BAB 8

12.9K 468 4
                                    

Syazlina pulang dengan keadaan sedih.

To:Syazlina
Time: 11:05
Syazlina, kau jangan buat aku macam ni...nanti kalau mummy aku tanya aku nak jawab apa? Tolonglah jangan buat aku macam ni...

"Ehh Syazlina, awalnya kamu balik...ada apa apa ke yang berlaku?" Tanya Pn.Masyitah.

"Syazlina tak sedap badan lah ibu...sebab tu Syazlina balik.." jawab Syazlina tanpa memberitahu hal yang sebenar.

Syazlina yang membaca mesej daripada Tengku Fazril itu pun terus membalas.

From:Syazlina
Time: 11:15 am
Nanti saya pandai pandailah cakap dengan mummy awak...lagipun kita berdua dari awal kan memang tak setuju dengan perkahwinan ni...nanti saya usahakan lah untuk membatalkannya...

To: Syazlina
Time:11:16 am
Kau senanglah cakap..apa kata kita buat satu perjanjian?

From:Syazlina
Time:11:17 am
Perjanjian apa?

To:Syazlina
Time:11:17 am
Okey macam ni..kita kahwin...lepas kahwin kita buat hal masing masing ok? Tapi pastikan perjanjian ni tak de siapa yang tahu...aku tahu kau tak nak keluarga kau dapat malu kan? aku pun tak nak keluarga aku dapat malu sebab hantaran semua mummy aku dah beli..persiapan perkahwinan 80% hampir siap...cuma tinggal baju, cincin dengan kad je...aku bagi kau masa untuk pertimbangkan tentang perjanjian ni...nanti kalau kau setuju, cakap tau...

Syazlina buntu.Dia tidak tahu sama ada perjanjian itu memberi kebaikan pada dirinya atau tidak.Tetapi bila difikirkan semula kata kata Tengku Fazril itu ada betulnya juga.Jika dia tidak jadi berkahwin dengan Tengku Fazril, pasti keluarganya dapat malu besar.Setelah beberapa jam dia berfikir, dia pun besetuju dengan cadangan Tengku Fazril itu.

To: Fazril
Time:4:30 pm
Saya setuju dengan perjanjian awak tu.Saya buat semua ni bukan sebab cintakan awak ye, tapi semua ni saya buat demi keluarga saya.

From:Fazril
Time:4:31 pm
Okey bagus...nanti tentang cincin dengan kad tu biar aku beli sorang lah..kau tak payah ikut.

Syazlina yang membaca mesej itu pun berkata seorang diri "ek eleh ! Poyonya lah dia ni..macam lah aku nak sangat beli cincin and kad tu dengan dia..."

To: Fazril
Time:4:33 pm
Ha baguslah...tak payah lah menyusahkan saya kehulur kehilir ikut awak:)

From:Fazril
Time:4:34 pm
ada orang tu kan, nangis kat tandas perempuan...sape lah dia tu kan?

(FLASHBACK)

Tengku Fazril sudah mula kepenatan mencari Syazlina.Dia pun mula bertanya orang orang disekitar situ jika ada ternampak Syazlina.

Dia bertanya seorang mak cik dalam lingkungan 40 lebih begitu.

"Mak cik ada nampak tak, seorang perempuan pakai tudung bawal warna hitam lepastu pakai baju kurung pahang warna kelabu? Dia tinggi sekitar bahu saya lepastu kulit dia agak putih?"
Tanya Tengku Fazril.

"Ouh,dia ada kat dalam tandas tengah nangis..."jawab mak cik itu.

"Terima kasih mak cik" jawab Tengku Fazril.

Syazlina berkata dalam hati "ehh macam mana dia boleh tahu?haduhh tak kan lah dia masuk tandas perempuan? Malunyaa!!"

~~~
Pagi itu, Syazlina pun mula bergerak ke kelasnya dan terserempak dengan Putri Elina.

"Ehhh jap, i macam pernah nampak you lah..tapi kat mana ek?" Kata Elina.

"You salah orang kot" Syazlina sengaja pura pura tidak mengenali Elina dan terus berlalu.

'Noo! I memang pernah nampak you! You ni yang perampas tu kann?!" Elina berkata dengan nada yang kuat sehinggakan pelajar pelajar disitu memandang kearah mereka.

Zarina iaitu rakan karib Syazlina menyedari hal itu dan segera pergi kearah rakannya itu.

"Syazlina kenapa ni? Jomlah masuk kelas ...ada perempuan gila lah.." kata Zarina cuba untuk membela Syazlina apabila menyedari rakannya hanya diam dan tidak melawan semula kata kata Putri Elina yang sombong itu.

Syazlina yang diam membisu itu hanya mengikut langkah Zarina yang memegang tangannya.

"HEY!!urusan aku dengan kau belum selesai ye perampas!!" Kata Elina.

Syazlina dan Zarina terus berlalu dan mengabaikan kata kata Elina itu.

"Syazlina...explain kat aku please? Apa yang dah jadi sebenarnya ni?kenapa Elina tiba tiba serang kau? Ni ada kena mengena dengan Fazril ke?" Soalan bertubi tubi itu ditanya oleh Zarina kepada Syazlina.

"Hmm" hanya sepatah ayat sahaja yang keluar dari mulut Syazlina.

"Syazlina kenapa ni? Aku kan kawan kau? Janganlah buat aku macam ni.. aku tak sukalah tengok kau sedih sedih macam ni.." kata Zarina dengan nada yang lembut.

Syazlina terus memeluk Zarina dan mula mengalirkan air mata.

"Dah dah...jangan sedih...tak pe..lepas habis kelas nanti kita pergi kat mana mana kedai makan pastu kau cite kat aku ye?" Kata Zarina lembut dan membalas pelukan Syazlina.

Syazlina hanya menganggukan kepalanya.

~~~

Selesai tamat kelas, Zarina dan Syazlina pergi ke kedai makan dan menceritakan segala galanya kepada Zarina.

"Haa Elina serang kau dekat kedai emas tu?! Habis Fazril buat apa?" tanya Zarina.

"Dia terus tarik tangan Elina pastu bawa Elina kat satu tempat and macam cakap sesuatu kat Elina.Tapi aku tak tahu dia cakap apa" jawab Syazlina.

~~~

"Weyh Fazril kau dengar cerita tak tadi yang tentang Elina dengan Syazlina gaduh?" Tanya Farhan.

Tengku Fazril terus tersedak setelah mendengar kata kata Farhan."haaa?? Gaduh pasal apa!! Aku tak tahu pun!"kata Tengku Fazril.

"Aku tak tau sangat cuma aku terdengar budak budak kat sini kata Elina dengan Syazlina gaduh pastu Elina kata Syazlina perampas" terang Farhan .

Tengku Fazril pun segera menelefon Putri Elina.

"Hello baby!!! Tak sangka you call I! You nak ajak I shopping ke?" Kata Elina dengan suara manja.

"Elina!! You cakap apa kat Syazlina tadi ha?!!! Kan i dah minta maaf kat you! Apa lagi yang you tak puas hati sampai nak serang dia!!!" Marah Tengku Fazril.

"Babyy...i cuma nak ajar dia supaya dia tu sedar sikit...i masih tak puas hati dengan dia!!" Kata Elina

"PLEASE! Don't disturb her again! Or we just break up!! " kata Tengku Fazril dengan marah yang membuak buak didalam hatinya.

"Kenapa you asyik nak backup dia haa? Entah entah you ni memang ada hubungan dengan dia belakang I!!" jawab Elina.

"Stop disturb her or just forget me forever!" Tengku Fazril terus mematikan panggilannya.

"Fuyoo marah gila kau kat Elina? Entah entah kau memang dah falling in love kat Syazlina kot? Cara kau marah Elina macam lain je bunyinya.."kata Farhan.

Tengku Fazril hanya diam dengan kata kata Farhan.Dia sendiri keliru dengan perasaannya.

BERSAMBUNG...

haa! Fazril dah jatuh cinta ke dengan Syazlina ?? Hohoho...kalau nak tau teruskan lah ye tengok sambungan cerita ni:(...ok bye.

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now