Bab 8

43.8K 1.1K 18
                                    

Syazira dan Haryati duduk di kantin Universiti mereka sambil menikmati hidangan tengahari.

" Sya. Adam dapat U mana? " soal Haryati sambil mengunyah nasinya.

" london. "

" jauhnya. Untunglah dia. " ucap Haryati.

" untung apa? Merana tau tak? " bentak hati Syazira.

" erm.. sorry? " tiba-tiba satu suara garau menyapa mereka.

Syazira dan Haryati serentak menoleh.

" boleh saya duduk? " soalnya.

" duduklah. " balas Haryati.

Lelaki itu terus mengambil tempat berhadapan Syazira.

" hai.. saya Hairul Alias. Panggil Rul. " ucapnya sambil menghulurkan tangan ke arah Syazira.

Syazira hanya melambaikan tangannya ke arah Syazira.

" saya Syazira Umaira. Panggil Sya je. "

Hairul menarik kembali tangannya. Dia terus menundingkan ibu jarinya ke arah Haryati.

" awak? " soalnya.

" Nurul Haryati. Yati je. "

" ouh! Hai Yati! " Hairul melambaikan tangannya. Begitu juga Haryati.

" okey. Sebenarnya saya nak minta maaf sebab terlanggar awak pagi tadi. " sambungnya sambil memandang Syazira.

Syazira yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulutnya terhenti.

" ouh! Pasal tu? It's okey. Tak cedera pun. " balas Syazira dengan senyuman manisnya.

" kalau macam tu. Boleh kita jadi kawan? " soal Hairul sambil memandang Syazira dan Haryati silih berganti.

" boleh! Tak dek masalah. " balas Haryati.

***

Syazira keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang masih basah. Hatinya benar-benar merindui suaminya walaupun baru 3 bulan mereka tidak berjumpa.

Syazira terus ke arah handphonenya yang terletak diatas meja setelah telefon bimbitnya menjerit meminta diangkat.

Berbunga-bunga hati Syazira saat nama Adam yang naik. Terus button hijau di'slide'.

" hello assalammualaikum. " sapa Syazira terlebih dahulu.

" waalaikummussalam. Dah tidur ke? "

" taklah. Belum. Baru lepas mandi. " balas Syazira lalu merebahkan tubuhnya diatas katil.

" kau? " sambung Syazira lagi.

" aku baru balik kelas. "

" ouh! "

" Sya.. aku nak bagitahu ni. Cuti penggal kedua nanti aku balik tau. Rindu sangat-sangat dekat kau. " balas Adam.

" alolo.. manjanya. Okey! Aku tunggu. Aku pun rindukan kau. " balas Syazira.

Tanpa sedar bibir Syazira mengukirkan senyuman manis. Setelah meletakkan talian. Dia terus memejamkan matanya.

***

Perhubungan Syazira , Haryati dan Hairul semakin rapat. Hairul pula semakin galak mengekori Syazira dan Haryati melepak.

" Yati! Aku nak pergi toilet japlah! " ucap Syazira sambil bangun dari duduknya.

" haa.. okey! Okey! " balas Haryati lalu sambung bergelak-gelak dengan Hairul.

***

Syazira menanti-nanti kedatangan Adam yang akan pulang hari ini. Syazira menolong Puan Marziah yang mengemas rumah Dato' Kamal.

Niat dihatinya sebenar ingin melihat suaminya pulang.

Pintu kayu putih itu dikuak dari luar sambil diberi salam oleh seseorang.

Syazira yang sedang mengelap rak itu terhenti.

" assalammualaikum.. " ucap Adam lalu masuk ke dalam rumah.

Syazira memandang Adam yang memakai baju hitam dan berjaket kulit itu. Rambut hitamnya juga dibuat style pacak.

Adam melepaskan luggage yang dipegangnya.

" welcome back my son! " ucap Dato' Kamal sambil mendepakan tangannya. Adam terus mengalihkan pandangan dan memeluk bapanya.

" jom makan. Hari ni papa suruh Mak Yah masak lauk favourite abang. Sya pun tolong sekalikan tadi? " Dato' Kamal memandang Syazira pula.

Syazira hanya tersenyum dan mengangguk kecil.

***

Syazira duduk di biliknya sambil membaca buku.

Pintu biliknya dikuak dari luar.

" Sya.. " panggil Adam lalu menutup kembali pintu bilik isterinya.

" Adam? " Syazira bangun dari duduknya.

" ye.. aku rindu kau Sya. " balas Adam lalu memeluk tubuh Syazira erat.

" aku pun rindu kau. " balas Syazira lalu membalas pelukan suaminya.

Adam melepaskan pelukan setelah lama mereka berpeluk.

" Sya. Kau siap sekarang. Aku nak bawa kau keluar. " ucap Adam.

Syazira hanya sekadar mengangguk.

***

Kereta Audi milik Adam berhenti di hadapan sebuah rumah banglo 2 tingkat yang sememangnya nampak mewah.

Syazira dan Adam sama-sama keluar dari kereta.

" rumah siapa ni Adam? " soal Syazira sambil menutup pintu kereta.

" rumah kitalah! " Adam memeluk bahu Syazira.

" hah? " Syazira memandang Adam pelik.

" dahlah. Jom kita masuk. " Adam memimpin Syazira masuk ke dalam rumah.

Mata Syazira melilau memandang sekeliling rumah itu.

Apabila masuk ke dalam rumah itu semuanya kosong.

" Sya.. ni 30 ribu. Aku nak kau decorate rumah ni macam yang kau suka. Separuh aku dah buat. Kau tinggal sofa , tv , barang-barang dapur dengan sikit-sikit jelah lagi. " ucap Adam sambil menghulurkan satu sampul tebal kepada Syazira.

" patutlah rumah ni kosong lagi. " Syazira mengambil sampul itu lalu diletakkan di dalam beg tangannya.

" jom! Aku bawa kau keliling rumah ni dulu. " ucap Adam lalu menarik Syazira ke arah dapur.

Setelah keliling rumah itu. Mereka balik pada pukul 1 pagi.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now