BAB 4

14.3K 497 5
                                    

Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Suasana pada malam itu indah sekali disinari dengan cahaya bulan.Syazlina yang mengenakan gaun berwarna kuning itu kelihatan cantik sekali.Dia dan keluarganya sedang menunggu kedatangan Tengku Fazril serta keluarganya.

"Ibu, Syazlina takutlah...Syazlina nak balik" ujar Syazlina dengan perasaan yang gementar.

"Apa yang nak ditakutkan? Kita datang sini sebab nak bincangkan tentang tarikh yang sesuai untuk perkahwinan kamu"

" kenapa ibu nak sangat Syazlina kahwin dengan dia? Syazlina sikit pun tak cintakan dia!"

"Syazlina....percayalah..perasaan cinta tu lambat laun akan wujud dalam hati kamu selepas kamu berkahwin dgn dia.." kata ibunya dengan nada yang agak lembut.

Kedatangan Tengku Fazril dan keluarganya yang ditunggu tunggu itu telah pun tiba.Datin Marina mummy kepada Tengku Fazril pun melemparkan senyuman kepada Syazlina dan berkata "sudah lama ke tunggu?maaflah terlambat sedikit..."..

"Tak lah...baru beberapa minit kita semua ni menunggu"kata Pn Marina dengan senyumannya yang manis.

" ini anak awak ke? Cantik orangnya...". Tengku Fazril yang terdengar pujian yang diberikan oleh ibunya kepada Syazlina itu pun menjeling kearah Syazlina dan berkata "cantik lah sangat!" Dengan nada yang perlahan agar tak didengari oleh keluarga Syazlina. Datin Marina yang terdengar kata kata Tengku Fazril itu pun mencubit peha anaknya. Tengku Fazril dengan nada yang perlahan berkata "ish sakitlah!!" ." Fazril kamu jangan buat hal disini ye!" Bisik Datin Marina.

" jadi...marilah kita mulakan perbincangan " sahut daddy Tengku Fazril.

"Lebih cepat lebih baik" ujar Datin Marina dengan senyuman dan harapan.

" betul itu" kata En.Rahman dengan penuh semangat.

"Apa kata jika perkahwinan itu dijalankan pada 1 April? Lagipun bulan Mei suami saya ingin pergi ke Hong Kong atas urusan pekerjaan"

Syazlina yang sedang minum air itu tersedak apabila mendengarkan tarikh perkahwinannya itu."Datin tak bo-". "Panggil saya mummy saja Syazlina" .Syazlina dengan senyuman paksa pun berkata "erm mu..mummy tak boleh ke jika perkahwinan tu diadakan pada bulan Disember? Sebab rasa macam terlalu awal lah..." Tengku Fazril yang mendengar penjelasan itu pun mula mengeluarkan pendapat "hmm kan? Apa kata kalau tahun depan je?" Datin Marina sekali lagi mencubit Tengku Fazril tetapi kali ini cubitan Datin Marina lebih menyengat.

"Syazlina sayang, nak buat apa lewat lewat? Mummy dh x sabar nak tengok kamu bernikah dengan Fazril...mummy ni dah tak sabar nak ada cucu"

Syazlina yang mendengar kata kata Datin Marina itu sekali lagi tersedak kerana terkejut. Tengku Fazril pun ikut terkejut mendengar penjelasan mummynya. "Mummy ni over lah" kata Tengku Fazril dengan nada yang agak sederhana."mummy kamu tu dah tak sabar nak menimang cucu" kata Pn.Masyitah dengan tawa kecil.

"Ha betul tu..mummy tak kira mummy nak juga pernikahan kamu berlangsung pada 1 April...sekarang dah 13 Mac.Lagi beberapa minggu je dah nak berlangsung. ".Syazlina yang tadi membantah kini hanya mampu diam dan menerima saja takdir yang ditentukan oleh Allah.

" Fazril, kamu kenal kenal dulu ye dengan anak aunty ni..." Fazril hanya mampu memberikan senyuman paksa kepada Pn.Masyitah ibu kepada Syazlina.

Selepas 45 minit berbincang tentang perkahwinan Syazlina dan Tengku Fazril, mereka semua pun pulang ke rumah masing masing."ibu...abah...awalnya tarikh perkahwinan tu!! Syazlina masih tak bersedia lahh". "Okey je" kata abahnya pendek.

" Fazril, minggu depan ikut mummy pergi beli barang perkahwinan kamu".

"X nak lah..mummy ajak lah Syazlina kesayangan mummy tu" kata Tengku Fazril dengan jelingannya itu.

"Kalau kamu tak nak tak pe, biar mummy pergi sendiri! Tapi make sure cincin dengan kad perkahwinan tu kamu pergi berdua dengan Syazlina!!" Kata mummynya tegas.

" ish menyampah betullah...mummy tolonglah belikan sekali..Fazril tak bersemangat sikit pun tentang perkahwinan ni!"

"Fazril!! Dengar cakap mama! Kalau kamu tak nak pergi dengan Syazlina, mama akan suruh daddy bekukan seluruh akaun kamu dan ambil kunci kereta kamu! Biar kamu pergi kampus jalan kaki!" Kata mummynya tegas. Tengku Fazril mula bengang dengan sikap mummynya itu."mummy ni kan memang...melampau!" Tengku Fazril masuk kebiliknya dengan perasaan marah yang membuak buak di hatinya.

BERSAMBUNG...

=huhu maaflah bab ni agak membosankan...and sorry kalau ada kesalahan ejaan ataupun typo...

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now