Keesokan harinya, Syazlina pun memulakan paginya dengan sarapan bersama keluarga lalu terus ke universiti tempat dia menuntut ilmu.Bermacam macam perkara yang terlintas di fikirannya.Sedih,gementar, takut perasaannya bercampur baur.
Sesampainya di universiti, Syazlina pun mula melangkah masuk ke kelas, tiba tiba ada satu suara menerpanya dari belakang.
"oh, kaulah Syazlina kan?" Syazlina pun segera menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati orang yang menegurnya itu adalah Tengku Fazril. Keningnya diangkat sebelah.
Dengan berlagak Tengku Fazril pun menjawab " Haha, macam ni rupa perempuan pilihan mummy and daddy aku? Eii tak setaraf langsung dengan aku! Pakai baju kurung nampak sangat kampung! " Muka Syazlina sudah mula berapi, perasaan marahnya tidak mampu dikawal lagi.
Memang playboy ni biadap ke apa? Syazlina mula mendekati Tengku Fazril selangkah demi selangkah. Tengku Fazril hanya memerhatinya pelik. Wajahnya dirapatkan sedikit dengan Tengku Fazril membuatkan Tengku Fazril menggerakkan kakinya selangkah kebelakang.
"apa masalah awak sebenarnya ni ha?" kata Syazlina dengan renungan tajam. Matanya memandang tepat anak mata milik Fazril.
Kecut terus Fazril dibuatnya. Dengan pandangan bagaikan ular itu!
"awak ingat awak hensem sangat ke? awak ingat perempuan baju macam kampung ni nak sangat ke berkahwim dengan awak? kalau bukan sebab desakan mak ayah saya, memang saya takkan bersetuju berkahwin dengan awak tau!" ujar Syazlina lalu beredar perlahan lahan menjauhi Tengku Fazril. Pandangan bagaikan pisau itu masih menusuk anak mata Tengku Fazril.
Panas sungguh hati Fazril dibuatnya! "tengoklah, aku akan buat kau merana sebab kahwin dengan aku!" pintasnya di dalam hati.
"Babe!" panggil Elina dari jauh. Tangan Fazril dicapainya laju. Nak menggedik lagi lah tu. Tapi, memang dia menggedik pada masa yang salah! Dengan Fazril yang masih terkesan dengan ayat Syazlina.
Pegangan Elina dilepaskan. "I takde mood." langkahnya diperlaju.
"sayang!!! Fazrill!!" jeritnya apabila Fazril mula meninggalkannya jauh di belakang.
Wahai Elina, silalah sabar dengan perangai Fazril. Memang dia suka pergi begitu sahaja sekiranya anginnya tidak baik. Nak buat macam mana, dah perangainya begitu.
~~~~~~~~~
Syazlina masuk ke kelas dengan perasaan yang sangat marah. Amarahnya cuba diredakan. Dia menarik nafas panjang.
"Kenapa ni Syazlina? Aku tengok kau moody semacam je..." tanya Zarina sebaik sahaja Syazlina duduk disebelahnya
Syazlina memandang Zarina lama. Matanya mula berkaca. Lantas, Zarina dipeluknya erat.
"lahhh kenapa nii?" tanya Zarina. Dia menepuk belakang Syazlina lembut cuba untuk meredakan tangisannya. Pelajar-pelajar lain sudah mula memandang mereka berdua dengan pandangan pelik.
Wajahnya yang tadi disembamkan di dalam pelukam Zarina diangkatnya semula. Air matanya diseka menggunakan belakang tapak tangannya. Alahai, gaya macam budak budak nangis tak dapat aiskrim!
Air mineral diteguknya perlahan cuba untuk menghilangkan bunyi sedu sedan akibat tangisannya tadi. Dia menarik nafas panjang lalu menceritakan satu per satu apa yang terjadi padanya.
Zarina tidak tahu ingin memberikan respon apa. Kalau dia ada si posisi Syazlina, memang dia gembira 7 keturunan lah sebab dapat kahwin dengan Fazril anak Dato' tu. Yelah, dahlah kaya, ada rupa pula tu.
"Dahlah tak payah sedih2, aku tahu aku tak boleh rasa apa yang kau rasa sekarang ni but trust me, everything happens for a reasons" ujar Zarina.
"dah ,taknak nangis2 okay? nanti dah tak lawa dah kawan aku ni" Dia menepuk lembut belakang Syazlina.
Syazlina mengangguk perlahan. Terasa ringan sikit beban yang dipikulnya setelah menceritakan masalahnya kepada Zarina.
~~~~~~~
Selepas tamat kelas, duduk bersendirian menunggu bapanya menjemputnya.
"Ish lamanya abah nii" gumamnya perlahan.
Sedang dia duduk bersendirian. Tiba tiba sebuah kereta melumcur laju berhenti di hadapannya. Syazlina dengan perasaan pelik mengangkat kening kirinya.
"Tunggu driver sampai ke mak cik? Driver lambat sampai ye? Kesian...." Fazril menggelengkan kepalanya tanda mengejek.
Telinga Syazlina sudah mula berasap mendengar kata kata Tengku Fazril itu. Ada sahaja yang tidak kena diantara mereka berdua itu. Fazril lah suka cari pasal!
Dengan cuaca panas macam ni lepastu bapanya tak sampai- sampai memang dah cukup untuk membuat dia geram. Ditambah pula syaitan berupakan manusia ni datang mengacau, lagilah rasa nak baling kerusi yang dia tengah duduk tu.
"eh! Awak ni sebenarnya kenapa ek? Saya tak kacau pun hidup awak!!"marah Syazlina. Geram kot.
"hmm, makcik.. saya tanya je, kenapa nak marah marah?" katanya dengan senyuman yang berunsurkan sindiran itu.
Syazlina dengan sakit hati pun berlalu pergi tanpa arah tujuan."playboy tu memang sengaja nak sakitkan hati aku! Kenapalah dia wujud kat dunia ni!!! " katanya seorang diri.
Bersambung..
YOU ARE READING
Cintaku Buat Encik Playboy
RomancePerkahwinan atas aturan keluarga berlaku pada mereka berdua. Mampukah kebahagiaan dikecapi bersama? Cinta pertama Syazlina mula hadir dalam hidupnya kembali setelah sekian lama menghilang. Cinta pertama yang membuatnya tidak keruan. Cinta pertama ya...