Bab 27

46.2K 1K 26
                                    

Syazira terus meletakkan anaknya di atas katil. Dia turut baring bersebelahan bayi kecil itu.

Syazira menatap wajah anaknya yang sedang tidur. Wajahnya iras Adam.

" kenapa aku langsung tak boleh lupakan dia ni? " Syazira bermonolog sendirian.

Syazira mengusap pipi anaknya yang tidur mengiring itu.

" sian Rian. Rian tak pernah rasa kasih sayang baba Rian kan? Ibu minta maaf sayang. Ibu tahu ibu ego. Hati ibu sakit Rian. " ucap Syazira.

Arian menggeliat kecil. Matanya yang bulat sudah dibuka. Matanya yang sangat-sangat cantik. Pasti dapat menarik sesiapa yang melihatnya.

" assalammualaikum sayang.. " ucap Syazira lalu mencium dahi Arian.

Arian turut memandang Syazira. Syazira bangun dan menghalakan tangannya untuk mendukung Arian. Arian mencapai tangan Syazira.

Syazira segera mendukung Arian. Belakang Arian digosok lembut. Arian yang kini sudah mencecah 5 bulan semakin montel dan comel. Dan ini bermakna lebih 5 bulan , Syazira lari dari pangkuan Adam.

Dia yakin Adam pasti merindui anaknya. Kalau tidak macam mana dengan pujuk rayu Adam untuk berjumpa Arian setiap kali mereka berjumpa. Bukan Syazira mahu memisahkan Arian dengan Adam. Tapi dia bimbang , bila Arian sudah selesa dengan Adam. Adam tinggalkannya.

Syazira menaikkan suhu penghawa dingin. Dia terus membawa Arian ke bilik air untuk dimandikan. Setelah memandi dan menyiapkan Arian. Syazira meletakkan anaknya ke dalam katil bayi untuk menyiapkan dirinya pula.

***

Arian kelihatan comel dengan topi dan sweater birunya. Syazira terus mendukung Arian dan keluar dari biliknya.

Syazira pula kelihatan cantik dengan jeans hitam yang mengikut bentuk kakinya. Blouse putihnya pula labuh hingga ke lutut. Kepala Syazira pula disarungkan dengan shawl berwarna hitam ala-ala Mira Filzah.

Syazira menggalas beg yang berisi dengan barang-barang Arian serta menyilangkan beg tangan di bahu untuk mengisi duit dan telefon bimbit.

***

Ina mengagah-ngagah Arian yang berada di dukungan Syazira sementara menunggu Qas yang sedang membeli tiket.

" sampai hati kau kan kahwin tak ajak aku?! " marah Ina.

" bukan aku tak nak bagitahu. Masa je tak tepat lagi. " balas Syazira tenang.

" eleh! Tapi tak kesahlah. Sebab anak kau ni memang comel gila. " Ina mencubit pipi Arian yang montel.

" tapi anak kau ni susah rapat dengan orang. Geram aku! " sambung Ina.

Memang tak dinafikan , Arian memang sukar mesra dengan orang melainkan Syazira , Haryati dan pengasuhnya.

Syazira hanya ketawa manakala Haryati asyik menjadi penonton.

" okey! Nah! " sampuk Qas dengan sambil menghulurkan empat keping tiket kepada mereka.

Setelah menyarungkan tiket di pergelangan tangan mereka , mereka terus memulakan hari mereka dengan menaiki Roller Coasters.

Syazira hanya duduk di bangku sambil memerhatikan Qas , Ina dan Haryati yang menunggu giliran untuk menaiki permainan itu.

***

Setelah mereka sudah menaiki Roller Coasters dan beberapa permainan lain , mereka terus menuju ke MacDonald untuk makan.

Setiba di hadapan laluan tandas , Syazira memberhentikan langkahnya.
" weh! Korang pergi order dulu ae. Aku nak tukar pampers Rian. Berat dah ni. " ucap Syazira.

" nak aku teman tak? " soal Haryati.

Syazira menggeleng.

" no needlah. " balasnya.

Qas , Ina dan Haryati mengangguk mengerti. Mereka terus meneruskan perjalanan ke MacDonald manakala Syazira meneruskan langkahnya ke tandas.

***

Setelah menukarkan lampin Arian , Syazira terus menapak keluar dari tandas. Syazira asyik membela pakaian yang dipakai Arian. Arian pula sudah merengek kerana lapar.

Sedang Syazira berjalan dan tiba di tepi pentas yang duduk berdekatan dengan tandas , dia terlanggar seseorang. Bahunya berlaga dengan seorang lelaki yang berjaket hitam.

" auch!! " ucap Syazira sambil menggosok sedikit lengannya.

" eh! Sorry! Sorry! " ucap lelaki itu.

Syazira yang masih menundukkan muka membetulkan kedudukan anaknya. Syazira terus mengangkat muka memandang lelaki yang dilanggarnya.

Mata Syazira terbeliak. Terkejut melihat tatapan wajah yang berada di hadapannya kini. Lebih seminggu waktu berlalu , mereka tidak bertatapan.

" Sya? " soal lelaki itu lembut.

______________________________________

Hehe.. minat cara Mira Filzah pakai shawl yang style dia selalu boleh tutup muka tu. Yang dalam wedding planner tu. Okey.. tak tau nak cakap gambar dia macam mana. Haha

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now