Bab 31

45.7K 1.1K 20
                                    

( Syazira Umaira P.O.V. )

Aku kembali masuk ke dalam bilik. Setelah meletakkan Arian , aku mahu menanggalkan tudung. Namun. Belum sempat tudung ku ditanggalkan , telefon bimbit ku menjerit meminta diangkat.

Haryati

" baru tadi jumpa. Dah call! " dengusku lalu mencapai handphone itu.

" hello.. Sya.. " gagap suaranya memanggil namaku.

" yee.. " balas aku acuh tak acuh.

" Aa...adam. " katanya masih lagi gagap. Tiba-tiba dadaku berkocak hebat.

" cuba bawa bertenang. Kenapa dengan Adam? "

" Adam.. Adam kena..tem..bak.. "

" what?! "

" ye.. Adam kena tembak. Ada orang nak rompak aku dengan Qas. Adam dengan Shah..Shahrul tolong. Diorang tak perasan perompak tu ada pistol. "

Airmata aku mulai bergenang. No! Aku kena jumpa Adam. Aku tak nak hilang dia! Baru tadi dia buat kejutan untuk aku , takkan aku nak kehilangan dia? Aku dah buat keputusan. Aku terima Adam balik.

Aku segera menyarungkan cardigan yang aku tanggalkan tadi. Arian aku kembali dukung.

Aku segera meninggalkan bilik hotel.

***

Syazira pergi ke tempat yang dikatakan Haryati bersama airmatanya yang bergelinangan jatuh.

Syazira tiba di tempat yang dikatakan. Dekat dengan sebuah tapak permainan. Sah-sah mereka datang untuk melepak seperti yang dirancang.

Syazira memandang sekujur tubuh yang sudah terkulai di situ.

" Adam.. " panggil Syazira lembut.

" Sya.. sabar Sya.. " Haryati menggosok bahu Syazira.

Arian segera diambil dari pangkuan Syazira.

" korang dah call hospital? " soal Syazira lagi. Kakinya melangkah mendekati Adam.

" dah.. ambulance on the way. " balas Qas.

Syazira merapati Adam. Tangan Adam memegang perutnya. Darah juga sudah banyak tumpah. Shahrul dan Qas menjauhi Adam untuk memberi ruang kepada Syazira.

" Adam..bangun.. " panggil Syazira. Pipi Adam ditampar lembut.

Tiada tindak balas dari Adam. Adam sudah tidak sedarkan diri.

" Adam bangunlah!! " desak Syazira. Kepala Adam segera dipangkunya.

" Adam!! Abang bangunlah!! " marah Syazira. Sebelah tangannya memegang pipi Adam. Sebelah tangannya lagi memegang tangan Adam yang berada di kesan tembakan itu.

" abang bangunlah!! Tak kesian kat Sya ke? Tak kesian dekat Arian ke? " sambung Syazira.

Masih tiada apa-apa respon dari Adam. Syazira makin kuat menangis. Dia tidak mahu kehilangan Adam. Dia tidak mahu Arian mendapat status anak yatim pada usia muda.

" Adam! Saya sayang awak! Bangunlah! Saya bagi awak peluang kedua! Tapi tolonglah sedar. " Syazira menggoncangkan bahu Adam.

Mata Adam terbuka perlahan.

" be..betul.. a..pa..yang..sa..saya..de..ngar? " soal Adam gagap. Bibirnya digigit beberapa kali untuk menahan rasa sakit.

" ye..awak sedarlah. Tolonglah kuat. " pujuk Syazira.

Tangan Adam mengusap lembut pipi Syazira dengan terketar-ketar.

" thank..you..Sya.. but..a..bang.. minta maaf. A..bang.. tak larat. " ucap Adam lalu memejamkan matanya. Tangannya jatuh dari mengusap Syazira.

" Adam!!! Bangun!! " Syazira terus memeluk Adam. Tubuh Adam terus dirangkul. Syazira menangis semahu-mahunya di bidang dada Adam.

" saya sayang awak Adam! " ucap Syazira dalam tangisnya.

" saya pun sayang awak! "

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now