Bab 41 ( epilog )

58.2K 1.3K 38
                                    

Syazira membuka mata perlahan-lahan. Terasa ada ciuman hangat di dahinya.

Apabila dia membuka mata , sepasang mata Adam sudah merenungnya dengan penuh kasih.

" assalammualaikum sayang.. "

Syazira menjawab salam. Suaranya begitu perlahan untuk didengari.

" nak air.. " pinta Syazira perlahan.

Adam segera menuangkan jag air di sebelah meja Syazira ke dalam cawan.

" bangun sikit sayang.. " arah Adam lembut sambil menolak sedikit kepala Syazira untuk memberinya minum.

Selesai Syazira minum , Adam kembali membaringkan Syazira.

" anak kita mana? " soal Syazira lembut.

" ni.. "

Adam memalingkan wajahnya ke sebelah.

Adam membantu Syazira untuk duduk dengan melaraskan katilnya. Seorang bayi yang masih tidur didukung Adam. Adam memberikan bayi itu kepada Syazira.

Syazira menggendong bayi itu. Wajah kecil itu ditenungnya. Sebelah lagi tangannya mengusap hidung dan pipi bayi yang masih merah itu.

Tanpa sedar airmatanya mengalir di pipi.

" kenapa sayang nangis ni? " pipi Syazira diusap.

" sayang terharu dengan abang azankan Arissa tadi. " ucap Syazira jujur. Arissa Uwaina. Nama yang dipilih mereka untuk puteri pertama mereka.

Adam tersenyum.

" siapalah yang azankan Arian dulu? " sambung Syazira sebak.

Airmatanya mengalir lagi. Terimbas kembali detik-detik sewaktu Arian dilahirkan. Dia keseorangan menahan sakit. Keseorangan di bersalin untuk bertarung nyawa untuk melahirkan satu nyawa.

" abang sayang.. " Adam bangun lalu duduk di atas katil bersebelahan Syazira.

Bahu Syazira dipeluknya erat.

" waktu tu abang melawat isteri Mirza bersalin. Tiba-tiba abang dengar ada nurse ni panggil jururawat lelaki untuk azankan baby. Abang pandang baby tu , abang rasa muka baby tu macam abang. Abang tak tahulah abang betul ke tak time tu sebab abang betul-betul rindukan sayang. Abang minta izin kat nurse tu supaya abang yang azankan. " cerita Adam. Rambut Syazira diulas lembut.

" macam mana abang tahu baby tu Arian? "

" macam yang abang cakapkan abang betul-betul rindukan sayang. After 3 days , abang pergi balik hospital sebab nak tengok isteri Mirza tu lagi. Sebenarnya abang nak tengok anak dia , melalui baby tu je abang lepas rindu. Time keluar dari lif , abang nampak kelibat Yati. Abang cari-cari tak jumpa. Abang jumpa dengan Mirza , dialah yang cakap sayang ada dekat hospital yang sama. Abang cuba cari sayang , nurse kata sayang dah keluar. Kebetulan nurse yang sama serahkan abang baby tu , bagitahu abang yang anak yang abang azankan tu anak Syazira Umaira. "

Airmata Syazira bergenang.

" abang.. sayang harap abang takkan sia-siakan sayang lagi. Takkan sia-siakan Arian atau Arissa lagi. Kalau betul abang benci dekat Sya. Diorang tetap anak-anak abang tau. " ucap Syazira.

" kenapa sayang cakap macam tu? Cukuplah sekali sayang. Cukup. Abang takkan sia-siakan sayang lagi. Abang takkan sia-siakan Arian dengan Arissa. Abang nak tengok diorang membesar depan mata abang. Abang tak nak abang terlepas peluang macam mana abang lepaskan Arian dulu. " dahi Syazira dicium.

Syazira tersenyum bersama jujuran air matanya.

Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk sebelum dibuka.

" baba!! Ibu!! " jerit Arian teruja lalu terus berlari ke katil.

" Arian.. "

" sayang.. "

Alia yang menghantar Arian masih tercegat di pintu.

" akak..abang.. Alia hantar Arian je. Nanti Mama dengan Ummi datang petang karang. Ni ummi ada bawa bekal. Pastu mama suruh abang yang suapkan. Dia pesan dekat Kak Sya, jangan minum air sejuk. Ingat pantang. " ucap Alia sambil meletakkan satu beg berwarna ungu di atas meja.

" baik boss. " ucap Adam. Alia senyum.

" sayang sikit.. " Alia mencium dahi Arissa dan keluar meninggalkan mereka.

Adam mendukung Arian supaya berbaring di atasnya.

" bu.. " panggil Arian sambil menggegarkan lengan Syazira.

" baby? " Arian memegang perut Syazira.

" ni.. " Syazira merendahkan sedikit pegangannya.

" baby? " Adam menyoal dengan wajah comelnya.

Syazira mengangguk.

" A. Ris. Sa. " Adam memyebut satu persatu supaya Arian mengikutinya.

" ica. " Arian meringkaskan.

Adam dan Syazira mengangguk sambil ketawa kecil. Adam mengeratkan lagi pelukannya di bahu Syazira manakala sebelah lagi lengannya memeluk Arian. Syazira melentokkan kepalanya di bahu Adam. Tangannya menggendong Arissa manakala matanya memandang Arian. Masing-masing terasa bahagia.

Tika bahagia menjelang saat ini. Syazira gembira. Gembira kerana dia kini bukan lagi bergelar isteri simpanan. Aku bukan isteri simpanan. Syazira bahagia bersama Arian , Arissa dan Adam yang bertahkta di hatinya. Dia bersyukur kepada Allah kerana memberinya peluang untuk menjadi seorang , ibu dan anak yang baik.

Tamat...

______________________________________

Terima kasih sudi menunggu. Vote and comment keyh? Muah!

Jangan lupa baca novel baru saya..

Cinta dan Benci

Okey? Thanks..muah!

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now