Bab 18

42.5K 1K 29
                                    

Syazira membuka matanya perlahan-lahan. Dia pandang sekeliling dan menyelak sedikit selimut yang melitupi badannya. Di mana dia sekarang? Kepalanya tidak bertudung. Malah tubuhnya hanya tersarung baju t-shirts lengan pendek. Mana cardigan dan tudung bawal yang dia pakai semalam. Syazira jadi panik.

" Sya.. " Lily masuk sambil menatang sedulang mangkuk bubur dan air milo.

" Lily. Aku dekat mana? Mana tudung and cardigan aku? " soal Syazira cemas lalu bangun dari baringnya.

" rilek. Rilek. Kau dekat rumah aku. Semalam lepas kau minum , kau pengsan. Aku bawalah kau tidur dalam bilik ni. Doktor cakap kau ni stress sangat. Baby kau okey. " ucap Lily.

Syazira menarik nafas lega.

" thanks Lily. " Syazira menggosok peha Lily.

" eh. Dah makan. Aku ada buatkan bubur ni. " ucap Lily lalu mengambil mangkuk bubur tersebut.

***

Syazira menundukkan wajahnya dan mengeluarkan segala cecair yang menyesakkan tekaknya.

Sambil air singki yang mengalir , begitu juga muntah Syazira berlalu.

Syazira mengumur-ngumurkan mulutnya.

Setelah selesai , Syazira tutup pili air. Pergerakannya masih terhenti di situ. Kepalanya berat.

Selangkah Syazira pergi , dia hilang keseimbangan dan hampir jatuh.

" sayang!! " ucap Adam yang baru muncul.

Tubuh Syazira terus dirangkul sebelum mencecah lantai.

Syazira membulatkan matanya memandang Adam. Mereka berkedudukan sangat rapat.

" sayang okey tak ni? " soal Adam sambil melurutkan rambut isterinya ke belakang.

Syazira melepaskan pelukan Adam di pinggangnya.

" okey. Pening sikit je. "

" bukan abang kata abang balik lusa ke? " soal Syazira pelik.

" haah. Tapi abang rindu sangat kat sayang. Lagipun meeting habis awal. " ucap Adam lalu memeluk bahu Syazira.

" dahlah. Jom masuk. " sambung Adam lalu memimpin Syazira ke ruang depan.

***

Syazira berdiri di balkoni biliknya sambil menghirup udara malam. Kandungannya yang sudah 6 bulan diusap.

Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang dan turut mengusap perutnya itu.

" Sya.. " lembut suara Adam memanggil isterinya di telinga Syazira.

" ye.. "

" kita nak anak kita panggil apa? Mama-Papa? Mummy-Daddy? Ummi... " belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya Syazira mencelah.

" ibu. "

" ouh. Kalau sayang Ibu abang Baba la kan? " ucap Adam.

" ikut abanglah. " balas Syazira lembut.

" sayang.. " panggil Adam lagi.

" ye.. "

" bila kita nak beli baju baby? " soal Adam.

" sabarlah. Tunggulah baby ni 7 bulan dulu. Lagipun kita tak tahu lagi boy ke girl. " balas Syazira.

" okey.. dahlah jom masuk nanti masuk angin. " Adam menarik tangan Syazira masuk ke dalam bilik.

***

Adam terus membawa Syazira ke Shopping Mall setelah kandungannya mencecah 7 bulan hari ini. Bertambah membuatkan Adam melonjak gembira adalah saat doktor memberitahu bahawa anak mereka lelaki.

" abang tak takut terserempak dengan sesiapa ke pegang tangan sayang macam ni. " ujar Syazira memandangkan Adam menggenggam erat jari jemarinya.

" biarlah orang nak kata apa. Yang penting kita tahu kita tak salah. " ucap Adam.

" abang ni berani betullah. "

" tengoklah suami siapa? " Adam mengangkat sebelah keningnya memandang Syazira.

" suami Syazira Umairalah. " balas Syazira gembira lalu merangkul lengan suaminya pula.

Hampir 4 jam mereka membeli belah setelah dipaksa balik oleh Syazira barulah Adam pulang.

***

Syazira masuk ke dalam bilik bayi mereka yang sudah terhias cantik dengan warna biru cair. Almari baju anaknya juga sudah dihiasi dengan pakaian-pakaian bayi.

Katil yang berada di tengah bilik kelihatan sangat comel dengan corak-corak kartun warna-warni.

" tak sabar abang nak tengok anak kita duduk dalam bilik ni. " ucap Adam mengejutkan Syazira.

" Sya pun. Sedar tak sedar lagi sebulan je baby kita nak lahir. " ucap Syazira.

Adam mengangguk. Mengiyakan kata-kata isterinya.

" abang.. " Syazira memalingkan tubuhnya menghadap Adam.

" ya sayang. " Adam menguis rambut Syazira yang sedikit terjuntai.

" nanti waktu sayang nak bersalin. Abang temankan sayang ae? Abang janji sentiasa ada dengan sayang ae. Sayang takut. " ucap Syazira.

" abang janji sayang. Abang akan sentiasa ada dengan sayang waktu anak kita lahir nanti. " ujar Adam lalu mencium umbun-umbun Syazira.

Syazira terus memeluk suaminya.

***

Setelah puas berbual dengan Haryati di dalam telefon. Syazira segera pulang. Apabila tiba di rumah , dia lihat kereta Adam yang sudah ada di garaj.

" awalnya balik. " monolog Syazira sendiri.

Setelah memberi salam , Syazira terus masuk ke dalam rumah. Dia lihat Adam yang masih berpakaian kemeja sambil duduk bersilang tangan di ruang tamu.

" awal abang balik? " soal Syazira sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Adam.

Adam menepis tangan Syazira lalu bangun dari duduknya dan terus memandang Syazira dengan pandangan tajam.

Pangg!!

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now