Pukul 3:00 petang Tengku Fazril pulang ke rumah. Dia mencari cari kelibat Syazlina.
"Syazlinaa...Syazlina..." Tengku Fazril memanggil manggil nama Syazlina tetapi tiada siapa yang menyahut panggilannya.
"Ishh mana dia nii" Tengku Fazril naik ke tingkat atas tetapi tiada. Tiba -tiba dia ternampak sepucuk surat di atas meja ruang tamu dan beberapa gambar dia dan Elina sewaktu di kelab tempoh hari.
Selepas membaca surat itu, air mata Tengku Fazril mula bertakung di bawah kelopak matanya. Tangannya laju mencapai kunci kereta BMW miliknya. Dia mula mencari cari Syazlina tetapi malangnya Syazlina telah pun pergi jauh dari situ.
Tengku Fazril mendail nombor Syazlina berkali kali tetapi panggilannya ditolak."mana kau pergi nii Syazlina" kata Fazril seorang diri.
~~~~~~~
Pantai yang indah, langit yang cerah.Diikuti juga dengan angin sepoi sepoi bahasa sangat menenangkan jiwa Syazlina. Tiba tiba telefon bimbit milik Syazlina berbunyi. Jelas terpampang di skrin nama "Zarina""Assalamualaikum Zarina...kenapa call ni?"
"Waalaikumsalam...kenapa call kau kata??!!! Kau pergi mana haa!! Fazril tu tadi call aku tanya macam macam tahu tak! Dia kata kau larikan diri...kau kata mana weyh? Baliklah...semua orang risaukan kau tau tak.." kata Zarina dalam talian.Nada suaranya jelas kedengaran sedih.
"Ala...aku ada kat Pulau Pinang ni...nanti kalau aku rasa nak balik, aku baliklah..."jawab Syazlina selamba.
"Pulau Pinang!! Jauhnyaa!! Kalau jadi apa apa kat kau macam mana?" Marah Zarina.
"Aku dah besar...pandai pandai lah aku jaga diri...oh ye, kau rahsiakan tahu keberadaan aku ni!! Jangan pandai-pandai nak bagi tahu Fazril ke sesiapa kee!! "
"Kau tu perempuan weyh...kang ada orang jahat buat macam macam kat kau macam mana?! Aku jugak yang susah nanti tau.." Zarina mula membebel dalam talian.
"Kau nii, janganlah doa macam tu! Aku okey je kat sini...dah lah kau tak payah risau sangat...bye.. assalamualaikum.. "
Syazlina mula mematikan panggilan.Boleh naik bernanah telinganya mendengar bebelan Zarina itu. Maklumlah, kawan karib sejak sekolah menengah lagi.
~~~~~~
"Nak bagi tahu ke tak dekat ibu bapa Syazlina? Kalau aku bagi tahu Syazlina larikan diri, mesti aku kena marah besar..." Tengku Fazril mula bermonolog sendirian.Jauh di lubuk hatinya yang dalam, Tengku Fazril sangat risaukan keselamatan Syazlina. Tapi, nak buat macam mana...ego menguasai diri.
Tengku Fazril menelefon Elina.
"Haii baby..kenapa call I ni? Biar I teka...erm you rindu I? Or you dah sedia nak kahwin dengan I?"
"Kau buat apa haa dengan Syazlina?!" Tengku Fazril mula memarahi Elina dalan talian.
"I buat apa?" Elina pura pura tidak tahu.
" jangan pura pura tak tahulah Elina! Kau yang hantar gambar gambar tu kan! Kau ni memang kejam!"
"Ohh pasal gambar tu? well~ I rasa dia berhak tahu sejauh mana hubungan kita...and what did you say? I kejam? Kalau I kejam, gambar tu dah sampai kat tangan mummy you dah...cakap pasal mummy you, I rasa macam dia pun perlu tahu benda ni...hmm buat masa ni, biar jelah ISTERI TERCINTA you je yang tahu.." Elina mula tersenyum
Tengku Fazril segera mematikan panggilan. Semakin lama dia melayani Elina, semakin panas hati Tengku Fazril dibuatnya.
~~~~~~~
From:Fazril
Time:3:45 pm
Syazlina...kau pergi mana? Please jangan buat aku macam ni...From:Fazril
Time:3:50 pm
Syazlina..angkat call please...apa aku nak jawab dengan mak ayah kau kalau diorang tanya?From:Fazril
Time:3:52 pm
Baliklah Syazlina...semua ni salah faham je...From:Fazril
Time:3:55 pm
Please balik..dengar penjelasan aku dulu..semua ni helah Elina je..."Banyaknya mesej dari dia! Rasa nak tergelak baca semua ni" getus Syazlina didalam hati
~~~~~~~~
Malam itu, Tengku Fazril tidur sendirian di rumah itu.Perasaan rindunya terhadap Syazlina mula hadir."kalau dia ade kat sebelah aku sekarang ni ,mesti aku tengah kacau dia.." kata Tengku Fazril sendirian.Dia merasa serba salah terhadap Syazlina. "Agak agak kat mana dia sekarang? And apa dia tengah buat?" Katanya seorang diri lagi. Sekali pandang dah macam orang gila dibuatnya.
BERSAMBUNG....
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...