Bab 7

45.4K 1.2K 10
                                    

Cinta Syazira dan Adam makin hari makin mekar. Mereka sama-sama melayani kehidupan sebagai suami isteri walaupun terpaksa menyembunyikannya.

Syazira dan Adam sama-sama keluar dari bilik Adam. Mereka berjalan berpimpin tangan memandangkan ibubapa Adam tiada di rumah.

Adam menutup pintu biliknya. Setelah itu dia dan Syazira sama-sama menoleh ke arah tangga.

" Kak Sya dengan Abang buat apa dalam bilik? " soal Amin dalam muka yang sungguh terkejut.

Adam dan Syazira sama-sama terkelu. Mereka sama-sama berpandangan. Terkejut melihat Amin yang tiba-tiba muncul dan masih dalam beruniform sekolah.

" erm. Akak..akak.. " Syazira masih mencari jalan untuk menerangkannya. Lidahnya seperti kelu.

" okey. Macam ni lah Amin. Sebenarnya abang dengan Kak Syaa.. " Adam menghentikan kata-katanya.

" dah kahwin? " balas Amin.

Adam dan Syazira sama-sama terkejut.

" mana Amin tahu? " Adam dan Syazira serentak menyoal.

" rileklah. Amin dah tau lama dah. Mama yang bagitahu time Amin tidur rumah mama. Lagipun macam amin tak nampak Kak Sya dengan Abang berpeluk-peluk kat dapur. Pegang tangan kat shopping mall semua. " balas Amin.

" ya allah. Alhamdulillah. " Syazira meraup mukanya.

" okeylah. Amin nak mandi ni. Ada kelas tambahan pulak. " Amin berkata sambil berlalu. Biasanyalah budak nak ambil SPM.

***

Adam gelisah saat membaca surat yang diterima itu. Hatinya berdolak-dalih ingin menerima tawaran untuk menyambungkan pelajarannya ke London.

Hatinya sudah mula menyayangi dan mencintai isterinya. Bukan mudah untuk meninggalkan Syazira begitu saja.

***

" Sya.. " panggil Adam lalu melabuhkan punggung di sebelah Syazira yang sedang bermain handphone di hadapan rumahnya.

" ya. " balas Syazira lalu meletakkan handphonenya disebelah.

" kau dah dapat tawaran sambung study? " soal Adam mendatar.

" dah. Aku dapat dekat Bangi. Kau? " balas Syazira gembira.

" aku dapat dekat London. " balas Adam acuh tak acuh.

" oh. Good for you. Tahniah Adam. " balas Syazira dengan senyuman manisnya walaupun hatinya tersangat sakit.

" kau happy? Tempat ni jauh tau. Kau sanggup jauh dengan aku lama-lama? "

" ni untuk kebaikan kita. Untuk masa depan kita. Kau kan ketua keluarga mestilah kau kena usaha lebih. " pujuk Syazira.

" kau sure ni Sya. Kau okey? "

" ya. Kau jangan risaukan aku okey? " Syazira menggosok-gosok tangan Adam.

***

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Adam memasuki rumah Syazira secara senyap-senyap. Tak kiralah pukul berapa pun sekarang , dia harus berjumpa dengan Syazira sebelum berangkat ke KLIA pukul 3 nanti.

Pintu bilik Syazira dikuak perlahan-lahan. Syazira menoleh dari perbaringannya ke arah pintu.

" eh! Kau belum tidur? " Adam terkejut melihat Syazira yang menoleh ke arahnya.

" tak boleh tidur. " Syazira beralih ke arah posisi duduk bersila.

Adam segera duduk bersebelahan Syazira. Jaket hitam yang dipakainya ditanggalkan.

" Sya. Aku nak pergi dah pukul 3 kejap lagi. " ucap Adam sayu.

" aku doakan semoga perjalanan kau pergi balik selamat. Kau jaga solat ae. Jangan lupa aku dekat sini. Jangan gatal dengan perempuan-perempuan dekat sana pulak. " nasihat Syazira.

" aku takkan lupakan kau. Aku sayang kau sangat-sangat Sya. " balas Adam lalu mencium dahi Syazira lama.

Syazira terkelu namun sedikit pun tidak menolak perlilaku suaminya.

" Sya.. jaga diri ya sayang. Jaga kesihatan. Jaga makan minum. Kat U tu nanti jangan rapat sangat dengan lelaki-lelaki tau. Nanti aku jealous. " sambung Adam sambil menggosok kepala isterinya yang tidak bertudung itu.

Syazira hanya mengangguk. Kelopak matanya ditahan supaya tidak mengalirkan cecair jernih yang kian memenuhi matanya.

***

Syazira dan Haryati sama-sama melangkah masuk ke dalam Universiti mereka. Bagai rusa masuk kampung , mereka berasa sangat-sangat janggal. Ramai manusia yang sudah memenuhi ruang pendaftaran.

Tiba-tiba bahu Syazira dirempuh seseorang dari belakang hingga menyebabkan dirinya terdorong sedikit ke hadapan.

" eh! Ya allah! Sorry! Sorry! Tak sengaja. Sorry saya nak cepat ni. Sorry sangat-sangat. " ucap lelaki yang merempuh Syazira itu dengan kadar segera. Tangannya diangkat tanda maaf.

Syazira hanya mengangguk. Dia hanya menghantar lelaki itu dengan pandangan mata.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now