Bab 30 (SuspEnd)

1.2K 66 0
                                    

"DAN KAU!"

Jia terkejut mendengar Woohyun menjerit padanya. Pada masa yang sama geng-geng yang lain datang mendekati mereka. Ada yang terkejut, ada yang tergelak kecil melihat keadaan Jia yang kusut masai itu.

"Ada apa ni?" Soal Sungkyu yang ingin mencuba untuk meleraikan perdebatan antara Woohyun dengan Jia.

"Aku nak kau bla! Bawak kawan-kawan kau sekali! Kau nak tahu sangat hubungan aku dengan Minhye? Ha! Kitorang memang ada hubungan! Kitorang pasangan suami isteri!" Jerit Woohyun membuatkan semua terbungkam. Jia? Terkejut beruk dia bersama kawan-kawannya yang lain.

"A-apa?" Jia membulatkan matanya sambil menutup mulutnya tidak percaya.

"Dah faham? Bla! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Jangan kacau aku!"

Jia dan rakan-rakannya terus beredar meninggalkan restoran itu dengan kecewa. Tidak putus-putus kawan-kawannya memujuk Jia yang sedih itu. Suyeon pula hanya terdiam tak terkata melihat Jia. Actually dia dengan Jia serta yang lain tidaklah terlalu rapat, tapi dikeranakan persahabatan mereka terlalu lama membuatkannya sayang kepada mereka.

....

Woohyun membuka pintu biliknya dengan Minhye dengan perlahan. Dia berharap Minhye belum tidur. Dia menyesal kerana menengkingnya sebentar tadi. Dan dia harus jelaskan kepada Minhye. Namun, semua itu sia-sia. Bilik itu kosong.

Kring!

From: XiuMin

Minhye tengah tidur kat bilik aku ni. Kau nak ambik dia ke?

Woohyun meraup mukanya kasar selepas mengetahu bahawa Minhye tidak mahu mendekatinya lagi. Dia pun membalas sesuatu kepada Xiumin.

To: XiuMin

Aku ambik dia. Please jangan kejutkan dia.

Segera Woohyun mengorak langkah pergi ke bilik Xiumin. Selepas Xiumin membuka pintu, dia memasuki dan melihat Minhye yang sedang tertidur pulas besertakan mata yang sembab. Membuatkan Woohyun bertambah merasa bersalah. Dia mengangkat Minhye bridal style dengan perlahan agar Minhye tidar terjaga.

Ketika di hadapan pintu, Xiumin tersenyum kecil melihat kesungguhan Woohyun itu.

"Jaga saeng aku baik-baik." Pesan Xiumin. Woohyun hanya mengangguk kecil dan mengucapkan terima kasih kepada Woohyun lalu beredar meninggalkan Xiumin.

Sampai sahaja di bilik mereka, Woohyun meletakkan Minhye ke atas katil dengan lembut agar Minhye tidak terjaga. Lalu dia duduk di sebelah Minhye dan mengelus rambut Minhye yang berada di atas mukanya dengan kasih sayang.

"Maafkan oppa sayang. Jujur oppa tak sengaja memarahi sayang. Oppa terlalu emosi dengan keadaan tadi. Mianhae. Mianhae" Luahnya sambil merenung wajah Minhye.

.....

"Macam mana dengan kawan awak tu?" Soal Chanyeol kepada Suyeon.

Suyeon hanya mengangkat kedua bahunya sambil menggerakkan kakinya dalam kolam.

"Entahlah. Maybe sedih lagi kut. Hmm nanti dia okey la." Balas Suyeon tenang.

"Err awak tak marah Woohyun pasal tadi ke?" Soal Chanyeol ragu-ragu. Suyeon menggeleng.

"Marah? For what? Memang salah Jia jugak kan sebab kacau Minhye tu. Err saya....mintak maaf ye pasal kawan-kawan saya tu." Ujar Suyeon dengan sebersalah.

"Hmm tak ada apa la. Saya just harap perkara sebegini takkan berulang lagi. Kesian Minhye, di hari birthday dia jadi macam ni pula." Kata Chanyeol sambil menghela nafas panjang.

BOYS Highschool?? ✔Where stories live. Discover now