Bab 40

45.5K 1K 23
                                    

( Adam Hariz P.O.V. )

Syazira sudah dimasukkan ke dalam ward.

Nasiblah hospital swasta , boleh aku temankan sekali. Sayu hatiku lihat Syazira yang mengerang kesakitan. Terasa sakitnya seperti aku juga terasa. Berpeluh-peluh dahinya menahan sakit. Setelah hampir 2 jam di wad biasa. Berselang-seli dengan sakit dan kemudian tidak. Daripada 30 minit bertukar kepada 20 hingga 10 minit tempoh rasa sakitnya. Sehinggakan tidak sempat dia menarik nafas lega , sakitnya kembali menyerang. Syazira ditukarkan ke labour room.

Sudah habis satu badannya berpeluh.

" sa..sakit..a..abang.. " rengeknya gagap.

" abang tahu sayang.. sayang kuat ya. Untuk baby kita , untuk Arian. Untuk abang. " aku memberi kata-kata semangat.

" abang.. sayang minta maaf ka.. " belum sempat kata-katanya habis diucap aku segera memotong.

" dah..dah..abang dah maafkan dah semua dosa-dosa sayang. Sekarang sayang jangan pikir bukan-bukan. " halang aku.

Kemudian seorang doktor wanita masuk.

" puan saya nak check laluan servik puan. Puan sabar ya. Kalau dah 10cn baru puan boleh teran. " ucap doktor itu.

Syazira menggengam tanganku memohon tenaga. Aku tak tahu betapa sakitnya rasa itu. Tapi aku yakin dia sedang bertarung dengan nyawanya.

Doktor itu melakukan pemeriksaan ke atas Syazira. Setelah itu , dia seluk farajnya untuk check bukaan.

" sakit doktor!! " jeritnya.

Dahlah sakit hendak melahirkan. Bertambah sakitlah sakitnya.

Ini kali kedua faraj Syazira diseluk.

" puan.. laluan baby dah 10cm. Puan dah bersedia? " soal doktor itu lagi.

Syazira sekadar mengangguk. Aku letak tapak tanganku diatas dahinya. Kemudian , aku tolak ke belakang untuk mengelap peluhnya yang semakin membasahi dahi.

" saya kira sampai tiga puan teran ya. " sambung doktor itu.

Syazira mengangguk lagi.

" satu..dua..tiga.. push.. " ucap doktor itu.

Syazira mengerah tenaganya untuk meneran. Genggaman tangannya semakin kuat di jari-jemariku.

Begitu kuat genggaman tangannya sehinggakan membuat tanganku sakit. Tapi aku tak kesah. Sakit yang dia rasakan sekarang lebih teruk.

" teran lagi puan. " arah doktor itu.

Aku alunkan ayat-ayat suci Al-Quran ditelinganya.

" kuat sayang..kuat.. " aku bisik ditelinganya.

Syazira tidak menjawab. Dia hanya sekadar mengangguk.

" kepala bayi dah nampak puan. Teran lagi. " arahnya lagi.

Aku lihat Syazira yang sudah tidak bermaya. Dia menarik nafas panjang. Mengumpul sisa tenaga untuk terus meneran.

Setelah doktor itu kira sampai tiga. Syazira meneran. Tiba-tiba keadaan yang tegang itu menjadi lain apabila suara bayi kedengaran di seluruh genap ruang bilik itu.

" tahniah puan! Puan dapat baby girl yang comel. Saya mandikan dulu ya. " ucap doktor itu.

Airmataku bergenang.

Aku dekatkan bibirku di telinganya.

" terima kasih sayang.. " ucapku.

Syazira memandang aku kemudian tersenyum. Wajahnya pucat. Pasti dia sudah hilang tenaga. Macam manalah dia lahirkan Arian dulu. Menghadap semua ini sorang-sorang. Menahan sakit dan hanya mampu menangis. Melahirkan tanpa ada sokongan dari sesiapa.

Abang minta maaf sayang..

Seorang jururawat menghulurkan aku bayi itu. Bayi yang masih kemerah-merahan. Aku tinggikan sedikit kepalanya supaya dilihat Syazira.

Syazira tersenyum.

Aku bangun dan menghadap kiblat yang diarahkan jururawat itu. Bayi itu aku bawa ke bibir. Perlahan-lahan aku azankan bayi itu.

Airmataku akhirnya menitis. Terkenang saat aku azankan Arian tanpa mengetahui bayi itu anak aku.

Setelah mengazankannya , aku kembali pusing menghadap Syazira.

Aku letak anak perempuanku disebelahnya.

Bibir Syazira semakin pucat , begitu juga wajahnya.

Aku lihat bebola matanya yang sudah tidak tentu memandang.

" sayang.. " panggilku gabra.

" puan.. " seorang jururawat turut memanggilnya.

Syazira tidak memberi apa-apa respon. Matanya hampir tertutup.

" puan..puan..bangun puan.. jangan pejam mata. " jururawat itu mulai menepuk-nepuk pipi Syazira.

" sayang.. " aku turut memanggil.

Keadaan menjadi kelam-kabut.

" maaf encik. Sila keluar sekarang. " sampuk jururawat yang lain.

" tapi nurse.. "

" maaf.. encik terpaksa keluar. " jururawat itu berkeras.

Aku akur. Aku tinggalkan Syazira dan anak aku yang baru sahaja dilahirkan.

Setelah keluar dari labour room , aku terus duduk di ruangan menunggu. Aku raup wajahku kasar. Tak henti-henti aku memohon kepada Allah supaya anak dan isteriku selamat.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now