnya..." jawab Harris Adrian tenang.

"Tapi...saya masih sayangkan awak..." ayat itu keluar dari mulut Syazlina.

"Syazlina...tak baik awak cakap macam tu..awak kan dah berkahwin...cinta awak hanya untuk suami awak je...tak ape lah...walaupun saya tak dapat jadi suami awak di dunia dan di akhirat tapi saya boleh jadi kawan baik awak di dunia dan di akhirat kan?:)" tanya Harris Adrian.

Syazlina hanya mampu tersenyum.Sungguh hatinya cukup sakit apabila cinta pertamanya iaitu Harris Adrian kembali muncul dalam hidupnya setelah sekian lama menghilang tanpa khabar.Dan paling menyakitkan hatinya adalah, Harris Adrian muncul kembali apabila Syazlina sah bergelar isteri orang.

"Oh ye Syazlina...saya lagi beberapa hari akan berpindah ke universiti yang sama dengan awak:)" kata Harris Adrian.

"Betul ke ni?? " tanya Syazlina sambil mengelap air matanya.

"Yupp:) takkanlah saya nak tipu awak...btw, tahniah atas perkahwinan awak...maaflah saya mengambil masa awak untuk berehat...nanti kita berborak dengan lebih mendalam setelah saya berpindah ke satu kampus dengan awak ye:) bye assalamualaikum Syazlina..." kata Harris Adrian.

~~~

Syazlina pun masuk semula ke dalam biliknya.Tiba-tiba.

"Kau pergi mana tadi?"soal Tengku Fazril.

"Eh awak tak tidur lagi ke?...saya jumpa kawan saya lah tadi.."jawab Syazlina tenang.

"siapa kawan kau tu?" Tanya Tengku Fazril.

"Harris Adrian...my first love..." jawab Syazlina. Biar...biar padan muka Tengku Fazril...hahahha. Sekali sekala buat dia terkejut.

BERSAMBUNG...

sorry ye semalam tak update...busy sikit...lepasni Tengku Fazril ada saingan lah jawabnya...Harris Adrian ni muka dia hensem jugakk tau...kalau nak diikutkan dia lagi hensem dari Tengku Fazril...

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now