Bab 28

45.7K 1.2K 60
                                    

" Sya? " soal lelaki itu lembut.

Syazira diam. Lidahnya kelu.

" Adam!! " sampuk seorang lelaki yang baru sahaja munculkan diri diantara Adam dan Syazira.

Syazira tersedar dari dunianya sendiri.

" eh! Sya?! " tegur Shahrul.

Syazira senyum kepada Shahrul.

" anak kau? " soal Shahrul sambil menunjukkan ke arah Arian yang berada di dukungan Syazira.

Syazira mengangguk.

" woo.. tak mengajak pun! " sambung Shahrul.

" kau sorang ke? " tanya Shahrul lagi.

" aku , Yati , Qas dengan Ina. " balas Syazira.

" suami kau? " kali ini soalan Shahrul membuatkan Syazira terdiam.

Adam senyap meniti jawapan dari mulut Syazira. Namun melihatkan Syazira yang diam membisu Adam mulai bersuara.

" sua... " kata-kata Adam terhenti dengan jawapan Syazira.

" aku dah cerai. " balas Syazira kasar.

Riak wajah Adam berubah. Kecewa dengan jawapan Syazira.

" ouh. Sorry. " balas Shahrul.

" erm.. so now kau nak ke mana? " pantas Shahrul menukar topik.

" nak pergi makan. Yati dengan yang lain dah tunggu dekat MacD. " balas Syazira.

" boleh kitaorang join? " soal Shahrul lagi.

Syazira mengangguk sambil tersenyum.

***

Syazira melabuhkan punggung di sebelah Adam. Qas dan Ina sudah gembira dengan kedatangan Adam dan Shahrul secara tiba-tiba itu. Haryati pula asyik bermain mata dengan Syazira.

" kau nak air apa ni Sya? Lemon Ice or Cola? " soal Qas.

" lemon ice. Sya tak minum cola. " balas Adam sewaktu Syazira baru sahaja membuka mulutnya.

" woo.. ingat lagi kau aek. " perli Shahrul memandangkan dia tahu Adam dan Syazira adalah kawan baik.

Adam mengangkat sebelah keningnya kepada Shahrul.

" erm.. aku nak gi beli mushroom soup jap ae. Sian anak aku. " ucap Syazira sambil mengusap pipi Arian yang diribanya.

" meh! Aku tolong pegangkan anak kau! " Shahrul menghalakan tangannya untuk mendukung Arian. Arian memalingkan tubuhnya lalu terus bangun dan merangkul leher Syazira.

Shahrul masih berkeras dan memegang pinggang Arian untuk mendukungnya.

Arian menjerit dan menangis. Pelukan di leher Syazira dieratkan sambil melompat-lompat.

" takyahlah Rul. Dah Arian tu tak nak dekat kau! Dengan aku pun payah! " marah Ina.

" eish! Comellah! Geram aku! " balas Shahrul tidak mahu mengalah.

" okey! Okey! Sayang! Uncle tak ambil Rian pun lah! " pujuk Syazira lalu menggosok belakang Arian.

" takpelah! Biar saya belikan. " Adam bangun lalu menuju ke kaunter.

Syazira hanya senyap dan mengiyakan kata-kata Adam.

***

Setelah mereka selesai makan , tiba-tiba Haryati mengajak Syazira untuk ke tandas.

" meh! Rian! " Adam menghulurkan tangannya untuk mendukung Arian. Dengan pantas tangan kecil Arian mencapai tangan Adam.

" eh! Dengan Adam dia nak pulak! " marah Shahrul.

Syazira ketawa. Dia turut terkejut dengan Arian yang mahu mendekati Adam. Sedangkan Arian dan Adam tidak pernah bersua muka. Tapi.. pertalian darah diantara Adam dan Arian tidak akan pernah hilang. Arian tetap darah daging kepada Adam. Pastilah dia mahu didukung ayahnya.

***

Haryati menarik Syazira berdekatan tandas.

" kata nak pergi tandas? " soal Syazira.

" tak! Macam mana Adam boleh ada dekat sini? " soal Haryati.

" aku tak tahu. " Syazira menggeleng.

" habistu..kau okey tak ni? "

" okeylah. Lagipun Arian selesa dengan dia. " Syazira cuba bersembunyi. Hatinya masih terasa sedikit terkilan.

Haryati mengangguk mengerti.

Syazira dan Haryati mula melangkah keluar dari tempat mereka berborak tadi.

_______________________________________

Amacam okey tak?

Vote and Comments.

Soalan

Nak happy ke sad ending?

______________________

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now