Bab 29

45.8K 1.1K 28
                                    

Adam , Syazira , Qas , Ina dan Shahrul beratur untuk menunggu giliran menaiki rusa krismas yang bergerak menyusuri satu jalan besi. Bawahnya terbentang air untuk permainan sampan. ( okey..korang tahu tak dekat genting.. yang ada mainan macam rusa.. dia boleh naik 2 dewasa belakang.. 2 kanak-kanak depan.. hope korang tahu.. yang dekat dengan laluan roller coaster. Yang bawah dia ada air yang untuk sampan lalu tu. Harap faham ya.. sebab saya tak tahu apa nama mainan tu. Sekarang ni maybe ada lagi kot..kalau tak renovate.. benda tu simple je..kayuh boleh..tak kayuh pun boleh... tapi saya takut naik benda tu.. haha.. back to Adam & Syazira )

Qas dan Ina sudah meninggalkan mereka dengan menaikinya terlebih dahulu.

Tiba giliran Shahrul dan Haryati pula.

Dan , kini. Adam dan Syazira.

Syazira memeluk erat tubuh kecil Arian.

" Sya.. " panggil Adam lembut lalu menoleh ke arah Syazira.

Syazira hanya mengangguk dan tidak berpaling.

" meh abang pegangkan Rian. Abang tahu sayang takut. " sambung Adam.

Syazira senyap. Jujur ya dia takut. Sebab tiada pemegang atau apa-apa tali pinggang.

Adam terus berganjak sedikit ke arah Syazira. Syazira segera menghalang.

" jap! Tunggu! Jangan gerak! " Syazira berkata sesikit kuat sambil memejamkan mata.

Adam tersenyum. Dia mengambil Arian dari huluran pegangan Syazira itu.

Setelah Arian bertukar tangan , ketawa kecil Adam mula kedengaran.

" kenapa gelak? " soal Syazira tajam.

" takdeklah. Awak tu gelap takut. Tinggi takut. Macam budak-budak. " Adam menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Syazira senyap. Benarlah tu.

" Rian nanti dah besar jadi macam baba tau. Berani. Jangan jadi macam ibu. Asyik takut je. " Adam mengacah-ngacah Arian.

" awak tak payah lah rapat sangat dengan Arian. " sambung Syazira.

" kenapa? " soal Adam terkejut.

" nanti Arian dah selesa dengan awak. Awak tinggalkan dia pulak. " balas Syazira. Ye. Itu yang dia risaukan.

" kenapa sayang cakap macam tu? Kita suami isteri lagi tahu. Abang tak pernah tinggalkan Sya. Sya yang tinggalkan abang. Lagipun Arian anak abang. " balas Adam tiba-tiba sayu.

Suasana bising yang berada di sekeliling mereka seolah-olah sunyi disebabkan ketegangan itu.

" anak? Dulu budak yang awak pegang tu lah yang awak tak nak. Arian Umar bin Adam Hariz. Anak awak yang awak tuduh waktu dia belum lahir lagi Adam. Sekarang awak cakap dia anak awak? " balas Syazira geram. Nada suaranya tidak teratur kerana menahan airmata yang bakal keluar.

Laluan mereka kembali tiba di tempat permulaan.

Syazira segera mengekori Adam yang turun. Arian segera diambil dari pangkuan Adam.

Syazira melajukan langkahnya ke arah Haryati dan Shahrul.

" weh! Aku nak balik hotel dulu. " ucap Syazira.

" lah..kenapa? Baru pukul 5.30. " balas Haryati.

" penat. " balas Syazira sepatah lalu meninggalkan mereka.

Haryati segera mengekori Syazira. Begitu juga Adam.

Shahrul hanya menjadi pemerhati. Lalu dia terus pergi ke arah Qas dan Ina setelah dihalang oleh Haryati.

***

Haryati , Syazira dan Adam tiba di lobi hotel.

" Sya!! " jerit Haryati. Mujurlah waktu-waktu begini orang kurang ramai.

Syazira masih berjalan. Namun makin perlahan. Haryati dan Adam mengambil kesempatan dengan melajukan langkah mereka ke arah Syazira.

Syazira memegang kepalanya yang terasa sedikit pusing.

" eh! Sya! Kau okey tak ni? " Haryati bersuara cemas melihatkan keadaan Syazira.

Arian yang dipegang Syazira segera diambil. Adam turut cemas melihatkan keadaan Syazira.

Langkah Syazira semakin longlai. Matanya semakin kabur. Tubuhnya semakin lemah.

Syazira rebah.

Melihatkan keadaan Syazira yang semakin lemah , Adam segera memaut bahu Syazira. Saat tubuh Syazira sudah lemah , Adam segera merangkul pinggang Syazira. Tubuh Syazira yang sudah pengsan segera dicempung. Arian pula mulai menangis. Mereka segera memasuki perut lif dan pergi ke tingkat atas.

_______________________________________

Okey tak? Harap faham ya. Bye! Muah!

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now