Sebelum baca bab ni, saya harap uolls boleh terima apa yang terjadi dengan hati yang terbuka ye-,- huhu.
Orang ramai telah menyaksikan kejadian itu. Tengku Fazril telah dihantar ke hospital yang berdekatan.
Zarina yang baru mendapat tahu maklumat itu segera menelefon Syazlina.Tetapi Syazlina tidak mengangkat telefon. Mungkin dia sangka Tengku Fazril yang memakai telefon Zarina.
To: Syazlina
Time: 1:00 pm
Syazlina, suami kau kemalangan. Aku tak tahu macam mana keadaan dia, ni pun Farhan yang bagitahu aku.Kalau kau sayangkan dia, pergilah jenguk dia kat hospital.Syazlina yang membaca mesej itu dengan segera menelefon Zarina.
"Zarina betul ke ni? Ya allah,kau jangan main main dengan aku" Suara Syazlina agak panik.
"Nak buat apa aku tipu? Farhan kata dia kena langgar dengan lori.Baik kau datang cepat.."
"Okeyyy...nanti kau sms aku hospital mana okeyy...byeee" Syazlina meletakkan panggilan.Dia segera mengemas baju bajunya.
~~~~~
Akhirnya, Syazlina pun sampai ke hospital tempat di mana Tengku Fazril dirawat.Datin Marina selaku ibu Tengku Fazril sedang menangis." Mummy macam mana keadaan Fazril?" Tanya Syazlina panik. "Mummy pun tak tahu dia macam mana Syazlina....doktor tak bagi apa apa perkembangan lagi." Syazlina memeluk Datin Marina yang sedang menangis itu.
"Sekarang kita doa banyak banyak untuk Fazril ye mummy....Fazril perlukan doa kita saat ini.." kata Syazlina cuba menenangkan Datin Marina.
Datin Marina hanya mengangguk. Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar.
"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" Tanya Datin Marina.
"Hmm...keadaan dia sekarang ni kurang stabil..dia masih tidak sedarkan diri...mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan mula sedarkan diri..bergantung kepada kekuatan pesakit..." terang Doktor Rizman.
"Jadi boleh kami jenguk dia?"
"Boleh boleh...silakan...tapi jangan bising sangat ye, pesakit perlu banyak berehat..."
~~~~~~~~
Tiga minggu telah berlalu, tetapi Fazril masih tidak sedarkan diri."Awak...saya mintak maaf...banyak sangat dosa saya kat awak... bangunlah awak...saya sedih tengok awak mcm ni....saya janji, bila awak sedar nanti, saya akan jadi isteri yang berguna untuk awak...saya janji tak akan tinggalkan awak...saya janji akan sentiasa buat awak tersenyum... janganlah tinggalkan saya..." ujar Syazlina diikuti dengan tangisan. Dia memegang erat tangan milik suaminya itu.
Jari Tengku Fazril bergerak sedikit. Syazlina berlari memanggil doktor. "Doktor! Doktor!"
Doktor Rizman dan seorang jururawat segera datang.Doktor Rizman mula check keadaan Fazril.
~~~~~~~
Tengku Fazril mula membuka mata perlahan lahan. Dia memandang sekeliling."aku kat mana?" Getusnya di dalam hati.Ibu bapa Syazlina dan Tengku Fazril segera datang ke hospital. "Fazril dah sedar ke sayang?Kepala Fazril sakit?Fazril rasa mcm mana? " bertubi tubi soalan yang dituju Datin Marina buat Tengku Fazril.
"Fazril okey...kepala agak sakit..." Mata Tengku Fazril tertumpu ke arah Syazlina. "Siapa dia ni? Lawanya..." kata Tengku Fazril di dalam hati.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Syazlina pelik.
Fazril mengerutkan dahi." awak ni siapa? Saya kenal awak ke?" Tanya Tengku Fazril.
Syazlina terkejut. Hatinya retak. Air matanya mula menitis."ya allah dugaan apa lagi nii?" Katanya didalam hati.
"Doktor apa yang dah jadi?" Tanya Syazlina.
"Tengku Fazril apa benda terakhir yang awak ingat?" Tanya Doktor Rizman.
"Saya...saya baru habis SPM? " jawab Tengku Fazril teragak agak.
"Tengku Fazril mengalami kecederaan di bahagian otak. Mungkin disebabkan hentakan yang kuat sehinggakan separuh daripada ingatannya hilang. " kata Doktor Rizman.
"Tak mungkin.." Syazlina segera keluar dari wad.
Tengku Fazril masih lagi terpinga pinga. Seribu satu soalan hadir di fikirannya." Apa yang dah jadi dengan aku?siapa perempuan tu? Aku ada kecederaan di bahagian otak? Apa yang berlaku sebenarnya?? " Tengku Fazril memegang kepalanya. Terasa seperti ada sesuatu yang mencucuk cucuk kepalanya.Perit yang amat.
"Fazril, banyak kan berehat...jangan fikirkan sangat ye semua masalah ni.." arah Doktor Rizman.
~~~~~~~~
"Doktor, adakah ingatan dia akan pulih sepenuhnya?" Tanya Syazlina." ya, ingatan dia akan pulih...tetapi tempoh masa yang diambil bergantung kepada kekuatan pesakit..."
Puan Masyitah iaitu ibu Syazlina cuba menenangkan Syazlina dan memberi sokongan moral buat anaknya itu.
Ermm ermmm sorry ye korang....terpaksa buat Fazril hilang ingatan..hehehe ni je satu satunya keputusan yang terbaik buat dia...hahahaha... jangan marah saya tau T_T... cinta Fazril pada Syazlina akan bertambah kuat lepas ni:) jangan risau ok! Saya akan buat yang terbaik^_^ bye bye...
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
Storie d'amorePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...