BAB 36

13K 376 3
                                    

Hujan turun membasahi bumi. Syazlina duduk di luar rumah sambil memerhati setiap titisan air hujan yang jatuh. Tiba tiba lamunanya terhenti apabila deringan telefon bimbit memecah kesunyian.

"Ye Zarina?"

"Kau tak datang kampus lagi keee? Alaaa kau ni! Aku tak ada kawanlah..." Zarina membuat suara sedih tanda memohon simpati.

"Aku hari ni kurang sihat...asyik nak termuntah je...sebenarnya aku dah bercadang nak berhenti je study kat universiti tu.."

"Kenapa!!!!! Janganlahhh..."

"Tengok lah macam mana..."

"Hmm yelah..." jawab Zarina pendek. Lalu segera dimatikan panggilan. Merajuk lah tu.

~~~~~~~
"Dengar cerita Syazlina pregnant? Betul ke?" Tanya Qasrina.

Tersembur jus oren yang Elina sedang minum saat itu. Segera dia mengelap mulutnya menggunakan tisu.

"Kau cakap biar betul!!!"

"Orang tanya dia...dia tanya orang pulak..." kata Qarina sambil memakai gincu di bibirnya.

"Mana kau dengar cerita ni?" Tanya Elina serius.

"Well~ you know who i am? Semua jenis gosip aku tahu..." kata Qasrina bangga.

Perasaan Elina bercampur baur. Sedih, marah, cemburu semuanya ada. Tanpa disedari air matanya mula menitis. Segera dia mengelap matanya." Aku gerak dulu....bye" Elina meminta diri. Dia tidak mahu Qasrina melihat dia menangis.

Class yang sepatutnya dia hadiri petang itu di skip. Kakinya laju melangkah ke arah kereta honda civic miliknya.

Air matanya laju mengalir membasahi pipi. Dendamnya terhadap Syazlina semakin membara apabila mendapat tahu tentang kehamilan Syazlina.

"Aku akan bunuh anak kau!!" Fikiran dan hati Elina sudah terlalu kotor dipenuhi dendam. Dia tidak tahu ke kelak dendam yang disimpan itu akan memakan dirinya sendiri?

~~~~~~~
"Abang..." panggil Syazlina lembut.

"Ape?" Tengku Fazril memalingkan mukanya kearah Syazlina yang sedang mengemas sesuatu barang.

" saya nak cakap sesuatu ni.."

"Cakap apa?" Mata Tengku Fazril khusyuk memerhati skrin iphone miliknya.

"Ishhh! Berhentilah main phone tu kejap..."

"Hah yelahhh....sayang nak cakap apa ni? " Tengku Fazril meletakkan iphonennya di sebelah. Kini matanya tepat memandang muka milik Syazlina yang suci bersih itu. Satu senyuman mula terlakar di bibir Tengku Fazril.

"Abang ni asyik nak goda orang je"

"Ehh goda apa? Mana ada abang goda sayang..."

"Boleh tak jangan senyum? Nanti saya tergoda..."

"Hahahhaa okey okey, abang tak senyum dah...haa nak cakap apa? Cepatlah.." Tengku Fazril mula tertawa sedikit.

" haa macam ni, saya rasa nak berhenti study..Lepastu nak belajar usahakan butik ibu...boleh tak? Kalau tak boleh tak apelah..." kata Syazlina.

"Hmm...suka hatilah..abang tak paksa..."

"So, boleh takk? Bolehlah bolehlah...please pleasee" Syazlina menarik narik tangan Fazril. Ala, tengah membodek lah tu.

"Ha yelahh!"

"Yeayyy!!! Thank you abang!!! Ni yang sayang niii..." kata Syazlina sambil memeluk tubuh Fazril yang bidang itu.

"Eleh, sayang abang sebab benarkan kerja kat butik tu je? Kalau abang tak benarkan, maksudnya tak sayang lah? Macam tu? " Tengku Fazril mula bergurau dengan Syazlina.

" mana adaa....bukan macam tu lahh..."

"Tipuuu tipuuu" Tengku Fazril sengaja menyakat isterinya.

"Eiii!! Betullah! "

Fazril sekali lagi melakarkan senyuman yang cukup manis.

~~~~~~~
"Aku ada job untuk korang...kalau Syazlina keluar rumah, bagitahu aku. Catat lokasi dia sekali okey" kata Elina tegas dalam talian.

"Baik bos."

~~~~~~

Pada hari ahad itu, Tengku Fazril bercadang untuk membawa Syazlina berjalan jalan di pusat membeli belah.

"Sayang, cepat bersiap...kejap lagi dah nak gerak..." arah Tengku Fazril.

"Pergi mana?" Kata Syazlina agak pelik.

"Kan abang dah kata semalam kita nak pergi pusat beli belah...nak beli barang baby..."

"Abang...anak kita baru mencecah 3 minggu...bentuk perut pun tak nampak lagi..." kata Syazlina membantah. Manakan tidak? Kandungannya baru mencecah 3 minggu, tetapi Fazril sudah ingin membeli barang keperluan bayi.

"Alaa...jomlahhh" Fazril terlebih excited. Anak pertama katakan...

"Ishh yelahhh....nasib suami...kalau tak, memang harapan lah jawabnya nak pergi.." kata Syazlina perlahan.

~~~~~~~~
Syazlina dan Tengku Fazril berjalan di sekitar pusat membeli belah itu sambil berpegangan tangan. Matanya liar mencari barang barang bayi yang hendak dibeli.

"Ni cantik tak?" Tanya Syazlina sambil memegang baju bayi berwarna merah jambu.

"Ishh, pink?? Kalau baby kita boy macam mana? Siapa yang nak pakai baju tu? Sayang ke nak pakai?" tanya Fazril diikuti dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

"Alaaa..." Syazlina memuncungkan mulutnya sedikit tanda merajuk.

"Elehh, mengada"

~~~~~~~~
Elina menunggu di dalam kereta. Dia menunggu saat untuk melihat Syazlina melintas.

Beberapa minit kemudian, dia mula nampak kelibat Syazlina untuk melintas. "Bagus, dia sorang sorang"
Kata Elina sambil tersenyum penuh kejahatan.

Pedal minyak ditekan. Dengan sepantas kilat Elina segera ingin melanggar Syazlina.

"Syazlina!!!!!" Tengku Fazril segera menarik tangan isterinya.Nasib baik Fazril segera menarik Syazlina. Kalau tidak, mungkin sesuatu buruk akan terjadi.

Tengku Fazril sempat melihat nombor plat kereta tersebut.

"Kan abang dah kata! Melintas tu tengok kiri kanan! Kenapa degil sangat? Kalau jadi apa apa tadi macam mana?!" Kata Tengku Fazril dengan nada yang tinggi. Jelas dari riak wajah Fazril yang kini dia sedang marah.

Syazlina hanya menundukkan muka. Air matanya mula ingin menitis. "Maaf" kata Syazlina pendek. Air matanya segera diseka.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi tau?" Fazril memeluk tubuh isterinya itu.

Syazlina hanya mengangguk tanda akur dengan arahan suaminya.

~~~~~~~
"Bodoh!!! Kalau Fazril tak tarik Syazlina tadi, mesti Syazlina dah mati sekarang!!!!" Elina memukul stering keretanya kuat. Perasaan marah membuak buak di dalam dirinya.

BERSAMBUNG....

Sorry sebab dah lama tak update(T_T) insyaallah lepas ni rajin update:'(

Cintaku Buat Encik PlayboyWhere stories live. Discover now