Bab 25

49.3K 1.2K 12
                                    

( Syazira Umaira P.O.V. )

Setelah meletakkan Arian di kerusi bayinya , aku terus menekan kuat pedal minyak. Aku langsung tak pedulikan ketukan Adam di tingkap kereta aku.

Aku tak tahu apa perasaan yang aku rasa sekarang. Sedih. Kecewa. Rindu. Gembira.

Airmata aku mengalir lebat. Aku tak tahu kenapa. Aku lihat cermin tengah kereta aku. Adam berlari mengejar kereta aku. Kemudian dia jatuh. Berat kaki aku untuk terus menekan pedal minyak saat melihat dia jatuh melutut.

Aku perlahankan kelajuan pemanduan aku apabila Adam semakin hilang.

Aku memberhentikan kereta di lampu isyarat merah. Aku pandang Arian yang berada di sebelah. Hidung dan bibirnya yang persis Adam tempat aku luahkan rindu.

Aku cium dahi Arian yang sedang tidur.

Bunyi hon dari kereta belakang menyedarkan aku. Aku lihat lampu isyarat yang sudah bertukar hijau. Aku teruskan perjalanan hingga ke rumah.

***

Adam berjalan masuk ke dalam rumahnya setelah menghantar anak sepupunya itu.

Adam membatalkan niatnya untuk ke bilik. Dia terus melangkah ke bilik anaknya.

Adam memandang katil bayi yang berwarna biru di bilik itu. Dia terus berjalan ke arah katil itu. Adam tersenyum saat merasai kehadiran anaknya yang sedang bergelak tawa di dalam katil itu.

Adam pandang rak baju bayinya. Masih banyak baju yang ada.

Perasaan menyesal makin menebal dalam diri Adam. Sungguh dia ingin menatap dan membelai anaknya.

Rindu dengan gelak tawa Syazira.

Rindu dengan kemanjaan Syazira.

Rindu segalanya tentang Syazira.

Dia silap. Silap kerana suka buat keputusan terburu-buru. Silap kerana mengikut kata-kata hati.

Adam menoleh untuk ke biliknya.

" abang.. "

Sungguh Adam terkejut dengan kehadiran Syazira yang tiba-tiba. Dengan anaknya yang didukung Syazira.

" sayang! " ucap Adam gembira. Airmatanya yang mengalir dikesat kasar.

Adam terus berlari ke arah pintu untuk mendapatkan Syazira.

Setibanya di pintu , Syazira hilang.

Tenggelam bersama anaknya.

Adam meraup mukanya kasar. Keluhan berat dilepaskan. Dia harus mencari Syazira kembali. Dia sudah tidak mahu sedih. Dia perlu berusaha demi anaknya.

***

( Syazira Umaira P.O.V. )

Kenapalah boss hantar aku ke sini? Kenapalah boss pilih syarikat ni?

Aku berjalan masuk ke Syarikat yang pernah aku kerja dulu. Aku menarik nafas panjang. Harini aku akan berdepan dengan Adam dalam sebuah mesyuarat. Aku tak pasti sama ada aku kuat atau tidak.

Aku dilayani dengan baik. Yelah , yang mana dulu pernah bekerjasama dengan aku , tegur aku. Peluk aku. Macam dah lama tak jumpa. Okey , memang lama. Ada jugak yang tanya pasal Arian.

Aku duduk di ruangan pejabat. Menanti kedatangan CEO syarikat ini. Suami aku sendiri.

Adam memasuki bilik pejabat. Aku turut bangun bersama pekerja lain untuk menghormati kedatangannya.

Adam nampak lesu dan sedikit tidak terurus. Eh! Kejap. Adam seorang yang pentingkan penampilan. Takkanlah sebab aku gaduh dengan dia minggu lepas , dia boleh jadi sampai macam ni sekali?

Adam mengucapkan salam dan mempersilakan kami duduk.

Aku pandang wajah Adam. Wajah yang sangat aku rindui. Mata aku tiba-tiba dipanah Adam. Aku lihat bibirnya yang sudah terukir dengan senyuman.
Aku turut mengukirkan senyuman. Walau macammanapun. Aku kena bersikap professional. Aku kena fokus kerja. Sekarang dia boss sementara aku. Sebab aku satu-satunya wakil dari syarikat yang aku kerja sekarang.

***

( Adam Hariz P.O.V. )

Setelah mempersilakan mereka duduk , aku turut duduk. Aku sedar akan satu pasang mata yang merenung aku.

Aku mengangkat muka memandangnya. Jantung aku berdegup kencang. Matanya yang sangat aku rindui.

Tanpa sedar bibir aku menguntum senyuman. Dia juga membalas senyuman aku itu. Manis.

Itu yang aku rindu.

_______________________________________

Kalau awak orang ada idea.. atau cadangan...share-sharelah ya. Saya memang tengah pening ni. Baru siap sampai bab 26. BAB 27 ckit sgt br wat. Syok sangat buat AKU WANITA BIASA. Btw , thanks for 10+k readers.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now