Bab 23

48.4K 1.1K 3
                                    

Adam membuka pintu kereta Honda CRV milik Syazira. Wangian Syazira masih melekat di kereta itu. Keretanya kelihatan seperti muram seperti sama-sama terasa dengan pemergian tuannya.

Adam membuat keputusan untuk pergi melawat Mirza untuk kali kedua. Dengan melihat anak kawannya itu. Rasa terubat dirinya kepada anaknya.

Isteri Mirza masih ditahan wad kerana anaknya lahir tidak cukup bulan.

Adam melangkah masuk ke dalam lif apabila pintu lif hospital itu terbuka. Saat Adam terpandang akan satu sudut. Dia nampak Haryati yang sedang berjalan. Kakinya mengerah untuk ke situ. Dia mahu berjumpa Haryati. Namun ramai manusia yang menghalang laluannya. Adam tiba dimana tempat dia melihat Haryati setelah meredah lautan manusia. Namun hampa , kelibat Haryati sudah tiada.

Dengan perasaan hampa , Adam menapak ke arah bilik isteri Mirza.

" asal nampak macam bad mood je Dam? " soal Mirza.

" takdeklah! Aku nampak macam kelibat Yati tadi. Siapa sakit? "

" lah kau ni! Siapa sakit apa? Bestfriend kau bersalin pun tak tahu ke? Sah-sahlah Yati tu pergi tengok Sya. " balas Mirza membuatkan Adam terkelu. Terkejut. Terasa debar di dadanya.

" Syazira Umaira? "

" yelah! Siapa lagi? Dia dapat baby boy. Comel gila. Yang aku peliknya. Muka anak dia sama macam kau. Comel-comel gila. Bila aku cakap muka anak dia sama macam kau. Dia cakap muka anak dia lagi sama macam suami dia. Bila aku tanya suami dia mana , dia terus senyap. Aku tak banyak cite. Senyap ar " cerita Mirza teruja.

" ward dia kat mana? " soal Adam turut teruja.

" tak ingatlah. Tapi tingkat ni ju... " belum sempat kata-kata Mirza habis diucap.

Adam sudah berlari keluar menuju ke kaunter.

" nurse. Pesakit nama Nur Syazira Umaira bt Rasyid wad mana ya? " soal Adam dalam nafasnya yang tercungap-cungap.

" sekejap ye. " balas nurse itu.

Setelah mencari di sistem komputer.

" maaf. Puan Syazira Umaira dah keluar 30 minit yang lalu. " balas nurse itu.

Sekali lagi Adam terkelu. Kakinya melangkah ke arah yang dia sendiri tidak tahu.

Adam tersedar apabila bahunya ditepuk.

" maaf encik. Encik cari Puan Syazira? " soal jururawat wanita itu.

Adam menangguk.

" encik ingat tak yang encik ada azankan seorang bayi ni? " soalnya lagi.

Adam mengangguk.

" Puan Syazira dah keluar. But saya nak bagitahu baby yang encik azankan haritu anak kepada Puan Syazira Umaira. " ucap nurse itu.

Setelah itu jururawat itu meminta izin untuk beredar. Adam segera duduk di atas kerusi yang tersedia di situ. Adam meraup mukanya dengan kasar. Airmatanya mengalir. Dia sudah begitu dekat dengan anaknya. Kenapa dia masih tak sedar? Adam menghempas kepalanya ke dinding.

Adam bersyukur. Sekurang-kurangnya Allah memberinya peluang untuk mengazankan anaknya sendiri.

***

Syazira berpantang di rumah Haryati. Umminya kadang-kadang datang melawat.

" Sya.. " panggil Puan Marziah.

" ye ummi. "

" Adam selalu datang jumpa ummi tanya pasal Sya. Sya tak nak jumpa dia ke sayang? "

Syazira senyap mendengar kata-kata umminya.

" sekurang-kurangnya kesiankan lah Rian ni. Dia mesti perlukan kasih sayang seorang bapa. "

Syazira masih senyap.

" dahlah. Ummi bukan nak paksa Sya. Tapi Sya fikirkan lah ye. " pujuk Puan Marziah lalu meminta izin untuk balik.

Syazira merenung anaknya itu. Wajahnya anaknya yang mirip Adam. Pastilah dia mahu berjumpa Adam tapi hatinya sakit. Egonya tinggi. Nombor telefon yang sudah ditukar menyukarkan lagi Adam untuk mencarinya.

Tanpa sedar Haryati sudah berada di biliknya.

" Sya.. ni ubat kau ae. " ucap Haryati lalu meletakkan beberapa jenis ubat dan segelas aur sebelah katil Syazira.

" Yati.. aku minta maaf ya. Kalau dah banyak susahkan kau. Aku minta maaf. " ucap Syazira.

" takdek apalah Sya. Aku tak kesah. Kitakan bestfriend. Hari kau susah , esok lusa mana tahu aku pulak. " pujuk Haryati.

Syazira tersenyum.

" lagipun aku bosan kalau sorang-sorang dekat rumah. " sambung Haryati.

" thanks babe! "

" welcome. "

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now