Bab 9

42.4K 1.1K 3
                                    

Syazira mencapai handphonenya dan terus mencari nama Haryati.

Weh.. aku nak jumpa kau harini. -Syazira

Bila? - Haryati

Pukul 8 malam harini? - Syazira

Boleh.. kat mana? - Haryati

Dekat tempat biasa. Aku tunggu eh! - Syazira

Okey - Haryati

Syazira terus bersiap-siap. Hari ini dia perlu ceritakan segalanya kepada Haryati.

***

( Syazira Umaira P.O.V )

Aku berjalan ke arah Haryati yang sedang menunggu di meja yang terletak di hujung sudut restoran ini.

Haryati melambai-lambaikan tangannya dekat aku. Aku segera melangkah ke arahnya.

" sorry lambat. Lama tunggu? " soal aku lalu duduk berhadapan dengannya. Aku terus meletakkan handbag di sebelah dan bersandar pada kerusi di kedai Chicken Rice Shop yang sememangnya besar ini.

" takdeklah! Aku pun baru duduk. Tak sempat order lagi. " balasnya. Aku sekadar mengangguk.

" ada apa kau nak jumpa aku ni? " sambungnya lagi.

" kita order dulu lah. " dalih aku lalu memanggil pelayan.

Setelah memesan makanan , aku menarik nafas panjang.

" Yati.. kalau aku bagitahu kau ni. Please jangan marah. " aku memulakan bicara.

" kau belum cerita. Macam mana aku nak marah? " Haryati membalas dalam senyumannya.

" sebenarnya.. aku dah kahwin. " ucap aku perlahan lalu menundukkan muka.

" what?! " aku dengar Haryati separuh menjerit. Ada beberapa pasang mata yang duduk berdekatan kami terus menoleh. Haryati mengangkat tangan kepada mereka tanda maaf.

" apa kau cakap tadi? Ulang balik. " arahnya. Nada suaranya mulai perlahan.

" aku dah kahwin. " ulang aku.

" dengan siapa? "

" Adam. " jawabku sepatah.

" Adam Hariz Dato' Kamal? " soalnya lalu menyebut nama penuh suamiku.

Aku sekadar mengangguk.

Aku mengangkat muka memandang wajah Haryati yang sedang menahan geram.

" Yati.. aku minta maaf. " ucap aku lalu meraih tangannya.

" Yati.. aku takdek niat pun nak tipu kau. Kau janganlah marah aku. Bukan aku taknak bagitahu kau. Yati.. sorrylah! " aku merayu kepadanya. Suara aku sudah bertukar kepada serak-serak basah kerana menahan tangis.

Tiba-tiba aku terdengar suara Haryati sedang ketawa.

Aku mengangkat muka memandangnya.

" kenapa kau gelak? " soal aku pelik. Gila ke?

" kau rileklah. Aku tak ambil hati pun. Dah lama aku tunggu nak dengar kau cerita sendiri dekat aku. Aku dah tahu lama dah. " balasnya.

Aku menarik nafas lega.

" macam mana kau tahu? " soal aku.

" kau ingat tak time kau pengsan masa hari sukan time form 5 dulu? " soalnya.

Aku sekadar mengangguk. Mestilah aku ingat.

" time tu aku , Adam dengan cikgu-cikgu dekat klinik. Adam nampak risau gila time tu. Pastu time hantar kau tu. Adam dukung kau masuk bilik kau. Aku peliklah. Mak kau tak halang pulak. Sedangkan time tu tinggal aku dengan Adam je. " ceritanya.

" then? " soal aku lagi.

" aku tanya ummi kau. Ummi kau cerita segalanya. And cerita habis. "

Aku mengangguk mengerti. Lega hati aku. Hari ini aku makan Haryati yang belanja. Kononya belanja pengantin. Aku pulang dengan senang hati. Lega bila segalanya sudah terungkap.

***

Hari ini Haryati janji nak teman aku keluar untuk siapkan sedikit dan hiaskan sedikit rumah aku. Aku hanya perlu beli sofa dan beberapa peralatan mandi dan barang dapur. Hanya dapur aku yang betul-betul kosong. Television aku sudah beli dengan Adam sewaktu hari pertama melangkah ke rumah itu.

Tak sabar aku tunggu Adam balik. Sedar tak sedar. Hanya tinggal setahun lagi aku dan Adam habis belajar.

Setelah meletakkan segala barang ke dalam bonnet kereta Saga milik Haryati. Tiba-tiba aku dengar ada orang memanggil aku.

Aku dah Haryati serentak menoleh.

Hairul berlari anak sambil melambaikan tangannya ke arah kami.

" hai Sya! Hai Yati! " ramahnya.

" hai. "

" hai. "

" buat apa dekat sini? " soal Hairul lagi.

" beli barang-barang. "

Hairul sekadar mengangguk.

" awak? " Haryati menundingkan ibu jarinya kepada Hairul.

" samalah. "

" erm.. okeylah Hairul! Kitaorang gerak dulu ae. " aku terus meminta izin dan pergi ke tempat sebelah pemandu.

Aku sungguh gembira. Tidak sabar menunggu kepulangan suamiku minggu depan.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now