Bab 6

47.1K 1.3K 11
                                    

Datin Suraya duduk di laman rumah sambil termenung. Tiba-tiba punca dia ingin mengahwini Adam dan Syazira kembali bermain di fikirannya.

* flashback

Setelah Datin Suraya diceraikan oleh Dato Kamal. Dia langsung tiada tempat bergantung. Kesemua kad kreditnya dibekukan. Wang perbelanjaannya disekat serta merta. Dia dihalau dan dicerai hanya kerana fitnah dari sahabatnya sendiri yang kini bergelar isteri kepada Dato Kamal. Dan saat dirinya terkontang-kanting keseorangan , dihalau sehelai sepinggang. Adam dan Amin langsung tidak dibenarkan tengok. Encik Rasyid sahabat kepadanya dan ayah kepada Syazira membantunya.

" datin. Apa kata datin balik kampung kami dekat Terengganu. Duduk dengan mak saya. Mungin kehidupan datin boleh berubah. " ucap Puan Marziah.

" betul tu Su. Kalau kau duduk sini pun. Kau masih tak boleh jumpa anak-anak kau. " sokong Encik Rasyid.

Datin Suraya akur. Dia membawa diri ke negeri orang saat Amin berusia 3 tahun. Lama kelamaan Datin Suraya berjumpa dengan seorang lelaki yang amat menghargainya.

Namun jodoh mereka tidak panjang. Suaminya meninggal kerana kemalangan. Seorang anak perempuan yang kini berusia 12 tahun ialah hasil perkahwinan mereka berdua.

Setelah hampir 6 bulan pemergian arwah suaminya. Datin Suraya dikejutkan pula dengan berita Encik Rasyid yang sedang tenat.

" Su.. kau tolong jaga anak aku elok-elok. Anggap dia macam anak kau sendiri. Carikan dia lelaki yang boleh bimbingnya. " itulah kata-kata akhir Encik Rasyid kepada Datin Suraya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Dan disebabkan amanat itu. Datin Suraya membuat keputusan untuk mengahwinkan Adam dengan Syazira.

* end flashback

Datin Suraya membawa cawan ke bibir. Air teh panas itu dihirup perlahan.

***

Dato Kamal dan Puan Waina menarik beg luggage mereka ke kereta Mercedesnya.

" Yah! Jaga rumah elok-elok ae. Tolong tengok-tengokkan Adam dengan Amin ni. " Dato Kamal memberi arahan.

" Dato tak perlu risau lah. Pandailah saya nanti. " balas Puan Marziah.

Dato Kamal mengangguk.

" okeylah. Papa pergi dulu. Jaga rumah elok-elok. " ucap Dato Kamal sambil bersalaman bersama kedua-dua anaknya. "

Setelah bersalaman dengan Dato Kamal , Adam terus berlalu. Menyampah dengan gelagat ibu tirinya.

***

Syazira memakai legging hingga ke paras betis. Baju lengan pendeknya yang labuh hingga ke peha. Rambut ikal mayangnya yang masih basah dibiar tidak terikat sehingga paras dada.

Syazira menjemur pakaian dibelakang rumahnya. Adam hanya memerhati disebalik tembok rumahnya. Terkedu dengan penampilan Syazira yang seksi. Apabila kain terakhir disangkut di atas ampaian. Adam menyergah Syazira.

Syazira menjerit kecil. Terkejut dengan kedatangan Adam. Setahunya Adam pergi ke kem bersama kawan-kawannya. Dia terus mencapai tuala yabg dijemurnya dan menutup rambutnya.

" a..aa..a.. " tergagap Syazira.

" rileklah Sya. Kita dah halal. Tak dosa pun. " Adam membalas saat melihat perlilaku Syazira.

" erm.. bukan kau pergi kem ke? " soal Syazira sambil menunding jarinya ke arah Adam.

" aku baru baliklah ni. " Adam menarik tuala yang berada di kepala Syazira. Tuala itu kembali dijemur.

Syazira hilang kata-katanya. Malu!

" kau asal? Sampai merah muka. Takyah nak malu sangatlah. " Adam menepuk bahu Syazira.

" kau nak apa datang sini? " soal Syazira.

" nak kau! "

" aku seriouslah Adam! "

" aku pun serious. "

Syazira menjeling ke arah Adam.

" okey! Okey! Fine. Sebenarnya aku nak ajak kau lepak rumah aku. " sambung Adam.

" malaslah! Aku nak buat homework. "
" esok sabtulah. Esok boleh buat. "

Adam mulai merayu-rayu pada Syazira.

" okey. Okey. Aku nak tukar baju jap. "

" okey! Cepat tau! "

**********

Syazira mengekori Adam naik ke biliknya setelah dipaksa dan dirayu.

" macam mana kalau adik kau balik? " Syazira menyoal setelah melangkah masuk ke dalam bilik Adam.

" Amin pergi rombonganlah. Ahad petang baru balik. " balas Adam.

Syazira mengangguk mengerti. Dia terus melabuhkan punggung di birai katil suaminya. Adam terus mengambil tempat bersebelahan Syazira. Tangan Syazira diraih.

" Sya. Kau sayang aku? " soal Adam.

" asal kau tanya macam tu? " balas Syazira.

" just answer my question. "

" sayang. " balas Syazira acuh tak acuh.

" lebih dari seorang kawan? "

Kali ini Syazira tidak menjawab seolah-olah berfikir.

" kau? " soal Syazira kembali.

" aku sayang kau lebih dari segala-galanya. Lebih dari seorang sahabat dan seorang adik. Aku sayang kau Sya. I love you so much. " balas Adam jujur. Syazira bagaikan terkelu.

Sedar tak sedar , hampir setahun mereka bergelar suami isteri. Tidak dinafikan segala perbenlajaan sekolahnya Adam yang tanggung. Cara Adam melayaninya kini lebih dari Adam melayani semasa mereka bergelar sahabat.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now